TIPS : PENJIMATAN BARANG HANTARAN (EMAS)

by - 21:21:00

Seminggu sudah berlalu, 
Disember bakal muncul kembali..
Lalala... eh! menyanyi kegirangan pulak
Cik Bie seko ni. haha

Hari ni, nak share sikit sedikit tips membeli emas
weeehuuuu.. katanya!
Harga emas sedang menurun
Tapi betul ke?

Kalau turun pun taklah turun banyak sangat
Tapi, peluang nilah yang selalu ditunggu-tunggu oleh
semua bakal tunang, penunang dan pengantin
mahupun mak pengantin diluar sana.

Mak pengantin pon suka emas jugak
nak melaram dimajlis anak mereka kan.!
hehehe. (jz jokin, but its true*sometimes)

Emas, simbolik kepada ikatan pertunangan dan perkahwinan
yang selalunya diberikan dalam bentuk cincin, gelang tangan, atau rantai leher
dan lain-lain adalah suatu yang sinonim dengan pertunangan atau perkahwinan.

Rasnya, tidak lengkap suatu perjanjian 2 hati, jika
tidak diiringi Emas ini. Tapi, perihal emas juga selalu memeningkan
pihak lelaki kerana lazimnya, emas adalah barangan
berharga yang mahal dan mempunyai nilai yang tinggi.

Mengikut pemerhatian harga emas di bandar-bandar besar
hinggalah diceruk pedalaman sekalipun
harga emas rata-ratanya dalam lingkuangan 
RM150-RM130
Suatu kuantiti harga yang amat berbaloi bagi tahun 2013 ini

Semak disini untuk mengetahui harga perkembangan emas semasa
di Malaysia.


Bagi sesiapa nak bertunang, berkahwin, 
adalah disarankan untuk membeli emas diketika ini.

Namun, ada juga beberapa tips lain yang boleh dipertimbangkan
untuk mendapat nilaian penjimatan semasa anda membeli emas.

1. Beli emas dikedai emas kampung
Kedai emas kampung bukanlah bermaksud kedai itu terletak dikampung
maksudnya, kedai emas yg tidak mempunyai nama-nama yang gah
seperti Habibah, Wah Cang atau Pooh King
ehehhe

Ratanya, ramai suka "Brand" lebih nampak style dan high class
Tapi Secara subjektif high class dan style bukan sahaja terletak pada
brand semata-mata

Jika kita teliti secara halus,
kadar emas, berat dan nilai yang sama juga kita peroleh daripada 2 tempat yang berbeza
Mengapa bayar lebih untuk mendapatkan 1 barang yang sama nilai?

Apa beza?

Perbezaan 
Reka bentuk dan Design
Kedai emas kampung tidak meletakkan harga yg tinggi terhadap upah
menempa dan mendesign reka bentuk cincin (contohnya)
dan mereka selalunya mengenakan upah yang jauh lebih murah
daripada kedai bandar yang mempunyai desain yang selalu diwar-warkan
sebagai desain terbaru dan terkini.

2. Tawar harga mati
Semasa melakukan upacara tawar menawar,
tawarlah dengan harga mati.
Peh! bahasa berani mati ni. Hehehe..
Insyaallah kalau anda bernasib baik,
anda akan jadi seperti sahabat blogger (Ceril) yang memperkenalkan
Bie kedai emas yang famos di Kuala Pilah
Kedai Emas Chan Kwong
No.44, Jalam Lister, Kuala Pilah

Cik Ceril beli cincin dengan harga asal RM694.00
Tapi lepas tawar harga mati, dapat cuma RM380
sangat beruntung kan?

Sila tengok gambar dibawah


Kredit Foto : Cik Ceril

Terima kasih atas perkongsian Cik Ceril,
Maka dengan itu Cik Bie pergi menerjah ke Kuala Pilah
untuk mencari kedai emas yang dimaksudkan
Sangat ramai orang!!!

Lihat gambar dibawah


Sampai-sampai tak terlayan dan semua tempat duduk penuh
Sobbss.. Terpaksa daku berdiri diketika ini.
Seriously! harganya memang sangat murah dan berpatutan

Terima kasih Ceril!


Sebelum balik! Sempat lagi singgah Istana Seri Menanti


1st time being here,! Such a precious memory that i had.!

Berikut adalah panduan dan pandangan bie untuk berjimat dalam perbelanjaan
bagi pasangan yang ingin merancang pertunangan dan
perkahwinan. Tidak perlu membazir pada perkara yang tidak 
menjadi keutamaan dan keperluan

Tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar 
sedangkan kita boleh memperoleh barangan yang sama
dengan harga yang jauh lebih murah.

Apa yang penting adalah kebijaksanaan kita
sebagai pengguna dalam membuat pilihan

Dalam masa kini, perancangan kewangan haruslah diteliti
sedalamnya, supaya selepas berkahwin nanti
kita tak makan pasir ataupun menanggung hutang
Siapa yang menyesal? diri sendiri juga.

Well, lets plan our wedding!

"Hi-Style with Lo-Budget"

Peace! BIE

You May Also Like

11 ulasan

  1. HEHEEH cincin risik dengan tunang hari tu kitorang beli kat Wah Chan, memang tak ingat apa main beli je.. Tapi nasib baiklah poket En. Hamdan ok lagi masa tu.. :) Sekarang ni nak nikah En. Hamdan dah siap2 beli gelang kat tempat dia, area Bahau katanya gitulah kalau tak silap Shakira.. Tau2 dia dah hantar gambar dengan tajuk "gelang dah beli" HAHA :) dia cuma cakap masa dia beli tu emas 129/gram :)

    ReplyDelete
  2. Kuala Pilah kg. halamankuu...huhu..mmg murah2 emas kt sini tp kadang masih ade org pertikaikan knape murah..emas still emas cuma cara dealernye je berbeza..tokey2 kedai emas pilah ni sume org2 lame2..mmg da bnyak pengalam dan owner sndiri kedai emas tu so no wonder die jd murah berbanding tmpt2 lain..kg. jawa melaka pown murah..kedai mmg oldskol giler la sbb org2 lame kan tokey die..huhu

    ReplyDelete
  3. ujung 2012 harga emas asik naik je . kalut nak beli gelang walaupun nikahnya lmbat lagi sbb takut harga makin naik.. masa tu harga emas RM196/ gm bila dah bulan nak nikah tgk2 harga emas dah turun RM150.. rs rugi jer beli awal..

    ReplyDelete
  4. emas dan perkahwinan serta wanita tidak dapat dipisahkan .... hehehhe...

    ReplyDelete
  5. dengar citer kat negeri sembilan banyak kedai emas yang murah2.. berbaloi la kalu nak beli kat sana..

    ReplyDelete
  6. Agree..beli kat kedai biasa lg jimat, dan hrga boleh tawar byk

    ReplyDelete
  7. cincin hari tu, tunang ina beli di melaka.. hurmm nak marah xboleh sebab dah beli... kenapa ina nak marah??? sbb ina lebih suka emas kelantan.... :) ni nak kawin pun bakal mak mertua beli kat sana juga.. nasib badan la...!!!!!!!huhhuu.. terima la seadanya... pasrah:)

    ReplyDelete
  8. memang berbaloi beli kat kuala pilah. masa saya beli emas rm121/gram and sangat ramai orang.jimat banyak sebab kat kedai emas lain (wah chan,poh kong n etc) harga emas rm155/gram :)

    ReplyDelete
  9. @zakiah zakaria Yeah! Sokong.. harga emas pon tegah jatuh ni, berbaloi-baloi.~

    ReplyDelete
  10. hi...hurmmm, mmg btol murah ea emas kt c2??? cmne ngn kualiti???

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx