GOODIE BAG PERTUNANGAN

by - 07:19:00

Cak, lamanya tak tulis blog 
rasa rindu sesangat! dengan ini
huhhuhuhu asiklah berazam tiap2 tahun
kadang-kadang selalu jugak main mengelat
hahahahaha..

Dengan ini berazam nak selalu update story 
dalam blog ini, selalu berkongsi sesama kita, inspirasi 
terutamanya dalam DIY pelbagai idea yang
fresh dan segar dari ladang ternakan
lembu new zealand. ceeewaahh..

Dengan alasan yang tak lain dan tak bukan
untuk berjimat cermat dalam perancangan perkahwinan
mahupun pertunangan

Antara list perkara yang bakal diupdate
tentang majlis pertunangan

1. Hantaran
2. Pertunangan Outfit
3. Kasut
4. Dekorasi Bilik
5. Goodie Bag
4. DLL (yang difikirkan perlu)

Cerita pasal goodie bag, CikBie dah lama terbekenan
pada 1 kotak kek ni. Sebab dulu pernah beli 1
masa zaman rajin buat kek dulu.

Makanya, CikBie terfikir nak gunakan kotak kek ini
sebagai goodie bag semasa majlis pertunangan CikBie dan Z.
Sekeping cuma RM0.40 sahaja, kalau beli lebih daripada 50,
dapat harga RM0.35 sahaja per pieces.
dibeli di Bake With Yen, Taman Megah, PJ

Inilah kotaknya, CikBie excited sangat. Sampai masa dalam kereta lagi
dah snap gambar kotak kek ini. Hehehehe.. Sebabnya teruja sangat-sangat


Sebabnya, sanggup meredah jammed hari Jumaat daripada tempat kerja
semata-mata nak beli kotak ni.

Di ketika ini, kedai kek tu cuma bukak weekdays (9am-6pm)
dan sabtu cuma separuh hari, Ahad pula tutup.
Nak dijadikan cerita, tiap-tiap hari Sabtu CikBie ada kelas,
kalau balik pun dah pukul 6.

Tak sempat nak pergi beli dan akhirnyaaaa..
berjaya jugak pergi kedai ni, semata-mata untuk membeli
kotak kek idamanku ini.

Kalau u'ols berkenan jugak. Boleh zazzzzsss ke kedai Bake With Yen
yang berdekatan, banyak kotak kek yang cantik dan harganya berpatutan
Cantik dan comel-comel rupa bentuknya.

Kotak ini nampak kosong dan dull, nak tahu tak CikBie DIY
dan hias macamana bagi dia ceria sikit?
Hehehehe.. Esok kita sambung cerita macamana CikBie
deko Goodie Bag Pertunangan CikBie ni.

Bye all,
Love.


You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx