ZNWEDDING BRIDESMAID

By BIE - 21:59:00 | 81 Comments
Terima kasih kepada semua Bridesmaid saya

Kak Ainunl Muaiyanah
Kak Nissa Yusof
Nurfatihatul Hidayah
Nornazirah Ashar


Bie memakaikan Hand Corsage ditangan
Bridesmaid Bie yang comel-comel semuanya.


Walaupun, pada saat akhir Zira tak dapat
sama-sama menjadi Bridesmaid atas sebab tertentu.
Bie tetap bersyukur dengan kehadiran mereka bertiga
daripada awal majlis sampai habis majlis.



Terima kasih yang tak terhingga juga kepada
Yana dan Zira, yang pada awalnya tak dapat jadi Bridesmaid
tapi, hujung-hujung masa photoshoot. 
Mereka datang dan menjadi bridesmaid Bie!

Total Bridesmaid pada hari berkenaan adalah 5 orang


Bersahabat hingga ke syurga.
Terima kasih atas persahabatan ini.


  • Share:

OUR PRE-WEDDING

By BIE - 09:26:00 | 41 Comments
Masuk je blog Bie,
memang familiar dengan si budak perempuan 
yang kedekut dan sangat gemar akan DIY
atau lebih dikenali sebagai Do It Yourself

Sesungguhnya Bie memang suka mencabar diri
buat semua apa yang diyakini akan mendapat
keberhasilannya.

Alhamdulilah, berkat bantuan orang sekeliling
dengan izin Allah, Bie berjaya buat apa yang Bie nak
contohnya, hal-hal DIY ni. Hehehe..

Tambahan lagi, Bie nak beri inspirasi kepada semua
tentang kepentingan kita berjimat dalam merancang
dan membuat sesuatu.

Duit bukan suatu kemestian. Tapi, yang penting
adalah niat dan kebijaksanaan kita dalam
merancangnya demi memenuhi impian kita
dalam menjalani sesuatu perkara/hal.

Contoh disini yang ingin Bie kongsikan adalah;

Mengambil gambar pra-perkahwinan atau photoshoot
dengan harga dibawah RM100

Macamana Bie dapat harga photoshoot bernilai RM88?

Jom Zazzz gambar-gambar pre-wedding Bie daripada SmileInc.











Jawapannya ialah, anda perlu subscribe semua kupon yang di jual
di Groupon, StreetDeal, MyDeal dan sebagainya.
Sebab, disitu letaknya peluang yang sangat besar
untuk kita mendapat penawaran harga yang sangat murah
bagi suatu barangan/servis yang kita mahukan.

Berbaloi kan?

Ini contoh groupon yang Bie beli untuk pakej photoshoot ini


Alhamdulilah, dengan pakej RM88 (outdoor), pakej indoor untuk RM78.
Bie dapat outdoor photoshot, softcopy (gambar terpilih sahaja sebanyak 10 keping),
dan 2 frame bingkai kayu beserta gambar bersaiz 8R.
Sememangnya penawaran yang terhad.

Bagi pendapat Bie, gambar pre-wedding yang kita gunakan
adalah untuk tujuan tertentu je dalam perkahwinan

Contohnya, untuk bunting, kad jemputan dan lain-lain

Selebihnya? disimpan sebagai kenangan
Tapi, hakikat yang benar. Duit kita sudah terlebur
beratus malahan beribu ringgit untuk tujuan itu sahaja
sedangkan kita hanya menggunakan sekeping
atau 2 keping gambar sahaja untuk design bunting
dan kad jemputan.

Kenapa bayar lebih untuk sesuatu yang tidak perlu
kita bayar mahal bagi tujuan yang sama
tapi, sudah cukup untuk memenuhi impian kita
bergambar pre-wedding sebelum berkahwin.

Tiada masalah bagi yang mempunyai kelebihan untuk
membayar perkhidmatan yang mahal.
Sekadar mahu memberikan inspirasi kepada
golongan seperti Bie yang sedaya upaya
cuba mencari alternatif penjimatan terbaik
tanpa meminta bantuan orang lain
ketika merancang perkahwinan.

