Follow Us @soratemplates

Sunday, 27 January 2013

AKHIRNYA

08:22:00 25 Comments

Alhamdulilah,
Penantian melalui tarikh keramat kami sudah berakhir
maka, ini juga merupakan titik akhir buat bie
untuk mula melupakan segala kenangan pahit
yang pernah berlaku dalam kehidupan bie

Dengan ini, bie akan buang semua entri emosi
yang tidak stabil suatu ketika dulu
emosi negatif yang melampiaskan 
nafsu amarah, benci dan dendam

Bie tak mahu simpan dan kenang lagi semuanya

Bie mahu bina kehidupan baru tanpa dibayangi kenangan silam
kenangan manis, biar jadi ingatan yang manis
dan yang pahit akan bie buang sejauhnya dari lubuk hati dan ingatan

Mohon maaf zahir dan batin juga buat semua
sama ada secara langsung atau tidak langsung
terlibat dalam masalah bie sebelum ini
khilafnya manusia, buat
bie juga terlibat sama
lebih-lebih lagi disaat bie tak stabil

Alhamdulilah
keadaan dan masa mengembalikan
sifat rasional dan membuahkan kematangan

Bie juga sudah memaafkan semua
redha dan menerima ketentuanNya
dengan hati yang terbuka

Terima kasih untuk segalanya
Moga kita semua berada dalam lindungan Allah S.W.T

Wasalam


Thursday, 24 January 2013

DIY GUESTBOOK TREE

06:56:00 7 Comments
Yok! DIY Guestbook Tree

Nowadays, Guestbook Tree ni dah makin
famous dikalangan B2B kan?



Sangat cantik, unik, dan cute
Tambahan lagi, lepas kawin boleh terus je
gantung di dinding rumah 
untuk menyerikan lagi
mahligai bersama suami tercinta
Ceewaahh..

Jauh pulak merewang kan?

hehe.. Jom la.. Share Idea ni



Guna je kertas-kertas terpakai.


Mudah kan?


Selamat mencuba.!! :)

Saturday, 12 January 2013

BUTTON BADGE TEMPLATES

04:27:00 6 Comments
Salam semua.
Terlebih dulu Cik Bie nak mintak maaf,
sebab lama sangat hold permintaan
beberapa orang B2B yang meminta supaya 
Cik Bie emel kepada mereka

Button Badge Templates


Sebab sebelum ni,
dalam entri DIY Button Badge
Cik Bie ada share templates
dimana B2B boleh edit dan buat sendiri
design Button Badge yang mereka
kehendaki

Malangnya, link itu tak dapat diakses
dan mereka gagal men "Download" nya

So, hari ini.
Barulah Cik Bie dapat menunaikan janji
tarrrraaaaa...
Sila download ya..


Selamat mencuba!
:)

Friday, 11 January 2013

CHEESY 7 RED CARPET PARTY

01:16:00 15 Comments
Peringatan.!
Sila abaikan wajahku yang semakin menambun
Hahaha..

3/1/2013

Permulaan tahun dengan semangat dan azam baru
Yeay.!
Bermula dengan undangan ber"party" bersama
Blogger Terkenal
"Abang Nara" dan "Hanis Zalikha"
serta Artis
"Hujan"
di Pizza Hut Kota Damansara


Bertemakan, Orange & Cheesy Yellow



Sumpah! Kekenyangan sangat-sangat makan Pizza tuh
Errr.. baru la plan nak berdiet. Haha. 
Sabo je la


Alamak, menang voucher pizza hut pulak.
Makan Pizza lagi? Bila nak diet ni?
Ish. Alasan je ko ni kan bie?
haha..
Sengal*
(2nd Place for Fruit Ninja Wii Game)


Nara rangers!
Semuanya sporting dan giler-giler


ThankYou Pizza Hut 
dan semua yang terlibat