CATATAN SEBUAH DOSA

By BIE - 05:29:00 | 01 Comments
  • Share:

DAY OF MOURNING - MALAYSIA

By BIE - 18:38:00 | 01 Comments

Al-fatihah

Al-Fatihah buat saudara Islam ku 
R.I.P buat saudara bukan Islam ku 
Semoga tenang di alam sana 

Salam takziah dari kami sekeluarga buat keluarga penumpang 
dan anak kapal Semoga diberikan kekuatan 
dan ketabahan menghadapi dugaan yang mendatang 

"..Janji Allah itu pasti..Apabila sudah sampai masaNya..Kita juga akan pergi menghadapiNya.."

22 Ogos 2014 - Hari Perkabungan Negara

  • Share:

DIY KASUT PERTUNANGAN

By BIE - 19:44:00 | 51 Comments
Salam Khamis, Last but not least.
Eh, dah nak habis review tentang pertunangan
review yang terakhir adalah tentang DIY kasut pertunangan
buat masa ni, rasanya semua topik untuk persiapan pertunangan
dah habis CikBie cover. Tapi, tak tahulah pula. Dimasa
akan datang, tiba-tiba terpancul pula idea review 
pertunangan yang tak sempat dicover sebelum ini.


Baiklah, cerita pasal kasut.
Sebenarnya ini adalah hal yang tak dirancang.
Entah kenapa, secara tiba-tiba CikBie ternampak 1 kasut
yang teramatlah jarang sekali CikBie memakainya.
Sekali kebetulan, match lah pula dengan baju tunang.
Apa lagi, Ting!! timbullah idea nak men DIY kasut ni.

Maka alkisahnya nak dijadikan cerita. CikBie pun DIY jugalah
kasut ini. Meski tak dapat nak berposing dengan acara
photoshoot outdoor atas sebab kepadatan masa. En.Z ketika itu
nak bergegas pulang ke KL pada hari yang sama juga.

Tak mengapalah, redha.. hehehe..

Zazz.. cara CikBie DIY kasut ini. Hehehe.. simple je kan?
Hopefully boleh beri inspirasi kepada semua. Padahal kasut ni
CikBie beli kat Uptown Shah Alam dengan harga RM15 je.

Masih ada sampai sekarang. Cik Bie sewakan baju, lengkap
dengan kasutnya sekali ye.. :D ada yang berminat? boleh hubungi CikBie.






Buatlah bunga diatas dengan menggunakan 
bahan-bahan diatas


Gambaran kasut pada asalnya


Buang aksesori yang sebelum ini, dan tampalkan bunga kain
dan hias dengan manik batu dan mutiara


tarraa..



Done. Bye!!


  • Share:

PHOTOGRAPHER PERTUNANGAN

By BIE - 05:27:00 | 41 Comments
Zazz.. zup.zap.zup.zap buat enteri review persiapan 
Pertunangan CikBie dan En.Z
Makannya, tertempellah bermacam-macam gambar
didalam blog ini. Mahu tahu siapakah photegrafer
yang telah menyumbangkan bakti untuk gambar-gambar
yang cantik ini?

Tarrraaaaa.. Telah diamanatkan kepercayaan ini 
kepada Phocus Art Photography
untuk merakamkan detik-detik terindah
sepanjang majlis ini berlangsung.

Jutaan terima kasih CikBie rakamkan
untuk Abg Dzulfahmi sebagai photografer dan founder
kepada Phocus Art Photography Studio.


Highly recommended. Senang sangat deal dengan Abg Dzulfahmi ni
sama ada sebelum majlis, semasa dan sesudah majlis
dan buat kita sebagai subjek ni, selesa nak posing-posing
Alhamdulilah..

Kepada bakal pengantin dan sesiapa di Kota Tinggi, Johor
dan mana-mana kawasan. Bolehlah hire Phocus Art Photography
untuk merakamkan detik terindah dalam majlis bersejarah kalian.

Nak tahu lebih banyak pakej dan portfolio mereka?
Boleh zazzz segera ke Facebook Fan page mereka
dan Laman web mereka di http://www.phocusart.com/
Antara gambar-gambar CikBie didalam Facebook Fan page
Phocus Art Phootgraphy Studio

Main HQ: 
NO. 51 TINGKAT 1, 
JALAN BAWAL 1, TAMAN RIA 
81900 KOTA TINGGI, JOHOR. 

Branch: 
3374 JALAN INTAN 6, 
FELDA LOK HENG BARAT, 
81900 KOTA TINGGI, JOHOR.


Nak tahu lebih banyak pakej untuk tahun ini dan tahun depan? 
boleh terus hubungi Abg Dzulfahmi


  • Share:

OFFICIAL #ZNEngagement

By BIE - 02:45:00 | 21 Comments
  • Share:

DEKORASI BILIK PERTUNANGAN

By BIE - 01:30:00 | 31 Comments
Dengan membawa sentimen seperti gadis melayu terakhir
Ceehhhh terakhirlah sangat kan.
CikBie pun mendeko dengan mudah bilik CikBie
untuk menyorok sebelum my MIL datang menjengah
dan menyarungkan cincin pertunangan


Hik.hik malu-malu kucing sangat masa ni.


Depan cermin ni kasi fresh flower warna pink dan putih


Dekorasi pintu, CikBie letakkan tirai love-love
Photog snap daripada luar bilik
obius sangat muka nebes tuh
hahahaha


backdrop simple dengan menggunakan kain langsir
berjenis kain jersi. Hanya RM3.00 sahaja semeter
CikBie beli 15 meter kalau tak silap masa ni.
Itu pun ada lebihan
gunakan stapler gun je atas tu. Lepas tu letak bunga untuk cover
bunga rantai cuma RM8.50 sahaja.


Hiasan kepala katil yang sangat disukai oleh diri sendiri
beli kain net, gabungkan dengan kaler pink, lucite green dan putih
ikat kiri kanan dan buat macam bentuk scallope
Letakkan bunga di kiri kanannya. Simple kan.


Mix and match warna bantal
Kalr pink tu, bantal mucukku. hahaha


Penambah seri, CikBie letakkan floor lamp dikiri dan kanan katil
Lampu ni murah je. RM39.90 (Trogsta) dibeli di IKEA
now, harga dia lagi murah. sebab dah dapat yellow tag
cuma RM30 sahaja.

akhir sekali, taburkan kelopak mawar diatas katil
Sekian. Terima kasih.

Eh. rasa macam dah nak habis review pasal pertunanganlah


  • Share:

HANTARAN PIHAK LELAKI

By BIE - 18:41:00 | 21 Comments
Alhamdulilah, pihak lelaki berkelana daripada jauh,
Kelantan - Johor akhirnya sampai dengan 1 tujuan murni
iaitu merisik si gadis yang berasal daripada Kota Tinggi
Ceeeewaahh..


Alkisahnya, hantaran pihak lelaki juga telah digubah
oleh CikBie sendiri atas permintaan En.Z dan keluarganya
kecuali hantaran dan gubahan kek sahaja. Yang tu, adik
En.Z yang buat. Dikhuatiri, jika bawa gubahan-gubahan
daripada Kelantan ke Johor. Sampai-sampai Johor je,
dah tak rupa hantaran dah. Makanya, CikBie lah sebagai 
bidan terjunnya. Tak berapa surprise, tapi apa yang 
memudahkan kita mudahkan. Ye tak?

Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar. Dan kedua 
pihak sudah berbalas hantaran.

Zazz.. hantaran daripada pihak lelaki. Buat pengetahuan,
bekas hantaran pillow tu pon CikBie sewa di Qisha Creative
boleh ke Blog atau Facebook pagenya untuk maklumat lanjut.






Sekian sahaja Review hantaran pertunangan saya dan En.Z
yang serba ringkas ini. hehehe

Jumpa sekejap lagi untuk review lain


  • Share:

DIY CAKE AS GOODIES

By BIE - 06:49:00 | 21 Comments
Cak!cerita tentang goodies dalam goodie bag pada entri 
yang lepas. Dalam beg tu CikBie cuma letakkan seketul
cupcake air tangan sendiri dan 1 pack gula-gula berbungkus
didalam brown paper bag dengan sedikit dekorasinya.



Zazzz.. cerita tentang buat cupcake. Bila fikir-fikir balik
erkk, kenapa aku nampak rajin sangat ni? Hahaha.. tergelak sendiri
sekarang pon dah malas buat kek. Padahal, masa sebelum kawin
semangat sangat buat kek sampai beli oven, mixer, spatula
dan semua benda buat cake pun lengkap.

Alhamdulilah buat tak banyak, makanya bolehlah buat dan
masukkan dalam goodie bag untuk tetamu yang datang ke
Majlis Pertunangan ZN tu. Alhamdulilah sangat jimat tau
kalau buat cupcake sendiri. Kalau tempah cupcake, mahunya
sebiji jatuh harga RM2-3 kan? Kalau fondant lagi mahal.

Jom buat cupcake sendiri, Cik Bie share resepi kat sini ye

Cupcake CikBie 
(untuk 25-30 cupcake)

2 3/4 cawan Tepung gandum
3 biji telur
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecilSoda Bikarbonat
1 cawan Susu Pekat Manis
1 cawan gula pasir
1 cawan Serbuk Koko
1 cawan air panas
1 cawan Minyak Jagung
1 sudu kecil Esen Vanila
Chocolate Chip (untuk hiasan)

Cara-cara

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Pukulkan 3 biji telur sehingga kembang, masukkan gula pasir
setelah kembang, masukkan tepung yang telah diayak
secara perlahan-lahan. 
Masukkan minyak, susu
Campurkan serbuk koko dan air panas dibekas lain
kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam mixer tadi.
Biarkan sebati berlama-lamaan. hehehe..
barulah masukkan esen vanilla.


Setelah siap, masukkan ke dalam cawan cupcake
taburkan chip cokelat diatasnya. Biarkan sebentar.
Bakar dengan kepanasan suhu 150 darjah celcius selama
15-20 minit mengikut tahap kemasakkannya.


Good lucks all my sayangs.

Resepi mudah dan komfem jadi.! Peace


Cupcake dijadikan goodies untuk pertunangan.


Sekian, Selamat Malam

Bye!

  • Share:

HANTARAN PIHAK PEREMPUAN

By BIE - 05:06:00 | 41 Comments
  • Share: