Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

TIPS : MENANGANI PATAH HATI II

by - 07:42:00

Sambil kita mendengar liputan keputusan rasmi daripada SPR
Ayuh! Kita sambung tips seterusnya yang tertangguh sejak semalam

Tips 2
--*--
Elakkan termenung dan menyendiri
Positifkan diri Anda!




Dalam keadaan begini, kita tak seharusnya menyendiri
Bila kita termenung, secara tidak langsung kita 
akan mengenang, menyesali dan akhirnya
tanpa kita sedari, kita akan 
menyalahkan takdir.

Sedangkan ini adalah ujian daripada Allah buat kita
yang sejak dahulu (lahir) lagi sudah tertulis 
di Luh Mahfuz.

Maka,
Keluarga dan kawan-kawan
adalah medium (insan) terpenting dalam kita 
menangani masalah ini.

Jangan nafikan mereka dalam kehidupan anda
Ajak mereka berbual (selain hal kesedihan)
wujudkan satu perbualan dan aktiviti yang menggembirakan
bersama mereka, bina suatu hubungan yang akrab
lebih daripada biasa bersama mereka
kerana mereka sentiasa ada bersama kita.
sentiasa membantu dan memberi semangat 

Di samping itu,
Dekatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
cuba keluar daripada masalah dan
 hadapi masalah dengan cara yang bijak

Jangan pernah lari daripada masalah,
seperti berkurung dalam rumah, menyendiri, murung 
kerana takut dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat
takut dengan cemuhan dan kutukan mereka terhadap diri kita.

Memang, 
Cik Bie akui. 
Masyarakat akan pandang serong kepada
perempuan yang putus tunang. Jika putus cinta tu, sudah
menjadi suatu perkara biasa. Tetapi, bukan untuk putus tunang
dugaannya terlalu besar dan berat.
Terutamanya bagi perempuan.

Tapi, persepsi masyarakat yang jumud ini sukar diubah.
Mereka tidak mengetahui perkara yang sebenar
dan hanya tahu menuding jari dan membuat andaian
yang tidak berasas.

Berat, memang berat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
Dalam keadaan kita diuji, kita ditimpa juga
dengan dugaan fitnah daripada orang-orang seperti ini

Apa yang pasti adalah kita, kita yang perlu kuat dan tabah
Positifkan diri semaksimum mungkin.

Buang anggapan buruk masyarakat jumud itu dari 
akar fikiran kita, setkan dalam minda bahawa
tidak semua masyaraat diluar sana berfikiran begitu
kebanyakkan mereka kini sudah berfikiran terbuka. 

Tingkatkan keyakinan diri
dan berani menghadapi semua masalah dengan tabah
kerana keberanian itu menunjukkan kebenaran
"Berani kerana Benar"
Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segalanya

Kemurungan dan ketakutan adalah permainan perasaan
yang wujud daripada godaan syaitan. Selain itu,
Kita menjadi begitu, akibat konflik dalaman diri yang sukar menerima
hakikat dan kenyataan yang menyakitkan dan
memalukan ini.


Tapi, sedarlah. Semua itu bukan penyelesaian,
Ia hanyalah suatu beban yang akan selalu kita bawa selamanya
Silap hari bulan, terpaksa makan ubat anti-depression
atau lebih dikenali sebagai Pil penenang yang selalunya
dimakan oleh Orang Gila

Mahukah jadi seperti itu?

Tidak ada siapa yang dapat membantu kita selain daripada diri sendiri
Dalam menghadapi kemelut dan konflik yang berlaku,
Cik Bie selalu bermonolog dengan diri sendiri
dengan bertanya
"Apa yang engkau lakukan sekarang ni Bie?"

Setiap kali itulah Cik Bie akan menyedarkan diri sendiri
selalu berfikir kesan-kesan buruk yang akan memberi kesan
kepada diri Cik Bie, jika Cik Bie terus menerus 
menyalahkan takdir, lari daripada masalah
Takut dengan cemuhan orang 

Buang beban itu, campakkan dia jauh-jauh dengan cara ini.

Keluar dan berhadapan dengan masyarakat dengan lebih berani

Jangan pernah menyendiri, kerana kita tak pernah sendiri

Love,

BIE



You May Also Like

5 ulasan

  1. lama tak muncul..tup2 panjang citer nye. hihihi
    Alhamdulillah...syg bie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. sayang kak Qaseh jugak!!
      hehehe.. tiba-tiba bermood nak update entri panjang-panjang
      maka terpanjanglah dia. hehe :)
      Tq for your support kak qaseh!

      Delete
  2. jgn sedih..Allah sentiasa bersama hambanya..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Cik Jelah atas nasihat itu.

    Cik Bie amat menghargainya :)

    ReplyDelete
  4. tahniah Cik Bie sebab sangat kuat hadapi ujian Allah. Alhamdulillah, moga saya dapat kekuatan setelah baca untaian kata Cik Bie ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx