Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

OUR PRE-WEDDING

by - 09:26:00

Masuk je blog Bie,
memang familiar dengan si budak perempuan 
yang kedekut dan sangat gemar akan DIY
atau lebih dikenali sebagai Do It Yourself

Sesungguhnya Bie memang suka mencabar diri
buat semua apa yang diyakini akan mendapat
keberhasilannya.

Alhamdulilah, berkat bantuan orang sekeliling
dengan izin Allah, Bie berjaya buat apa yang Bie nak
contohnya, hal-hal DIY ni. Hehehe..

Tambahan lagi, Bie nak beri inspirasi kepada semua
tentang kepentingan kita berjimat dalam merancang
dan membuat sesuatu.

Duit bukan suatu kemestian. Tapi, yang penting
adalah niat dan kebijaksanaan kita dalam
merancangnya demi memenuhi impian kita
dalam menjalani sesuatu perkara/hal.

Contoh disini yang ingin Bie kongsikan adalah;

Mengambil gambar pra-perkahwinan atau photoshoot
dengan harga dibawah RM100

Macamana Bie dapat harga photoshoot bernilai RM88?

Jom Zazzz gambar-gambar pre-wedding Bie daripada SmileInc.











Jawapannya ialah, anda perlu subscribe semua kupon yang di jual
di Groupon, StreetDeal, MyDeal dan sebagainya.
Sebab, disitu letaknya peluang yang sangat besar
untuk kita mendapat penawaran harga yang sangat murah
bagi suatu barangan/servis yang kita mahukan.

Berbaloi kan?

Ini contoh groupon yang Bie beli untuk pakej photoshoot ini


Alhamdulilah, dengan pakej RM88 (outdoor), pakej indoor untuk RM78.
Bie dapat outdoor photoshot, softcopy (gambar terpilih sahaja sebanyak 10 keping),
dan 2 frame bingkai kayu beserta gambar bersaiz 8R.
Sememangnya penawaran yang terhad.

Bagi pendapat Bie, gambar pre-wedding yang kita gunakan
adalah untuk tujuan tertentu je dalam perkahwinan

Contohnya, untuk bunting, kad jemputan dan lain-lain

Selebihnya? disimpan sebagai kenangan
Tapi, hakikat yang benar. Duit kita sudah terlebur
beratus malahan beribu ringgit untuk tujuan itu sahaja
sedangkan kita hanya menggunakan sekeping
atau 2 keping gambar sahaja untuk design bunting
dan kad jemputan.

Kenapa bayar lebih untuk sesuatu yang tidak perlu
kita bayar mahal bagi tujuan yang sama
tapi, sudah cukup untuk memenuhi impian kita
bergambar pre-wedding sebelum berkahwin.

Tiada masalah bagi yang mempunyai kelebihan untuk
membayar perkhidmatan yang mahal.
Sekadar mahu memberikan inspirasi kepada
golongan seperti Bie yang sedaya upaya
cuba mencari alternatif penjimatan terbaik
tanpa meminta bantuan orang lain
ketika merancang perkahwinan.

You can do it babeh!
Ada duit bukan alasan untuk membazir kan?
Penat lelah simpan bertahun-tahun, 
tapi untuk pembaziran jangka pendek
yang hanya memakan masa 1-2 hari sahaja.

Insyaallah, moga perkongsian ni dapat meredakan
hati bakal-bakal pengantin semua.

*Peace*

P/s : Attire/Baju dan tudung yang dipakai oleh Bie
adalah rekaan Bie sendiri
*wink2*


You May Also Like

4 ulasan

  1. Setuju skali bie...kena rajin sikit insyaallah dpt..

    ReplyDelete
  2. @cik mah Aah, betul tu.. setuju juga dengan Cik Mah. Insyaallah dipermudahkan urusan kan?

    ReplyDelete
  3. bnyk nk kena bljr dgn kak bie ni. nk link fb. mudah nk tny soklan nnt hehe

    ReplyDelete
  4. Kak bie sudi membantu liyliz.. good luck syg! hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx