BUMI KENYALANG NAN PERMAI

Awal bulan 3 hari tu, Cik Bie dan keluarga
sempat pulak menyambut seruan kerajaan supaya
"Visit Malaysia 2014", sudah sekian lama juga
Cik Bie dan keluarga tak pergi jalan-jalan
sejak Cik Bie dan Adik belajar dan kami sama-sama
tak ada waktu cuti yang sama.

Kali ni, Cik Bie memang nekad dan akhirnya
kami dah pun menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang
buat petama kalinya. Suatu kenangan yang indah
dan tak dapat Cik Bie lupakan walaupun tahap
kepenatan di paras maksima. Namun, kugagahi juga
menempuh badai dan ranjau berduri. Ceeewaahh..

Sesampai je disana, bukak je langsir dah nampak 
Gunung Santubong. Sayup mata memandang
cuaca kat Kuching pulak redup dan digin
agak susah nak nampak matahari sepanjang
3 hari kami berkelana disana.


Dari jendela kamar kami

Service Di Kuching Park Hotel memang tip top
Cik Bie ambil bilik Quadple, boleh sumbat 
4 orang terus, baru selesa kan. hehehe..

Zazzz.. gambar-gambar disana. Happy! rasa nak pergi lagi.
Tapi, rasanya kena bagi turn untuk tempat lain pula rasanya.


Sempat lagi melaram dengan baju Orang Ulu di Sarawak Cultural Village.


The parents di Gua Angin


My adik didepan monumen kuching di Bandaraya Kuching, Sarawak

Antara gambar pemandangan yang cantik disini


Alhamdulilah selamat pergi dan selamat kembali

Ngam-ngam kami touch down 3hb March 2014,
8 March 2014 dapat berita tentang MH370 pula
Huuuuuu.. nasib baik. Kalau tak, agak berdebar
hati nak naik kapal terbang.

Moga penumpang MH370 kini berada dalam
keadaan selamat dan dapat pulang kepangkuan
keluarga tercinta. Teruskan berdoa. Insyaallah.

#PrayForMH370

Amin.

COMING SOON

Alhamdulilah Syukur,
Mac sudah datang menjengah

Kita dikhabarkan pula dengan berita kehilangan MH370
Sebak dan sedih, itu sahaja yang Cik Bie dapat rasa
ketika mengetahui akan berita ini.

Cik Bie tak ambil peduli dengan sikap sesetengah
rakyat Malaysia yang mempermainkan musibah ini
di laman-laman sosial media.

Apa yang penting, adalah nyawa penumpang
dan anak kapal tersebut,
Marilah kita tetap terus berdoa untuk mereka.
Insya'allah

Sesungguhnya Dia maha mengetahui.

Diam tak diam,
April akan tiba tak lama lagi
sedar tak sedar, kita sudah masuk tahun 2014
usia juga semakin meningkat
tahap kematangan sedang terbina.
Moga perjalanan kita semua dipermudahkan olehnya

Mohon doa daripada semua buat diri ini
kerana kalian, saya masih bisa berdiri
hingga ke saat ini.

Mohon maaf, kalau ada mana-mana B2B yang
tak dapat saya tolong urusannya. Saya mencuba
apa yang saya terdaya. Jika ada apa-apa yang
saya tak dapat tolong tu, saya minta maaf banyak-banyak
kerana semua itu diluar kemampuan saya.

Terima kasih atas segala perkongsian cerita
dan pengalaman kalian.

Moga ukhuwah yang terjalin ini tetap terus utuh
sampai bila-bila.

Sobs, kenapa rasa sedih ni?



Terima kasih semua.


Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim