LOGO RASMI PERKAHWINAN ZN

By BIE - 4:40:00 PG

Ummuah semua ciked. 
Bagi yang perempuan tulen sahaja
hehehehe.. nak sambung entri persiapan perkahwinan
Hari-hari pun dalam dilema nak start cerita yang mana 
dulu?

Demi mengatasi kecelaruan ketika me"review" cerita
demi cerita dalam proses membuat persiapan perkahwinan.
Bie nak bagi pendedahan kepada logo rasmi yang Bie gunakan
untuk majlis perkahwinan bie dan En.Z

Logo atau lebih dikenali sebagai Monogram dikalangan B2B ini
sudah mula popular. Tak pernah Bie sangka, majlis perkahwinan ni
pon sikit lebih kurang macam mempromosikan bisnes atau program (event)
siap nak ada monogram dan logo pula.

Bagi pendapat Bie, apabila kita mengaplikasikan penggunaan logo
bagi majlis perkahwinan ni. Ia akan lebih menampakkan kekemasan.
Maka, tak adalah caca marba dengan kepelbagaian penggunaan logo
font, gambar dan sebagainya.

Ia salah satu cara dalam kita membuat penetapan tema, selain daripada
membuat pilihan terhadap warna tema perkahwinan masing-masing.

Tentunya ada yang tertanya-tanya apa logonya?
Sila tengok "Header" blog ini dan watermark pada setiap gambar 
yang dimuat naik. Ada nampak x logo segiempat macam maze berwarna
merah dan biru.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui.
Itu adalah Kuffi Art, salah satu daripada kaligrafi islam yang
lebih dikenali sebagai Khat.

Dalam bahasa jawi, Kuffi berkenaan telah meng"khat" kan nama Bie dan En.Z
iaitu Zulfadli Wa (dan) Nabiha

Oleh demikian, Bie mengambil keputusan untuk menggunakan kuffi art 
itu sebagai Monogram/logo perkahwinan kami. Sekaligus sebagai logo rasmi BJC.
Alhamdulilah.



Warna merah dan biru menunjukkan warna tema bagi majlis dibelah pihak perempuan
dan warna gold dan hijau adalah tema di majlis pihak lelaki.



Itu sahaja penerangan mengenai Monogram/Logo perkahwinan kami. 
Ia telah berjaya diguna pakai pada Goodie bag, Bunting, Kad Jemputan, 
Bunga telur, T-shirt, dll.

Sekian.

Bye semuaaa..

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan

  1. cik bie memang kretif.. eh silap puan bie... hehee :)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. @Keyna HEHEHE..kalau buat sendiri, memang jimat keyna :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx