TIPS : PENJIMATAN BARANG HANTARAN (EMAS)

Seminggu sudah berlalu, 
Disember bakal muncul kembali..
Lalala... eh! menyanyi kegirangan pulak
Cik Bie seko ni. haha

Hari ni, nak share sikit sedikit tips membeli emas
weeehuuuu.. katanya!
Harga emas sedang menurun
Tapi betul ke?

Kalau turun pun taklah turun banyak sangat
Tapi, peluang nilah yang selalu ditunggu-tunggu oleh
semua bakal tunang, penunang dan pengantin
mahupun mak pengantin diluar sana.

Mak pengantin pon suka emas jugak
nak melaram dimajlis anak mereka kan.!
hehehe. (jz jokin, but its true*sometimes)

Emas, simbolik kepada ikatan pertunangan dan perkahwinan
yang selalunya diberikan dalam bentuk cincin, gelang tangan, atau rantai leher
dan lain-lain adalah suatu yang sinonim dengan pertunangan atau perkahwinan.

Rasnya, tidak lengkap suatu perjanjian 2 hati, jika
tidak diiringi Emas ini. Tapi, perihal emas juga selalu memeningkan
pihak lelaki kerana lazimnya, emas adalah barangan
berharga yang mahal dan mempunyai nilai yang tinggi.

Mengikut pemerhatian harga emas di bandar-bandar besar
hinggalah diceruk pedalaman sekalipun
harga emas rata-ratanya dalam lingkuangan 
RM150-RM130
Suatu kuantiti harga yang amat berbaloi bagi tahun 2013 ini

Semak disini untuk mengetahui harga perkembangan emas semasa
di Malaysia.


Bagi sesiapa nak bertunang, berkahwin, 
adalah disarankan untuk membeli emas diketika ini.

Namun, ada juga beberapa tips lain yang boleh dipertimbangkan
untuk mendapat nilaian penjimatan semasa anda membeli emas.

1. Beli emas dikedai emas kampung
Kedai emas kampung bukanlah bermaksud kedai itu terletak dikampung
maksudnya, kedai emas yg tidak mempunyai nama-nama yang gah
seperti Habibah, Wah Cang atau Pooh King
ehehhe

Ratanya, ramai suka "Brand" lebih nampak style dan high class
Tapi Secara subjektif high class dan style bukan sahaja terletak pada
brand semata-mata

Jika kita teliti secara halus,
kadar emas, berat dan nilai yang sama juga kita peroleh daripada 2 tempat yang berbeza
Mengapa bayar lebih untuk mendapatkan 1 barang yang sama nilai?

Apa beza?

Perbezaan 
Reka bentuk dan Design
Kedai emas kampung tidak meletakkan harga yg tinggi terhadap upah
menempa dan mendesign reka bentuk cincin (contohnya)
dan mereka selalunya mengenakan upah yang jauh lebih murah
daripada kedai bandar yang mempunyai desain yang selalu diwar-warkan
sebagai desain terbaru dan terkini.

2. Tawar harga mati
Semasa melakukan upacara tawar menawar,
tawarlah dengan harga mati.
Peh! bahasa berani mati ni. Hehehe..
Insyaallah kalau anda bernasib baik,
anda akan jadi seperti sahabat blogger (Ceril) yang memperkenalkan
Bie kedai emas yang famos di Kuala Pilah
Kedai Emas Chan Kwong
No.44, Jalam Lister, Kuala Pilah

Cik Ceril beli cincin dengan harga asal RM694.00
Tapi lepas tawar harga mati, dapat cuma RM380
sangat beruntung kan?

Sila tengok gambar dibawah


Kredit Foto : Cik Ceril

Terima kasih atas perkongsian Cik Ceril,
Maka dengan itu Cik Bie pergi menerjah ke Kuala Pilah
untuk mencari kedai emas yang dimaksudkan
Sangat ramai orang!!!

Lihat gambar dibawah


Sampai-sampai tak terlayan dan semua tempat duduk penuh
Sobbss.. Terpaksa daku berdiri diketika ini.
Seriously! harganya memang sangat murah dan berpatutan

Terima kasih Ceril!


Sebelum balik! Sempat lagi singgah Istana Seri Menanti


1st time being here,! Such a precious memory that i had.!

Berikut adalah panduan dan pandangan bie untuk berjimat dalam perbelanjaan
bagi pasangan yang ingin merancang pertunangan dan
perkahwinan. Tidak perlu membazir pada perkara yang tidak 
menjadi keutamaan dan keperluan

Tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar 
sedangkan kita boleh memperoleh barangan yang sama
dengan harga yang jauh lebih murah.

Apa yang penting adalah kebijaksanaan kita
sebagai pengguna dalam membuat pilihan

Dalam masa kini, perancangan kewangan haruslah diteliti
sedalamnya, supaya selepas berkahwin nanti
kita tak makan pasir ataupun menanggung hutang
Siapa yang menyesal? diri sendiri juga.

Well, lets plan our wedding!

"Hi-Style with Lo-Budget"

Peace! BIE

DIY FELT ROSE

Selamat pagi Jumaat yang hening
Sejak semalam, adalah hari malas sedunia
sebenarnya semua benda malas nak ambil "Port"
Pernah tak rasa macam ni?

Sampai-sampai nak cakap dengan orang sekeliling
pun rasa tak larat. Sobss.. kenapa ni?

Rasanya sebab terlalu banyak kerja membebani jiwa
dan fikiran sampai tak tahu nak fikir yang mana 1

Sedih kan?
At last, bila dah rasa letih. Mulalah rasa give up tu 
datang. 

"Do really need support right now"

Sedihnyaa..

At last, kena juga selesaikan kerja satu per satu

"No Excuse at all ya Bie"

Sedari sekarang kena belajar untuk membiasakan diri
dengan kesibukan mendatang.! 
Insyaallah :)

Jom tengok tutorial macam mana nak buat
DIY Felt Roses ni



Happy Halloween kepada sesiapa yang menyambutnya

sumber : Google.com


Byeee.. :)

Nak beli kain felt? jom ke

www.oratixcreative.com


TIPS : PENJIMATAN BARANG HANTARAN (BUKU)

Assalamualaikum dan salam sejahtera B2B semua
Selepas tip penjimatan barang hantaran
seperti toiletries dan coklat

Kita masuk kepada edisi buku pula
kerana apa?
Kerana semalam Bie pergi jualan gudang
MPH Distributor di Petaling Jaya

Semakin lama, trend menjadikan buku sebagai hantaran
semakin mendapat sambutan para B2B di luar sana
kerana apa?
kerana untuk menggantikan naskah Al-quran yang
kini menjadi semakin "Mainstream"

Mahukan kelainan dan perbezaan?
maka, hantaran buku bermanfaat menjadi
pilihan



Untuk makluman,
esok adalah hari akhir jualan gudang tersebut
mohon kemaafan sebab lambat beri review ini.

Kepada sesiapa yang berdekatan, boleh Zazzz pergi
serbu dan beli buku yang murah-murah dan bermanfaat tu
Buku semurah RM3. RM5, RM10, RM20

Means, kalau beli buku RM5 sebanyak 2 buah
dah boleh jadi 1 dulang hantaran dengan kos hanya RM10 Sahaja

See, bermanfaat kan? tambahan lagi buku tu sangat bermanfaat juga
pilihlah buku cerita, berkaitan resepi, business, family
dan lain-lain

Sekitar Jualan Gudang MPH Distributor



No food and drink are allowed


Banyaknya buku... ini adalah syurga!
Bestnyaaa.. rasa mahu borong semuanya
Ya, semuanya!


Harga semua buku-buka dalam kotak ni, semuanya RM5 je
Sekali rasa mahu angkut, semuanya buat koleksi peribadi
bacanya? entah bila nak habis.

Sobss.. Sejak dah habis zaman menjadi budak kampus ni
Masa untuk membaca pun dah terhad
Walaupun sambung lagi pengajian secara sambilan
situasinya dah tak sama

Masa memang mencemburui diriku
Sedihnyaaa.. nak bahu! nak bahu!
nak nangisss boleh tak?
*gedik! haha


SIREH JUNJUNG, PERLU ATAU TIDAK?

Sireh Junjung


Bie selalu memerhati, dalam mana-mana majlis perkahwinan
atau pertunangan. Sireh junjung atau tepak sireh pasti akan mewakili
satu antara dulang-dulang hantaran dalam majlis tersebut.


Apa signifikannya sireh junjung dalam
menjalankan majlis berkenaan?
rasionalnya membuat bie tertanya-tanya


Bila mengatur bicara mengenai perbincangan 
senarai barang-barang hantaran.
Sireh junjung pastinya WAJIB tersenarai.

Orang tua-tua mengatakan itu adalah
ADAT
dan adat itu sinonim dengan mencantik
dan memolekkan perbuatan
Ia hanyalah suatu gaya dan perbuatan
yang dicipta oleh orang-orang melayu nusantara
dan bukanlah 1 kemestian
sebab tak pernah termaktub dalam mana-mana
firman Allah s.w.t dan hadis kan?
Wallahualam

Apa-apa pun, adat membawa Sireh junjung dan tepak sireh ini
adalah mengikut negeri masing-masing
Apa yang pasti, Bie pun kurang pasti
Apa yang pasti, adat ini sudah menjadi suatu kemestian

bak kata pepatah

"Biar mati anak, jangan mati adat"

Uishhhh..
pelambangan hiperbola menunjukkan adat tu lebih penting
berbanding anak.! 

Mungkin banyak lagi penjelasan untuk isu Sireh Junjung ni
Masih relevankah, adat ini diguna pakai pada zaman ini?


Sebabnya, kalau diberikan kepada pihak perempuan
atau pihak lelaki, ratanya siapa yang makan sireh?
Selalunya sireh tersebut datang bersama-sama
kapur sireh, buah pinang, gambir dan lain-lain (apa lagi ya?)
hehehehe..

Pengakhirannya pasti dibuang ke dalam tong sampah.
hmmm...

Renungan dan buah fikiran untuk dihayati bersama

love,

Bie

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim