Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

TIPS MENANGANI PATAH HATI I

by - 08:41:00

Assalamualaikum w.b,t
Hari ini Cik Bie dikejutkan dengan 1 mesej daripada rakan blogger juga
Dia banyak memberi nasihat kepada Cik Bie ketika Cik Bie bergelut
dengan konflik diri yang sedang memuncak.

Berita ini sungguh mengejutkan Cik Bie,
tanpa diduga, kami juga menghadapi nasib yang sama.
Subahanallah

Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui 
apa yang terbaik buat hamba-hambanya

Hari ini, Cik Bie akan berkongsi serba sedikit tips bagaimana
menangani masalah patah hati.

Bukan lah Cik Bie nak cakap Cik Bie ni pandai-pandai je nak motivate orang
Tapi, pengisian entri kali ni biarlah membawa manfaat kepada 
sesiapa yang mempunyai nasib yang sama seperti Cik Bie
dan yang lain-lain. Sekurang-kurangnya kita
dapat berkongsi dan memberi panduan kepada
orang-orang yang memerlukan secara langsung
atau tidak langsung

Berikut adalah serba sedikit tips yang Cik Bie lakukan ketika menghadapi
masalah dan ujian daripada Allah s.w.t ini.

Alhamdulilah dalam masa 3 bulan

La Tahzan
(Tiada lagi kesedihan)

Alhamdulilah

Tips 1 
--*--
Merintih dan mengadulah segala perkara yang terbuku dihati kepada Allah s.w.t
dengan mengunakan medium doa selepas solat

Sesungguhnya, dia maha mendengar 

Terkadang tak seharusnya setiap masalah yang kita hadapi
secepatnya kita nak cerita kepada orang.
Paling pun orang akan response, sabarlah..
apa-apa pun, apa yang kita rasa tak lah meringankan
kesedihan kita pun.

Cik Bie ambil iktibar sebelum ni,
 kenyataannya ialah tak semua orang akan menyenangi dan menyukai
Setiap butir kata yang keluar daripada mulut kita
Meskipun itulah kenyataan dan hakikat yang sebenar.
 Nanti-nanti timbul pula masalah lain yang lebih menyedihkan
dan mengusutkan fikiran kita yang sudah sedia terganggu

 Bagi Cik Bie,
 Cukuplah semua perkara tu diadukan kepada Allah s.w.t
kerana hakikat seorang muslim itu ialah
menunjukkan sebenar-benar sifat lemah dan kehambaannya
ketika dia berhadapan Allah s.w.t.
masa didepan Allahlah kita tunjukkan siapa diri kita
macamana kita nak meraung ke, menangis, mengadu,
merintih. Buatlah.. dia sentiasa mendengar. 

Kenapa tidak kita mengadu pada Allah kan?
Sebab Dia dah berfirman


 Maksudnya :
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai 
Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) 
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. 
Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), 
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Surah Al-Baqarah, Ayat 186

Allah mengatakan yang Dia tu adalah hampir dengan kita
hampir means dekat. Maksudnya macam kawan kita paling rapat
dan orang paling dekatlah yang tahu segala macam benda tentang kita

Jadi pokok persoalan yang tak perlu dipersoalkan adalah
Allah itu adalah yang paling hampir dengan kita
dan mengadulah dengan Dia

Alhamdulilah
Sebab selepas itu, secara tidak sedar
Allah akan susupkan suatu ketenangan
yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata
ketenangan yang mendamaikan hati dan fikiran kita
masalah itu akan terbang dengan sendirinya dan membuat kita
Tidur dengan lenanya.

 Tidur yang cukup juga memainkan peranan ya kawan-kawan
Kalau tidur tak cukup, system ketahanan tubuh akan lemah
Bila lemah, kita akan mudah emosi dan menangis.
Bila mudah emosi..syaitan suka, sebab tulah
dia menggoda suruh buat benda-benda Bodoh.

 Cuba kita ambil iktibar kisah Nabi Yaakub a.s
ketika dia menghadapi kesedihan kehilangan
anak kesayangannya Nabi Yusuf a.s.
Baginda mengatakan;


Maksudnya :
Ya´qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah 
aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, 
dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya".
Surah Yusuf, Ayat 86

dan

firman-Nya lagi


"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita 
apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, 
serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami
dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah?
Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)."
Surah Al-Naml, Ayat 62

Cik Bie rasa, sampai sini sajalah perkongsian kita untuk tips pertama ni
Insyaallah, esok Cik Bie akan sambung lagi untuk tips-tips yang seterusnya
Moga ianya bermanfaat dan dapat membantu fasa pertama
memulihkan kembali hati dan semangat untuk terus hidup
dibumi Allah s.w.t yang sesungguhnya indah dan mendamaikan

Love,

BIE

You May Also Like

2 ulasan

  1. Alhamdulillah...aah setiap masalah apabila kita mengadu pada ALLAH...kita redho dengan ketentuannya pasti ada ketenangan didalamnya..tak semua masalah kita boleh mengadu pada orang..kadang-kadang ada juga orang yang suka ambil kesempatan atas masalah kita...tempat yang paling tepat kita mengadu adalah ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan liana,
      hanya Allah sahaja yang dapat memberikan apa yang tak mampu untuk kita dapatkan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx