Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

ISI KANDUNGAN KAD JEMPUTAN

by - 16:57:00

Selamat pagi.! Uwaargghhh... mengantoknya
malam tadi Cik Bie tertidur awal.
Lepas tu terbangun pukul 3 pagi.
Lepas tu, tak boleh tidur.
Lepas tu tidur semula
Lepas tu rasa tak cukup tidur pula
berapa banyak lepas tu da.... haha

Hari ni, sambung siri DIY Kad Jemputan Perkahwinan
Siri yang lepas, Cik Bie dah share Tutorial DIY Peta Ke Rumah Pengantin kan?
Sebelum melangkah ke bahagian yang lebih lanjut
apa kata kita pilih dulu isi kandungan kad tu nanti

Disini Cik Bie share kepada semua beberapa pilihan isi kandungan
yang sesuai untuk digunakan untuk DIY Kad Jemputan Perkahwinan 
uóls tu nanti ye :) 
Kalau dah ada peta dan pilihan ayat isi kandungan,
kerja-kerja bertukang (buat kad jemputan perkahwinan)
jadi lebih mudah dan amat mudah 
Insyaallah

Sekadar Gambar Hiasan


So, Silalah pilih dan buat pertimbangan :)
*Peace*


AYAT 01 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

 Merisik sudah bertunang pun sudah, 
Nikah dilafaz sunnah diwarisi, 
Termeterai sudah janji bermadah, 
Majlis pernikahan kini dirai 

 Nama Bapa & Ibu 

 Sireh bertepuk, pinang menari, dua hati memaut janji, 
Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut, 
Dan dengan izin Illahi, kami mempersilakan 
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
................................................................................................................................ 
suami/isteri seisi keluarga bagi menyerikan ikatan janji, 
izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati puteri kami yang dikasihi, 

 Nama pengantin lelaki & perempuan 

 Di kediaman kami beralamat: 

 Pada hari, 

 Bunga mawar kami taburi, Air mawar direnjis wangi, 
Berkembang kasih menabur budi, Undangan kami setulus hati,
 Harap sudi datang merai, 
Terima kasih dari kami dan raja sehari. 

 Aturcara Majlis: 
 Turut Mengundang : 
No. Tel : 

---

AYAT 02 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

 Nama Bapa & Ibu 

Dengan segala hormatnya kami menjemput dan mempersilakan 
 Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
............................................................................................................................................. 
Suami/Isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan puteri kami 

Nama pengantin lelaki & perempuan 

 Pada hari 
 Di kediaman kami beralamat: 

Semoga dengan kehadiran 
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik, 
akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.
 Sekian, 
Terima Kasih. 

 Turut mengundang : 
 Aturcara Majlis: 
 No. Tel 

---

AYAT 03 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Dengan izin Allah S.W.T. kami ; 

 Nama Bapa & Ibu 

 Dengan penuh takzim mempersilakan 
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
............................................................................................................................................. 
Suami/Isteri sekeluarga untuk menyerikan 
Tambatan Janji, Izin Berwali, Ijab Bersaksi, 
Antara Dua Hati, Anakanda Puteri Kami ; 

 Nama pengantin lelaki & perempuan 

Pada hari . 

Di kediaman kami beralamat: 

Semoga dengan kehadiran hadirin sekalian 
akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya. 
 Sekian, Terima Kasih. 

 Aturcara Majlis:
 Turut Mengundang : 
No. Tel: 

---

 AYAT 04 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

 Nama Bapa & Ibu 

Sekapur sireh, seulas pinang, semekar senyuman seikhlas hati, 
dengan rasa penuh kesyukuran kami mengundang 
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
............................................................................................................................................. 
Suami/Isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan putera Kami ; 

 Nama pengantin lelaki & perempuan 

Pada hari . 

Di kediaman kami beralamat: 

Bunga rampai kami taburi, air mawar direnjis wangi, 
berkembang kasih menabur budi, undangan kami setulus hati, 
harap sudi datang menyeri, mendoakan mempelai diberkati Illahi 

 Aturcara Majlis: 
 Turut Mengundang : 
No. Tel: 

---

 AYAT 05 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatoh 

 Nama Bapa & Ibu 

 Dengan penuh kesyukuran mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik
......................................................................................................................................... 
serta seisi keluarga ke 
Majlis Undangan puteri kami

 Nama pengantin lelaki & perempuan 

Pada : 

 Di alamat :

 Semoga dengan kehadiran, 
 Encik/Cik/Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis ini, 
Insya Allah 

 Aturcara Majlis: 
 Turut Mengundang : 
 No. Tel: 

---

 AYAT 06 
(Majlis Pertunangan)

 Majlis Walimatul Urus 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Nama Bapa & Ibu 

Dengan rasa kesyukuran, setepak sireh kami hulurkan, 
 atas keredhaan Illahi, kami mempersilakan 
Tuan/Puan/Encik/Cik
............................................................................................................................................. 
suami/isteri sekeluarga ke majlis pertunangan puteri kami 

Nama pengantin 

 yang beralamat di: 
pada hari 

 Beras Kunyit kami taburi, air mawar diiringi wangi, 
 kehadiran tuan/puan amatlah kami hargai, 
 moga majlis tambah berseri lagi diberkati Rabbul Izzati. 
Insya Allah Terima Kasih 

---

 AYAT 07 

 Walimatul Urus 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Nama Bapa & Ibu 

Pinang dikacip, Sirih dijunjung, Janji diikat tanda berkenan, 
Sunah diikut adat disanjung, 
Impian dan hajat kini disempurnakan, 
Beserta kesyukuran kehadrat Illahi, 
Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan, 
Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
............................................................................................................................................... 
Suami/isteri sekeluarga ke Majlis Walimatul Urus Putera Kami; 

Nama pengantin 

Untuk Merealisasikan ikatan dua hati yang bertakhta adat 
dan bersendikan Sunnah Rasulullah mendirikan ikatan kasih
 pertemuan dua hati di teratak kami, 

 Pada hari Inai dijari nampak berseri,
 bersatu kasih raja sehari, 
Undangan kami setulus hati, 
Harap sudi datang menyeri, 

Terima kasih daripada kami dan raja sehari. 
Wassalam

---

 AYAT 08 

 Walimatul Urus 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Nama Bapa & Ibu 

Sejambak mawar, setepak sirih kami hulurkan, 
untuk kehadiran 
Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
............................................................................................................................................... 
Suami/isteri sekeluarga ke 
Majlis Raja Sehari Putera Kami; 

Nama pengantin 

Bertakhta dapat bersendi Sunnah Rasul mendirikan istana kasih, 
merealisasikan impian Rumahku Syurgaku yang sebati dikediaman kami; 

 Memadu pertemuan dua hati mendirikan mahligai kasih suci pada; 

 Undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri, 
Semoga mendapat rahmat dari Illahi. Insyaallah. 

---

AYAT 09 

 Majlis Walimatul Urus 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

 Nama Ibu & Bapa 

 Sepahar Nasi Kunyit, Sejambak Bunga Telur, 
Dengan berbesar hati, Sekeping kad kami hulurkan, 
 Mempersilakan 
Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
................................................................................................................................ 
Suami/isteri/sekeluarga untuk menyerikan tambatan janji, Izin berwali, Ijab bersaksi, 
Antara dua hati, Anakanda puteri kami; 

Nama Pengantin 

 Bertatahkan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasulullah, 
Mendirikan istana kasih, Pertemuan dua hati diteratak kami; 

 Pada hari

 Beras kunyit ditaburi, 
Air mawar direnjis wangi, 
kembang kasih menabur budi, 
Undangan kami setulus hati, 
Harap sudi datang menyeri, 

Semoga Allah memberkati,
 Wassalam, 
Terima Kasih daripada kami dan raja sehari. 

---

 AYAT 10 

Majlis Walimatul Urus 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Nama Ibu & Bapa 

Semarak kasih jalinan budi, kehadiran anda kami sanjungi, 
Dengan sekapur sirih dan dengan kesyukuran kami Mempersilakan 
Dato’/Datin’/Tuan/Puan/Encik/Cik;
................................................................................................................................ 
Suami/isteri/sekeluarga ke rumah kami kerana hajat mengadakan majlis bagi
merasmikan tambatan janji, Izin berwali, Ijab bersaksi, 
Antara dua hati, Anakanda kami;

Nama pengantin 

Pada hari 

Dialamat 

 Undangan kami setulus hati, 
kehadiran tuan/puan kami hargai, 
Terima kasih dari kami dan raja sehari.



You May Also Like

13 ulasan

  1. bagus lah bie ! :) memudah kan bakal2 pengantin :) bie, badge 2014 tu cun !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ada request untuk DIY Kad jemputan qaqiqu..
      heheehe.. sebab tu bie go thru step by step

      hehe.. TQ :)

      Delete
    2. Sebab ada request untuk DIY Kad jemputan qaqiqu..
      heheehe.. sebab tu bie go thru step by step

      hehe.. TQ :)

      Delete
  2. ya allah bagusnya bie..byk sgt membantu nie..keep it up bie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks syg,, cuz bg sokongan :)
      hehehehe

      Delete
  3. Sngt2 bgus..membantu bakal2 pengantin..teruskan usaha membantu b2b....

    ReplyDelete
  4. Ifnir dlu buat ayt cenggini la hntr kt designer kad.alih2 dia buat ske hti je.tpi ifnir nk jgk ayt ifnir. Hehehe..ape alhamdulillah. .dh nk sebulan dh kawen..hehe

    ReplyDelete
  5. Ifnir dlu buat ayt cenggini la hntr kt designer kad.alih2 dia buat ske hti je.tpi ifnir nk jgk ayt ifnir. Hehehe..ape alhamdulillah. .dh nk sebulan dh kawen..hehe

    ReplyDelete
  6. Sgt2 memudahkn kerja b2b seperti fiza ni. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx