MERAH VS TURQUOISE?


Merah dan Turquoise

Match ke?
Tiba-tiba Cik Bie terjatuh cinta dengan combination
warna-warna ni.

Tapi, boleh dikatakan juga
combination 

Merah & Baby Blue

Supaya effect nampak lebih lembut dan ayu
giteww

dah2, hari ni malas nak mengomel
Jom layan gambar.
Zaaazzzzzzzzzzzzzzz












TIPS : CARA MEREKOD BUTIRAN VENDOR PERKAHWINAN

Melunas Janji,hari ni Cik Bie nak lunas janji untuk update
Tips dan cara merekod butiran vendor-vendor perkahwinan
Supaya kerja-kerja untuk memilih vendor yang baik,
berkualiti dan berpatutan dapat dilakukan dengan adil dan saksama
gitewwwww..



Hehehe.. Tipsnya adalah;

Jeng.Jeng.Jeng

1. Bertanya

Gunakan medium sedia ada seperti Telefon, Emel, Facebook Private Message, Chatting
Whatsapp, dan sebagainya untuk bertanyakan mengenai
harga bagi sekian (pakej) yang uóls nak.

2. Komunikasi 2 hala

Bila mereka dah response dan bagi maklum balas mengenainya
bargainlah harga dan pakej tersebut. Seperti mahu yang ini
dan tak mahu yang itu. Bagaimana harganya?
Tidak salah tawar menawar, sebab itu adalah hak kita
sebagai pengguna kan?

3. Kemaskini rekod

Bila dah dapat harga dan details pakej yang dikehendaki
Sila masukkan butiran tersebut kedalam templates yang 
Cik Bie dah sediakan dibawah.


Ulang langkah 1,2,3 kepada vendor-vendor yang lain juga.
Supaya kelak, kita dapat membuat perbandingan harga yang
lebih jimat dengan tawaran pakej yang menarik dan 
menguntungkan kita juga. hehehe

Renung-renungkan dan selamat tawar menawar 
(Kalau FIX price, tak dopek den nak nolong eh)
ahhaha


Nota KakiTangan :
Boleh tak, lepas ni nak berjanji dengan diri sendiri
untuk update blog kesayangan ini setiap hari.?

Mesti.
Mesti.
Mesti.

hehehehe..
Tolonglah Bie..
Hahahhaha.. 

LOVELY RED VELVET

Hye.Hye..
Assalamualaikum w.b.t

Sejak bermula awal tahun ni, kegilaan 
belajar membuat kek semakin membuak-buak
dulu, muka ni je yang tertogok kat
Starbucks pergi makan Red Velvet diorang
tak pon pekena red velvet kat Coffee Planet
sebab rasanya kek-kek diorang jek yang menambat hati ini

Akhirnya, timbullah idea nak belajar buat kek ni
dengan tenaga dan kepakaran diri sendiri.
hehehe.. dan finally, bila dah buat sendiri,
alamatnya kegilaan tu dah berpindah pada orang lain

Tak suka dah makan red velvet lagi
Skarang ni pon kalau buat, bagi kat orang je.
hehehehe..

This is my red velvet.
hehehe.. Ada sesiapa teringin nak try? Jom cuba.
Insyaallah gerenti jadi punya.


Cik Bie follow resepi ni 100%


RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
(Tapi Cik Bie guna Tepung Gandum je)
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
Sediakan buttermilk -
Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan
1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih.
Biarkan sebentar lebih kurang 10minit.
Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah
3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.

Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk.
Ketepikan.

Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur.
 Pukul hingga kembang.
Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Pukul lagi.

 Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi
sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati.
Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
Lengserkan loyang dengan butter dan tepung,
tuang adunan dan bakar 45minit.
Kek ini boleh juga dikukus.

Sementara menunggu kek masak, sediakan topping.
Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek.
Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


Makanya.. Jadi deh.! Selamat mecuba!
Dihari lebaran ini.
Yummmeh!

SETELAH HAMPIR SETAHUN

Assalamualaikum
Pagi ini, Cik Bie ada sesuatu nak kongsikan
Iaitu perasaan entah bagaimana nak describe
Cik Bie pun tak tahu.

Pagi ini, baru Cik Bie ada kekuatan
untuk kemas semua barang-barang persiapan 
perkahwinan yang dah disiapkan
(Padahal sakit mata tengok semua ni bersepah-sepah dalam bilik)
Hehehehe..
Diam tak diam, hampir setahun, perkara itu berlaku 
dalam hidup Cik Bie

Alhamdulilah, Cik Bie mampu untuk bangun semula
menghadapi masa depan yang masih jauh didepan

Semua barang-barang yang dah DIY,
Cik Bie simpan rapi dalam kotak-kotak
Mana-mana barang yang perlu dibakar. 
Cik Bie akan bakar.

Termasuklah Album Pertunangan yang amat Cik Bie sayang
Tindakan ni, jauh lebih baik. Kerana semua kenangan yang
menyakitkan itu kini, Cik Bie telah hadapinya dengan
perasaan biasa-biasa saja.

Alhamdulilah.


Memang makan setahun juga kan?
Moga Perjalanan Cik Bie diatas muka bumi ini
senantiasa dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Terima kasih buat yang mendoakan
yang selalu berkongsi cerita suka duka
yang setia memberi semangat dan motivasi

La Tahzan Innalillah Maána

"Putus Cinta bagi lelaki adalah suatu pengalaman kerja,
tetapi suatu kehancuran hidup bagi perempuan"
~kata-kata pujangga~

Hancur atau tidak hancur adalah suatu keputusan
Hidup adalah kehidupan yang penuh dengan keputusan
Siapa yang berhak membuat keputusan?

-Diri Sendiri-

Memilih untuk kehancuran?
Apa kita tidak bisa merasa bahagia
dan membahagiakan yang lain?

Maka, berbahagialah dengan keputusan itu
Sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita.


Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim