Follow Us @soratemplates

Thursday, 25 September 2014

KURSUS PRA-PERKAHWINAN @TTDI

Assalamualaikum W.B.T
Cak, rindu dekat blog ni. Rindu juga nak menulis lagi
Rindu juga nak terbitkan karya dalam media massa lagi.
Upsss.. dah termasuk bab lain pula kan.

Bie nak sambung cerita tentang persiapan perkahwinan pula
Rasanya tak dapat banyak buat persiapan pun
untuk tempoh 5 bulan sebelum perkahwinan kami

Untuk sesiapa yang tak tahu, Bie bertunang hujung bulan 12
dan berkahwin hujung bulan 5 pada 2014
Makanya, memang ada cuma 5 bulan untuk buat
semua persiapan. Gilo tak?

Tapi rasanya ada orang lain yang lagi gila,
dengan persiapan perkahwinan yang kurang daripada sebulan pun ada kan?
heheheheh..

Cerita tentang persiapan awal kami sebelum mendirikan rumah tangga
haruslah bersama-sama pergi menjalani 
Kursus Pra-Perkahwinan
Lokasi yang menjadi pilihan adalah
di Masjid At-Taqwa, TTDI
dan kursus 2 hari ini dikelolakan oleh 
Kak Ana daripada 
Siapa yang berkursus disini juga? Angkat tangan! hehe
Best kan? dalam perkarangan masjid dan semuanya
tenang dan sopan menjaga batas dan adab masing-masing


Lepas buat research dan membaca beberapa review mengenai
kursus perkahwinan disini bie dan Z pon bersetuju
untuk sama-sama berkursus disini.

Hari pertama kami berkursus, depan masjid (dalam perkarangan masjid)
ada warung untuk anda yang berkursus untuk makan.
Sebab pihak penganjur tak beri sarapan pagi. Cuma beri makan pagi
itu pun pada pukul 10. 

Kami ni perut jawa (Z bukan org jawa) hehehe.. 
makanya, tak dapat nak menahan kelaparan dan kebiasaan kami
yang suka sangat sarapan pagi dengan makanan berat


Tulis borang yang disediakan dan buat pembayaran
diluar dewan kuliah terlebih dahulu. Alhamdulilah, datang awal.
Makanya, sempat sarapan dulu dan mendaftar dengan tenang
tanpa perlu berrebut dengan orang lain yang turut sama berkursus
Setelah itu kami diberikan fail dan modul kursus serta buku



Ruang kursus memang agak sempit sedikit, tapi
ceramah yang disampaikan oleh semua
ustaz dan ustazah sangatlah bermanfaat dan kelakar
Tapi, kalau lepas makan tengah hari tu memanglah tak ada ampun

Mata mesti nak terkatup juga.
Namun, dapatlah diri ini mengawalnya sebab duduk
agak depan juga diketika ini. hehehe



Ustaz yang bercerita mengenai undang-undang perkahwinan Islam
Best! dan kelakar. Lupa pula namanya
Berikut adalah gambar disekitar perkarangan masjid
Tenang dan mendamaikan tentunya! :)




Selamat
Terasa rindu dengan kursus-kursus seperti ini.
Kalau nak rasa selalu, bolehlah pergi ke
Konvensyen Bidadari yang selalu dianjurkan oleh IMuslim Media
pada setiap tahun. Nak tiket? boleh beli dengan iols. 

Hehehe..

Love, Bie

6 comments:

  1. Usia perkahwinan kita sama la kan pn biee hhee

    ReplyDelete
  2. @Asha Lya Asha pon kawin sama tarikh dengan bie ke? hehehe.. Sambut anniversary tarikh yg samalah nampaknya ni. hehehehe.. yeay!

    ReplyDelete
  3. Saya pun 5 bulan tunang...25dis lepas..23mei majlis..memang kelam kabut..tapi sekarang dah lega...Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ala..nmpk nasi lemak tu....ni nk mkn nasi lemak ni...hehe..cik bie makin comellah n cantik..

    ReplyDelete
  6. perut cik bie boleh lawan perut suami ina... sam2 suka makanan ala2 jawa.. kalau pedas, mmg melampau.. sampai ina mengalah... hehehehe org kelantan pedas juga, tapi manis sikit... :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx