MINI GIVEAWAY BY SFAEZAH

By BIE - 5:55:00 PG

 Assalamualaikum w.b.t
Hola! hye..hyeee..
Saya telah di tag oleh Ifnir - Distance Doesn't Matter
untuk Kontes Mini Giveaway by Sfaezah

Alhamdulilah Cik Bie telah selamat menjadi follower #144
untuk Blog "Me, Him & Life"

Tema atau Terma untuk Giveaway ni adalah
berkongsi pengalaman manis
dalam percutian terbaik sepanjang
kehidupan kita semua diatas muka bumi ini

Walaupun Cik Bie ni jenis orang yang jarang berjalan-jalan
Tapi Cik Bie akan cuba sehabis baik untuk berikan serba sedikit
pengalaman Cik Bie dan keluarga semasa bercuti di

"JOJO RAKIT"
(Rumah Rakit)


Sila rujuk di sini untuk Terma dan Syarat Penyertaan

Sebermula perjalanan kami daripada rumah, menuju ke "Jojo Rakit"
yang terletak di Tanjung Buai, Kota Tinggi, Johor.

Perjalanan ke sana memakan masa lebih kurang 25 minit daripada 
Bandar Kota Tinggi.

Alhamdulilah, perjalanan untuk ke "Jojo Rakit" memang tidak ada 
sebarang masalah kerana papan tanda mereka ada dimana-mana
sebermula daripada traffic light di Bandar Kota Tinggi lagi.
Sememangnya benar-benar memudahkan pelancong yang
mahu datang ke sini.



Setelah sampai di Jeti, Bot Jojo Rakit telah bersedia mengambil penumpang yang datang.
Oh ya! jangan lupa terus berhubung dengan penyelia "Jojo Rakit" ya.
Sebab, mereka akan setia menghubungi kita dalam memastikan
Masa dan tempat untuk kita bertolak ke "Jojo Rakit"


Perjalanan menaiki bot hanya sekejap sahaja, lebih kurang 10minit,
Kami semua sampai di rumah rakit yang diidam-idamkan.
Sebuah rumah yang terbina diatas air laut
ditengah-tengah antara timur dan barat.
Dimana anda semua berpeluang melihat 
SUNSET & SUNRISE
(Salah satu kegilaan saya)

Pemandangan yang cantik dan fasiliti yang sangat memuaskan.



Budak yang terlampau eksited. Inilah dia.. kenalkan, nama dia BIE
hahahaha.



Feeling konon-konon pandai sangat memancing kannnn


Rupa bentuk bilik kami yang nyaman dan selesa,
Untuk bilik berhawa dingin, anda boleh pilih pakejnya.
Semestinya lebih mahal sedikit berbanding bilik ini.


Aktiviti wajib keluarga kami.
BBQ!!!!


Adik saya tangkap perasaan jiwangnya dengan melihat Sunset


Malam hari, kalian berpeluang membuat aktiviti bebas.
Boleh juga melihat dan memberi makan ikan ternakan dalam sangka
yang turut dibela di Rumah Rakit ini.


Lepas subuh, Cik Bie bangun semata-mata untuk SUNRISEEEEE
Subahanallah

Berikut adalah beberapa keping foto persekitaran "JOJO RAKIT"
ketika percutian kami diatas rumah rakit ini.




Matahari yang Sudah bangun dari lenanya

Sebarang maklumat lanjut mengenai 
Rumah Rakit ""Jojo Rakit"

Boleh ke;



jojorakit@yahoo.com

0137905485 / 0133996032 / 0137754656


(Maaf ya, ikut terma dan syarat, saya hanya dibenarkan meletakkan
sekeping sahaja gambar. Tapi, dah jadi habit kali. Bila buat entri, 
rasa tak puas kalau tak tepek gambar banyak-banyak)
Hahahha..
Layan jelah labu..

Untuk GA ini, saya tag

Nur Misnan - KongsiBersamaNora

NurShakira Abdul Halim - Lots of Love by Shakira

Qaqiqu - Qaqiqu507


Selamat ber"giveaway"

  • Share:

You Might Also Like

11 ulasan

  1. X pernah ke situ walaupun duduk kota tinggi.. balik kena singgah ni..

    Insyaallah sempat saya join

    BalasPadam
  2. hehehe.. harus cuba ni Nur..

    okey :) Selamat menyerta GA :)

    BalasPadam
  3. mcm syok je.hehe..ifnir jarang pegi tang johor sana.huhu..

    BalasPadam
  4. hehehe.. syok ifnir, masa tido pon badan rasa terbuai buai.
    Sesuai sangatlah dengan nama dia tanjung buai tu. hahahaha :)

    mungkin dah sampai masa ifnir jalan2 johor pula. kann?

    BalasPadam
  5. Huhu bestnya, shakira tak pernah lg ke sana.. :)

    Anyway thanks tag shakira, insyaAllah ada kelapangan shakira join ya.. thanks a lot.. huhu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe, syakiraaa sygg.. kena pegi tu.

      Padam
  6. hi..pemenang akan diumumkan esok pada jam 1200 tengahari..Jgn lupa cek yer!

    Terima kasih sudi join GA!^^

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum wbt.

    CIk Bie... tahniah... n weih... best nyer jojo rakit ne...
    kota tinggi rupanya... best weih... harus cari jalan supaya sampai ne...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam wbt.

      Alhamdulilah, terima kasih nhhas :)
      Boleh try pergi, memang best sangat-sangat
      lain daripada yang lain :)

      Padam
  8. congrats dear... eh kat kota tinggi... bole ajak husband pegi ni.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah yang eddany @ WE kat Kota Tinggi jek. Kat Teluk Sengat.. hehe :)

      Pegi jangan tak pergi.. hehehe mcm promoter Jojo Rakit pulak Bie ni :)

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx