KESEDERHANAAN

By BIE - 16:18:00 | 71 Comments
Di pagi yang mulia ini, 
hulamak, ayat macam menggambarkan 
pagi raya pulak ye? hehe

Saja Bie nak cerita mengenai kesederhanaan
Since dah jadi B2B dalam 1 jangka masa
yang agak lama, dah menjalani
pelbagai momentum suka dan duka
sebagai seorang B2B tegar (yeke?)
dah mengalami pengalaman yang rasanya jarang dirasai oleh semua orang
(nauzubillah, moga-moga u'ols xrasa apa yang i'ols rasa)

Bie saja nak buat kupasan daripada pengamatan
bagi style dan perubahan perkahwinan kini
berbanding perkahwinan dulu

Dalam merancang perkahwinan,
1 perkara je yang perlu dipegang

iaitu

Kesederhanaan

Kadang-kadang orang akan bertanya semula,
seperti pertanyaan-pertanyaan dibawah

Soalan 1
"Buat majlis sederhana? kawin cuma sekali dalam hidup kot,
takkan nak buat biasa-biasa. Mestilah kena grand"

Soalan 2
"Bersederhana dalam majlis? Impossible, nanti orang
mengumpat cakap aku ni sengkek, xmampu
nak buat majlis besar-besaran"

Soalan 3
"Buat majlis sederhana? Oh tidak, aku kena jaga 
standard aku, keluarga aku. Jangan buat
malu keturunan je"

Soalan 4
"Buat majlis sederhana? macam zaman dulu jek?
sekarang ni dah moden lah. Kena ikut peredaran zaman.
Nanti orang cakap ketinggalan zaman pulak

Soalan 5
"Bersederhana? aku dengan bakal suami memang
dah berjanji sehidup semati untuk
bersusah payah bersama bayar hutang"


Soalan 1
"Buat majlis sederhana? kawin cuma sekali dalam hidup kot,
takkan nak buat biasa-biasa. Mestilah kena grand"

Jawapan
Err.. kak, awak tuhan ke? belum tentu lagi awak
akan berkahwin sekali sahaja dalam seumur 
hidup awak. Perempuan kena selalu ingat
Pemisah hubungan suami dan isteri adalah
TALAK

Soalan 2
"Bersederhana dalam majlis? Impossible, nanti orang
mengumpat cakap aku ni sengkek, xmampu
nak buat majlis besar-besaran"

Jawapan
Orang, setiap apa yang kita lakukan
mesti nak kena fikirkan orang ni cakap apa,
orang tu cakap apa. Padahal kita tak dengar pon
diorang cakap apa kat rumah diorang.
Betul tak?

Soalan 3
"Buat majlis sederhana? Oh tidak, aku kena jaga 
standard aku, keluarga aku. Jangan buat
malu keturunan je. Semua kena mahal-mahal"

Jawapan
Rasanya kedudukan Rasulullah tu lagi tinggi
daripada kedudukan(standard) hang tu
Tapi, tak ada pulak Rasulullah S.A.W 
bagi hadis mengenai, kalau ada kedudukan
kena buat majlis mahal-mahalan.

Soalan 4
"Buat majlis sederhana? macam zaman dulu jek?
sekarang ni dah moden lah. Kena ikut peredaran zaman.
Nanti orang cakap ketinggalan zaman pulak

Jawapan
Zaman dulu pun kahwin, zaman sekarang pun kahwin
apa bezanya majlis?
end-up nya tetap sama
Kahwin jugak

Soalan 5
"Bersederhana? aku dengan bakal suami memang
dah berjanji sehidup semati untuk
bersusah payah bersama bayar hutang"

Jawapan
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bagus! keluarga yang sakinah
"Esok kita makan pasir berlauk batu ye bang"
hehehe

Saja melawak, sebagai bahan gurauan
Mohon maaf jika ada yang berkecil hati.

Ini adalah sekadar pengkongsian yang mungkin
buat kita semua (termasuk Bie) berfikir sejenak
mengenai rasionalnya situasi ini 
terhadap diri kita sendiri

Kesederhanaan ini adalah subjektif,
perkara ini tak terarah kepada 1 perkara saja
bila sebut mengenai sederhana, mesti orang akan fikir
takkan nak buat majlis nikah dan kenduri doa selamat je?

Konsep kesederhanaan yang Bie nak ketengahkan adalah
mengelakkan pembaziran 

Kadang-kala, dalam membuat persiapan perkahwinan
kita lupa dan terlalu ghairah berbelanja
tanpa mengira soal duit, bila tak berkecukupan
kita akan membuat pinjaman bank, along,
atau pinjam meminjam dari saudara mara
atau istilah lebih tepatnya ialah

"Hutang"

Berapa ramai orang, yang bercerai berai kerana hutang?
Lazimnnya kita memang sudah berhutang dengan bank
ketika membeli kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya
Adakah perlu kita menambah hutang
juga untuk perkahwinan?

Sedangkan perkahwinan itu
adalah suatu yang mudah
dan membawa kepada ketenangan jiwa

Tapi, kalau dah berhutang,
lepas kahwin, agak-agak jiwa jadi tenang tak?

Kita boleh buat majlis seperti orang lain
Gah, meriah, grand,
Tapi jangan sesekali sematkan dalam kepala dan minda
yang Gah, Meriah, dan Grand itu
memerlukan belanja yang besar dan barangan yang mahal.

Gah, Meriah dan Grand itu
boleh kita dapatkan dengan cara yang bijak dan teliti
iaitu dalam proses kita merancang proses perkahwinan

Macamana proses tu?

Insya'allah
Bie akan kongsikan dientri akan datang
tetap terus bersama kami
dirangcangan... ups..

macam pengacara TV plaks..

hehehe
bye


  • Share: