UPACARA MANDI BUNGA

By BIE - 20:22:00

Upacara Mandi Bunga
atau mungkin dipanggil Mandi serapat Bunga
Kenapa upacara mandi Bunga dimajlis Bie
dipanggil dengan nama panggilan sedemikian rupa?

Sebenarnya, Bie pon clueless juga.
Apa itu serapat bunga?
Daku cuma mem"follow" adat tinggalan nenek moyang saja


Almaklum, Bie memang berasal daripada keturunan Johor-Riau
yang berdarah keturunan Jawa (sebelah Nenek).Nama nenek pon
dah cukup membuktikan bahawa kami ada darah Jawa

Marseh Binti Wongso Dowiriyo 

Makanya, adat yang dah lama ditinggalkan ini. 
Kami sekeluarga kembalikan semula dalam
kalangan keluarga moden kami hari ini.


Alhamdulilah, majlis mandi serapat bunga ini telah berjaya
diaadakan bersama-sama saudara-mara dan kawan-kawan perempuan sahaja.


Serapat adalah sejenis akar kayu. Akar apa? Bie pun kurang pasti
adalah menjadi kebiasaannya, air akar kayu hendaklah dicampur dengan
7 atau 9 jenis warna bunga dan bahan-bahan lain seperti yang
dinyatakan dibawah.

Disebabkan kami ini keturunan jawa yang kelapisan yang ke-??
Makanya, Akar serapat tidak dapat diadakan. Yang ada cuma air mawar
dan dicampurkan dengan 7 jenis warna bunga-bungaan dan bahan-bahan 
lain yang mudah didapati sahaja yang ada.


Campuran Air Mandi Serapat Bunga
Air, 
hendaklah diembunkan a.k.a air yang terdedah pada embun
atau air perigi.
Air Mawar
(Boleh dibeli dikedai-kedai)
7 jenis warna bunga-bungaan
Perahan Limau Nipis/Limau purut

Bahan Tambahan
Gayung tempurung kelapa
Sabut Kelapa
Kain Batik
Tuala
Tempayan


Kami guna tempayan naga yang antik, tinggalan moyang dulu
diambil khas oleh ibu daripada kampung kami di Johor Lama.
Lepas majlis, tempayang itu dipulangkan semula ke tempat asalnya.
Mengikut sejarah, Tempayan selalu digunakan untuk menampung air
hujan yang turun dari cucuran atap rumah. Kemudian, digunakan
untuk mencuci kaki setiap kali sebelum berniat memasuki rumah.
Wallahualam.


Kepercayaannya orang zaman dahulu mengenai mandi bunga adalah
untuk menaikkan seri wajah bagi orang perempuan terutamanya.
Lebih-lebih lagi bagi mempelai dan pengantin perempuan yang
bakal mendirikan rumah tangga. Sebab tu upacara ini dibuat 5jam
sebelum majlis pernikahan Bie berlangsung.

Itu adalah kepercayaan. Apa yang pasti, mengikut teori sains
mandi bunga mempunyai aura dan getaran pada setiap warnanya
dan kemudian berfungsi untuk merangsangkan emosi, deria atau 
antena kulit melalui reseptor bulu roma jika di buat 
secara berperaturan. Ia amat berkesan dalam menangani pelbagai 
keadaan keletihan, stress dan Kelesuan yang berlaku kepada kita.
Sehingga dapat merubah mood dan memberikan ketenangan.


Contohnya seperti, tradisi atau petua penggunaan nila yang 
disapukan pada kulit luar leher amat efektif sebagai 
penawar yang paling tepat untuk kelemahan warna indigo 
atau kebiru-biruan di bahagian tersebut (kelenjar tiroid) 
yang menjadi pengawal sistem imuniti tubuh seseorang daripada 
serangan virus. Wallahua’lam.

Sekitar Upacara Mandi Serapat Bunga.









P/s : Daripada mempercayai kepercayaan karut marut mengenai 
mandi bunga, Bie hanya berpegang kepada logik dalam
teori sains mengenai aura dan kehebatan warna
dalam memperngaruhi semangat dan emosi kita.
Oleh demikian, keluarga kami membuat keputusan
mengadakan upacara ini disamping bergembira
bersama sanak-saudara dan sahabat handai.

Bye!

  • Share:

You Might Also Like

8 ulasan

  1. best nya dapat mandi bunga..

    Rina haritu memang tak sempat nak mandi bunga.. Sibuk mengatasi segala-gala nya.. huhuhuu...

    ReplyDelete
  2. aumm aumm sbb tu subur bunting pelamin kut. hahaha mandi bunga serapat. wokeh usik kak bie je :)

    ReplyDelete
  3. ya Allah, cantiknya gambar n suasana!semua benda nmpk cantik..sampai perigi pun saila rasa cantik dah kena lilit dgn bunga2 tu..hehehe

    ReplyDelete
  4. i like all picture.. nmpak real cm cite drama..

    ReplyDelete
  5. @Rina Ellisa Alhamdulilah, nasib juga ni Bie dapat buat upacara ni. Kalau nak diikutkan sangatlah padat jadual majlis. Masa ni, mata pon nampak bengkak sebab tak cukup tidur. Malam tu tidur pukul 4 pagi.. sobsss..

    ReplyDelete
  6. @Liyliz Hahahha.. Nakal ea Liliyz, akak tunggu awak kawin, Nak bahan habis-habisan. hehehehe.. Good luck utk liyliz jg! :) TQ dik

    ReplyDelete
  7. @Nursaila Norman Kebetulan di belakang rumah ada perigi dan suasana kampung ni saila. Tiba-tiba je rasa macam menarik pemandangannya. Padaham perigi tu dah pun usang berlumut. hehe :D

    ReplyDelete
  8. @Cik Puan Tqah Tq tqah.. Aah, memang rasa macam berlakon drama/filem zaman dedulu kan? hahahaha..berkostum bagai. hahaha.. kebetulan :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx