Follow Us @soratemplates

Friday, 29 August 2014

CATATAN SEBUAH DOSA

Salam Sejahtera kepada semua, saya memperlahankan aktiviti penulisan dan penglibatan diri dalam penulisan pada awal 2013. Adalah memang tidak disangka-sangka bahawa permulaan dan niat untuk memperlahan semua aktiviti penulisan menjadi terlalu perlahan hingga ke saat ini dan mungkin hampir berhenti.

Penghujung tahun 2013, saya menemui belahan jiwa dengan suatu cara alami yang tidak pernah disangka-sangka. Hal itu juga membuatkan saya seakan-akan lupa perjuangan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Sekali menulis tetap menulis.

Terkadang, duduk seorang diri merenung kehambaran diri dipersada penulisan Malaysia membuatkan saya sedih. Apakah sumbangan aku pada industri ini? sedang rakan-rakan yang lain sudah punya banyak buku antologi, novel, travelog, filem, malahan sudah berjaya merangkul pelbagai jenis anugerah dalam lapangan yang berbeza. Tak kira dalam bidang sastera mahupun industri hiburan tanah air.

Ketekalan dalam menulis adalah lahir daripada hati. Mujur, keghairahan saya pada bahan bacaan belum pernah pudar dan gigih mengumpulnya hingga ke hari ini. Namun, kekangan sedikit membuatkan saya berfikir-fikir untuk menambah koleksi buku-buku saya. Itu adalah kepuasan bagi saya, moga dimengerti.

Perjalanan ini suatu perjalanan yang panjang jika mendapat izin darinya. Moga saya terus tekal menulis dan meneruskan hobi ini. Tanpanya, jiwa rasa hilang dan kehidupan seakan tidak lengkap.

Aku harus mencari diri
Diri yang natijahnya bukan ilusi
mengabainya adalah suatu
dosa melanggar hakiki


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx