Follow Us @soratemplates

Tuesday, 29 October 2013

ORATIX CREATIVE DAY 1

19:46:00 1 Comments
Alhamdulilah
Selamat Pagi semua
hari ini 30 Oktober 2013

hari ini merupakan hari lahir Bie yang ke-24
hehehehe.. saje je kan nak beritahu satu dunia

Tapi, isu yang penting adalah,
hari ini merupakan hari pertama pembukaan
Oratix Creative



Apa itu Oratix Creative?
Oratix Creative adalah sebuah ilham yang tercetus daripada 
Blog Jalinan Cinta ini, dia adalah sebuah "Blog Shop"
atau lebih tepat lagi, adalah "Online Business"
yang dijalankan oleh Cik Bie sendiri.

Terima kasih atas sokongan semua sehingga terciptanya
Oratix Creative

untuk maklumat lanjut boleh ke

www.oratixcreative.com

Sila like "Fan Page" kami ya

https://www.facebook.com/oratixcreative


Terima kasih
dan 
Salam 1 Malaysia

dari 

Bie

Sunday, 27 October 2013

TIPS : PENJIMATAN BARANG HANTARAN (COKLAT)

08:46:00 10 Comments
Salam berhujung minggu yang mendamaikan
Esok dah pun kerja, waktu berehat hujung minggu
semestinya tak pernah cukup buat insan yang bergelar
"Budak hingusan yang masih bersekolah"
Mata pun dah macam panda akibat tak cukup
waktu tidur untuk tumbesaran

hehehe..
Pada malam ini, Bie berjanji kepada diri sendiri untuk
mengemaskini blog tercinta ini dalam Bahasa Malaysia yang seutuhnya..
*hmmm.. tiba-tiba ada rasa nak menyanyi lagu "Bahasa Jiwa Bangsa"

Okey, jom kita balik pada topik asal kita, 

Tips penjimatan untuk barang hantaran edisi

"Coklat"

Ini adalah satu kebetulan, hujung tahun memang banyak jualan murah
masa tu juga semua kilang buka gudang masing-masing
haaa.. terbentang luas depan mata barang-barang yang murah

Tips : Siapa nak bertunang atau kawin, sila pilih hujung tahun atau awal tahun ya
Sebab apa? Sebab banyak jualan murah
*agak-agak kena lempang dengan mak-mak tak kalau bagi alasan macam ni
hahaha (*gelak jahat*)

Apa dalam beg dibawah ni?


Tengok tajuk diatas untuk mendapatkan pembayang
hehe.. semacam nak buat teka silang kata pula kan.

Lihat "Order form" dibawah, semua jenis coklat dijual dengan harga borong
yang tersangatlah murahnya.



Cak! Apa ni? dia malu mahu menonjolkan diri sebab dirinya dijual dengan harga 
yang murah iaitu 3 bar = RM10


2 kotak diatas tu dijual pada harga 2 Kotak = RM10


yang ni pula 4 paket = RM10


Sauce ini pula pada harga 2 botol = RM10


Jualan gudang menggemparkan dada apatah lagi poket
kalau hujung bulan, alamatnya makan pasirlah dek non oi..

Hehehe..
Sekian saja tips cokelat lazat lagi berkrin dan disukai ramai ini daripada saya

Cik Bie yang terlalu bersungguh!

zzzz

saya dah mengantuk macam ni lah perengai

merapu merepek.! ok stop.!

Shut down dan Shup Up bie!!!
(abaikan saya)

untuk keterangan lanjut mengenai jualan gudang seluruh malaysia
sila masuk ke laman web

www.shoppingnsales.com



Tuesday, 22 October 2013

TIPS : PENJIMATAN BARANG HANTARAN (TOILETRIES)

16:54:00 12 Comments
Tips penjimatan barang hantaran
dengan ini membawa edisi toiletries

bagi jenama

"The Body Shop"

Selalunya, kalau beli hamper toiletries (Ready Made) macam ni
amatlah mahal dan harganya tak mati 
RM250 dan ke atas untuk 5 jenis barang 
atau 3 jenis barang



Kalau dalam range harga RM100 dan kebawah
untuk jenama-jenama yang well-known
dan popular dikalangan masyarakat
dapatnya cuma entah apa-apa je barangnya
seperti hanya, washing foam, shampoo dan lotion
bersaiz kecil atau sederhana.



Idea ini timbul ketika Cik Bie pergi membeli barang
di The Body Shop baru-baru ini.

Sekarang tengah saleeeeeeee

Saranan Cik Bie, kepada B2B kat luar sana yang 
nak beli barang hantaran dengan usaha berjimat cermat
sila beli ketika sale dengan diskaun yang sangat
banyak iaitu 50%-70%

Ketika sale,

Body Butter = RM18
Love Soap = RM5
Perfume = RM25-RM45
Body Lotion = RM10-RM25
Handwash = RM10
Body Shower = RM18-RM25

U'ols tentu-tentu boleh membeli semua barang-barang 
dengan kos yang tak sampai 100 pun untuk 
5 atau 4 jenis barang. 
dan jika lebih bernasib baik dan pandai memilih barang
kos yang diperlukan tidak mencecah RM50 pun.

Tapi, cons nya adalah. Semua barang tersebut kenalah
wrap sendiri kannnn..

Bila nak berjimat, kita kena ada usaha merajinkan diri
sekaligus mencabar daya kreativiti kita
Kenapa tidak? betul tak?

Wrap tak jadi masalah pun. Kita cuma memerlukan
sebuah bakul atau kotak (boleh beli di Dasio dengan harga RM5) jer
dan wrap sendiri dengan plastik pembungkus makanan.
Jimat dan mudah.

Kotak yang macam ni (mungkin)


Untuk ribbon The Body Shop contohnya.
U'ols boleh jer mintak kat akak cashier tu.
Cakap kat dia, saya nak wrap barang-barang ini sendiri.

For sure (memang betul-betul sure)
dia akan bagi ribbon khas The Body Shop tu kat u'ols
sebab itu adalah salah satu strategi pemasaran diorang

kalau tak bagi? teramatlah sengalnya mereka..
Tapi, Insyaallah.. Itu pasti tak akan berlaku.

Jika tidak, gunalah ribbon sendiri.

Mudah kan?


Sekian

"Grand with Limited Cost"

BUTTER PRAWN ALA-ALA AMATUR

16:18:00 0 Comments

Butter Prawn, Butter Prawn, Butter Prawn
nom.nom.nom...

This is also my 1st try.
Tapi bila dah cuba sekali
5 kali family Cik Bie request suruh buat.
Ini sebenarnya cerita dah basi,
Cerita yang disimpan masa bulan puasa yang lepas
Masa tu, Cik Bie balik awal untuk hari raya.

Cik Bie tengok resepi kat Blog
macamana cara-cara nak buat Butter Prawn
Alang-alang semua bahan dah ada kat rumah.
Cik Bie pun try buat.

Alhamdulilah jadi, tapi sarang telurnya sedikit hangus
weeeeee.. 1st try kan. Haruslah kureng sana-sini
wuwuwuwuw..


Lepas tu, 1 family suka. My Ibu komen, suruh bg pedas lagi
Masa sahur, Cik Bie kena paksa masak sekali lagi butter prawn tu
adeyyyhh.. dah start menggila dah semuanya. hehehe

Makanya, kali ni, buat lagi dengan menambah banyak lagi
Cili padi, sebab nak bagi lagi pedas. hehehehehe

dan begitulah esok dan esoknya. Cik Bie try guna ayam pula
dan udang lagi dan ayam lagi.. huhu sampai 5 kali ye


hehehehehe.. Tapi, hati ni tetap tak puas hati
sebab sarang-sarang dia tu tak jadi mcm yang kita 
makan kat Chinese Muslim Restaurant. Wuuuuu..
dimana kesilapannya?

Sudah tentu ada cara, tapi macamana ya? ada sesiapa
yang tahu skill rahsia tu??

Silalah berkongsi yee.. huuu



BUTTER PRAWN
resipi asal : Nita
sumber : K.Nor@SecubitGaram

 Bahan-bahan :
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
 minyak utk menggoreng

Cara-cara :
 Lumur serbuk kunyit & garam kat udang.
Goreng sehingga masak.
Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. 
Gaul seketika sebelum diangkat. 
Bila dah masak,ketepikan. 

Dengan menggunakan minyak yg sama, 
biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. 
Panaskan minyak dan masukkan butter. 
Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala. 
 Matikan api bila minyak tu panas2. 
Dengan menggunakan 2 tangan, 
tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu..
.tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. 
Biar dia bertali2. 

Kemudian bila dah selesai, 
angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

 Cara Tamabahan K.Nor: 
# K.Nor guna acu jala gak, 
tp kuning telur ni kan dia pekat sket jd K.Nor 
tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya. 
Cuba tuang dulu dlm bekas lain, 
kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, 
tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.
 # boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, 
tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
 # buangkan tali pusat telur, 
kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun 
 # jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

Sekian, Terima kasih.

Wednesday, 16 October 2013

BRIDE-TO-BE MALAYSIA CLUB

06:28:00 34 Comments


Hyee
Dengan sukacitanya bie nak umumkan
penubuhan kelab untuk b2b,
kelab ni open, boleh disertai oleh

B2B/x-b2b pun boleh

bertujuaan untuk membuat pengasingan 
senarai panjang semua B2B dan x-B2B 
di Malaysia. 

Almaklum, terlalu ramai blogger B2B dan x-B2B
diluar sana. Tapi amatlah payah nak trace sorang
demi sorang. Ini salah satu usaha untuk keep track
mereka yang akan berjaya dan telah berjaya
merancang perkahwinan mereka dengan pelbagai
idea perkahwinan yang menarik

Oleh demikian, amat dialu-alukan kepada semua
yang berkenaan untuk turut serta dalam kelab ini.

Insya-Allah, kalau ada masa, rezeki dan kesempatan
boleh kita buat gathering dan program bersama-sama

weeeee..

untuk pendaftaran, sila isi borang berikut 

Bride-To-Be Malaysia Club

atau

boleh terus snap 
QR Code
diatas

Sekian, Terima Kasih

Monday, 7 October 2013

ALHAMDULILAH - MINI GIVEAWAY BY SFAEZAH

21:57:00 12 Comments

Alhamdulilah, rezeki hari Selasa barangkali
Alhamdulilah juga, sebab daripada semalam
Cik Bie dapat banyak berita-berita yang menggembirakan hati
Alhamdulilah syukur..

Semalam Sfaezah, B2B 2014 daripada 
telah menjemput Cik Bie untuk membaca
entri pengumuman pemenang kontes
MINI GIVEAWAY BY SFAEZAH
yang telah dianjurkan sebelum ini.

Jadi hari ni, lebih kurang jam 12.30 tengah hari,
Cik Bie pergilah menerjah!

Alhamdulilah, Cik Bie adalah salah seorang daripada pemenang

mana entri yang menang tu?

terjah ini


Terima kasih buat semua dan Sfaezah yang menganjurkan 
kontes giveaway ini. Terima kasih juga buat
kiriman hadiah yang bakal diterima ini.

Terima kasih sangat-sangat!


Hari ini, hari HAPPY sedunia.
Let's celebrate it.!!!




Tuesday, 1 October 2013

WRAP IT WITH LOVE

22:27:00 5 Comments
Happy Birthday To my Mummy!
Mummy Cik Bie jauh di Brunei
Bukan mummy betul, tapi Mummy yang Cik Bie dah 
anggap dia macam ibu Cik Bie sendiri,
last week adalah birthday dia,
So, I got plan to give her this

dalam masa yang sama, fikir cara terbaik untuk
bungkus hadiah ni dengan cara se"simple" yang mungkin
hehehe

dengan "Go Green" A4 paper,
dan tali guni sahaja
Cik Bie berjaya bungkus hadiah ni dengan simple


Ada 2, satu untuk Cik Bie sebenarnya, satu Cik Bie hadiahkan 
pada mummy sempena hari lahirnya 

Mummy memang peminat fanatik novel
lagi-lagi semua novel keluaran publisher
"KAKI NOVEL"

Kali ni, Cik Bie perkenalkan novel FIXI pula kat dia
Harap-harap mummy Cik Bie suka
huhuhu *hoping*
weeeee


Me and Mummy
**Sila abaikan muka bangun tidur saya**
Pagi hari nak masuk petang, tapi belum mandi
macam nilah mukanya!
**larik mak mertua nak buat menantu..aiyarkk










Wee.. sudah bersedia untuk di pos.! Ayuhhhh


Sharing IDEA with Love,

BIE