You can do it babeh!
Ada duit bukan alasan untuk membazir kan?
Penat lelah simpan bertahun-tahun, 
tapi untuk pembaziran jangka pendek
yang hanya memakan masa 1-2 hari sahaja.

Insyaallah, moga perkongsian ni dapat meredakan
hati bakal-bakal pengantin semua.

*Peace*

P/s : Attire/Baju dan tudung yang dipakai oleh Bie
adalah rekaan Bie sendiri
*wink2*


  • Share:

MESYUARAT BRIDESMAID

By BIE - 22:31:00 | 01 Comments

Entri lepas, Bie ada share cara Bie melamar ke semua Bridesmaid 
untuk majlis perkahwinan Bie. Alhamdulilah
Ada 4 orang semuanya.

Maka, Bie pun organize 1 majlis perjumpaan dan
makan-makan untuk membuat sedikit perbincangan 
mengenai majlis perkahwinan Bie.

Konon-konon ala-ala bridal shower
Tapi, tak pon.. Cuma perjumpaan biasa sahaja
hehehehe..

Berikut adalah beberapa siri perbincangan kami
yang dijadualkan pada masa dan tempat yang 
telah ditetapkan sebelum ini. Hehehehe..

Venue : Origina Kayu Nasi Kandar, Kota Damansara
Time : 8.30pm - 10.00pm










Penyampaian kain untuk dibuat baju pengapit


Sampai berjumpa kita di majlis perkahwinan Bie nanti
Weweittt... masa lepas snap gambar terakhir ni
kami bye-bye.. dan bersurai.

Sebarang info dibincangkan di group whatsapp
sahaja!

Bye..

Bie

  • Share:
B2B

DIWALI Vs. BADGES

By BIE - 20:21:00 | 41 Comments
Happy Deepavali to all Indian people

Semalam kita semua cuti kan? Ada yang tak cuti tak?
Hehehe.. semestinya ada kan? Antaranya ialah my husband
Dia terpaksa bekerja pada hari cuti. Makanya, Bie pun
terperap duduk dirumah sepanjang hari semalam.

Lepas buat kerja rumah, bantai tidur sampai pukul 5
hahahaha.. Apa punya anak dara daaa.. errrkkk.. Masih 
anak dara ke? dah jadi bini orang dah pun.

Ini hasil keboringan semalam. Godek-godek laptop
sambil menghasilkan bride to be 2015 badges.!

Zaazzzz.. mau share!! Siapa wedding dia tahun depan
Sila angkat tangan!

Boleh lah letak kat Blog masing-masing ya! peace!






The End,

Bye!

  • Share:

WILL YOU BE MY BRIDESMAID?

By BIE - 08:59:00 | 41 Comments
WILL YOU BE MY BRIDESMAID?

Bukan hanya lelaki sahaja yang datang melamar
wanita sebagai suri hidupnya. Begitu juga wanita
yang bertindak melamar kawan-kawan baiknya sebagai
Bridesmaid atau lebih dikenali sebagai pengapit
dalam kalangan orang melayu.

Dulu, pengapit hanya seorang. Kini, seperti tidak
relevan kalau hanya ada 1 pengapit kerana kawan
baik semestinya ada ramai dan lebih daripada 1
Ironinya, atas pelamin cuma muat seorang pengapit
perempuan dan seorang pengapit lelaki sahaja.

Maka, terpaksalah si pengantin perempuan membuat
keputusan dengan berat hati, dan memilih salah 
seorang daripada mereka sahaja untuk berada disisi
ketika majlis persandingan.

Bie telah menyebarkan semua lamaran menjadi
Bridesmaid kepada semua sahabat-sahabat terdekat Bie.
Hanya 4 orang sahaja yang free dan menerima lamaran.


Tarraaa.. postooo pada mereka lamaran demi lamaran 
melalui instagram.! Dunia dah maju kan. 

Dan apabila mereka megatakan "Yes",
sekali lagi 1 flyer di "Blast" ke dalam
inbox whatsapp mereka



Terima kasih sahabat, berjumpa nanti di Acara
perbincangan aturcara majlis perkahwinan! 

Peace.. Bersambung..
  • Share: