BUTTER PRAWN ALA-ALA AMATUR

16:18:00


Butter Prawn, Butter Prawn, Butter Prawn
nom.nom.nom...

This is also my 1st try.
Tapi bila dah cuba sekali
5 kali family Cik Bie request suruh buat.
Ini sebenarnya cerita dah basi,
Cerita yang disimpan masa bulan puasa yang lepas
Masa tu, Cik Bie balik awal untuk hari raya.

Cik Bie tengok resepi kat Blog
macamana cara-cara nak buat Butter Prawn
Alang-alang semua bahan dah ada kat rumah.
Cik Bie pun try buat.

Alhamdulilah jadi, tapi sarang telurnya sedikit hangus
weeeeee.. 1st try kan. Haruslah kureng sana-sini
wuwuwuwuw..


Lepas tu, 1 family suka. My Ibu komen, suruh bg pedas lagi
Masa sahur, Cik Bie kena paksa masak sekali lagi butter prawn tu
adeyyyhh.. dah start menggila dah semuanya. hehehe

Makanya, kali ni, buat lagi dengan menambah banyak lagi
Cili padi, sebab nak bagi lagi pedas. hehehehehe

dan begitulah esok dan esoknya. Cik Bie try guna ayam pula
dan udang lagi dan ayam lagi.. huhu sampai 5 kali ye


hehehehehe.. Tapi, hati ni tetap tak puas hati
sebab sarang-sarang dia tu tak jadi mcm yang kita 
makan kat Chinese Muslim Restaurant. Wuuuuu..
dimana kesilapannya?

Sudah tentu ada cara, tapi macamana ya? ada sesiapa
yang tahu skill rahsia tu??

Silalah berkongsi yee.. huuu



BUTTER PRAWN
resipi asal : Nita
sumber : K.Nor@SecubitGaram

 Bahan-bahan :
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
 minyak utk menggoreng

Cara-cara :
 Lumur serbuk kunyit & garam kat udang.
Goreng sehingga masak.
Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. 
Gaul seketika sebelum diangkat. 
Bila dah masak,ketepikan. 

Dengan menggunakan minyak yg sama, 
biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. 
Panaskan minyak dan masukkan butter. 
Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala. 
 Matikan api bila minyak tu panas2. 
Dengan menggunakan 2 tangan, 
tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu..
.tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. 
Biar dia bertali2. 

Kemudian bila dah selesai, 
angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

 Cara Tamabahan K.Nor: 
# K.Nor guna acu jala gak, 
tp kuning telur ni kan dia pekat sket jd K.Nor 
tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya. 
Cuba tuang dulu dlm bekas lain, 
kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, 
tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.
 # boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, 
tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
 # buangkan tali pusat telur, 
kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun 
 # jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

Sekian, Terima kasih.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim