Follow Us @soratemplates

Sunday, 21 December 2014

DIY CENTERPIECE

07:05:00 6 Comments
Assalamualaikum,
DIY centerpiece pada majlis perkahwinan Bie yang lepas,
ada sedikit terkilan sebab tak ambil gambar keseluruhan
untuk centerpiece tersebut. Ada gambar daripada photographer
tapi gambar tersebut adalah centerpiece yang sudah tidak
cukup sifatnya. Hahahaha..



Ok! redhakan jelah ya.

Diketika ini, memang tak menang tangan dibuatnya, 
Almaklum sebab Bie ni anak sulung perempuan tunggal
daripada 2 orang adik beradik. Adik pula lelaki, 
memanglah tak ada siapa yang tolong.

Alhamdulilah, Bie ada kawan-kawan yang comel dan sporting
selalu.. datang sehari sebelum untuk menghulurkan bantuan mereka.

Yeay!

Untuk centerpiece, perancangan awal Bie memang rancang untuk buat 2 jenis
satu untuk khemah tetamu, satu lagi khemah tetamu daripada pihak lelaki

Disebabkan pihak lelaki tak berapa ramai, Bie cuma buat dalam
6 meja sahaja. 1 meja bulat tu boleh muat lebih kurang 
6-7 orang.




Banyak meja untuk tetamu. Masa tu Bie cuma buat 15 Tag sahaja.
rupa-rupanya ada meja yang tak dapat centerpiece. 
Makanya, harap maaflah ye. Mana meja yang dapat saja diletakkan
centerpiece berkenaan. Hehehe..

Zaazz.. sedikit gambar yang sempat dirakamkan.



Bie buat simple je. Ada nombor, nama kami, tarikh dan hari,
serta diprint atas kertas A4 biasa sahaja serta dilaminate
setiap daripada satunya.


Begitu juga untuk tag pada centerpiece di meja makan pihak lelaki

Sekian sahaja review mengenai Centrepiece
Majlis Perkahwinan Bie yang biasa-biasa je ni
Hehehe..

Bye! :)


TANJAK LANG NYONGSONG ANGIN

05:29:00 2 Comments
Tanjak yang dipakai En.Z pada majlis persandingan
dan majlis bertandang adalah sama.

Hahaha.. tempah 1 je, tapi jimat dan boleh digunakan
untuk kedua-dua majlis terus. Memang itulah tujuan kami
menempah tanjak yang bernama "Lang Nyongsong Angin" ni




Tak sangka, masa majlis. Ramai dok tengok je tanjak ni.
dan ramai juga yang menegurnya
Sebab pelik dan tak sama dengan kebanyakkan tanjak yang ada
dijual dipasaran dan tanjak sewa daripada mana-mana Bridal.



Tanjak memang memainkan peranan dalam penggayaan seorang lelaki
Kata si pembuat tanjak, jika seorang lelaki mengenakan tanjak
yang sesuai dengan dirinya. Mereka akan lebih kelihatan
segak, hebat, kacak dan dalam erti kata lain terserlah kejantanannya
Wallahualam.



Bie tempah tanjak ni dengan seorang pesilat (Khairul) yang kini aktif dalam
pembuatan tanjak di Malaysia. Untuk lebih maklum, dia juga adalah
pembuat tanjak untuk sebilangan artis seperti Monoloque, Latif urgiba
dan banyak lagi



Sesiapa berhajat nak menempah,
Bolehlah hubungi En.Khairul ni.
Dia ni sangatlah peramah.
Tapi, syarat dia yang perlu dipenuhi adalah
dia cuma buat tanjak ikut ukuran kepala sipemakai je
No free size and adjustable ye.

Katanya melanggar etika pembuatan tanjak.
Hehehe

Facebook : Kronikel Tanjak
Blog : Kronikel Tanjak



Sekian 

 Bie

Wednesday, 17 December 2014

MENEMUI AKU DALAM DIRIMU

18:38:00 4 Comments
Salam hari Khamis,
Nak feeling berjiwang sedikit pagi ni.
Boleh tak?



MENEMUI AKU DALAM DIRIMU


Perjalanan menemui Aku dalam dirimu

Adalah suatu perjalanan yang melelahkan sayang

Berpuluh kali tersesat ke hutan,

Beribu kali tersalah jalan,

Beratus kali melahu ke hujung,

Beratus kali juga berpatah pulang ke pangkal,


Mengemudi perahu kecilku ke seberang,

Menemukan aku dengan orang-orang yang salah,

Tapi aku tak pernah lelah,

Pantang menyerah atau mengalah,

Kerana pencarianku ini tak pernah goyah.


Aku salah menafsir masa,

Benar-benar, masa mengajar erti merasa,

Pengalaman-pengalaman ceria dan duka,

Namun, pertemuan aku dalam dirimu

Benar-benar mencambah hilai dan tawa.


Kerana aku ada dalam dirimu

Selalu dekat denganku, selalu ada dalam hatimu.


Universiti Teknologi MARA, 

Shah Alam, Selangor.

Sunday, 7 December 2014

AMIRAH'S WEDDING DAY

05:11:00 3 Comments
Minggu lepas, cuti-cuti Malaysia sangat I'ols
Sebab cuti daripada bekerja selama seminggu
untuk menghadiri/bergotong royong
untuk majlis perkahwinan adik ipar Bie
di Kelantan
(Majlis Perkahwinan dan Majlis Sambut Menantu)

Untuk majlis ni, tak dapat banyak yang Bie
boleh tolong. Cuma tolong meringankan sedikit
kerja beliau dengan sukarela buatkan
semua hantaran, bunga tangan dan 
deko meja Candy Buffet.

Berikut adalah seputar majlis berlangsung,
Info details mengenai setiap kerja-kerja DiY
seperti biasa, Bie akan ceritakan dalam entri-entri khas
yang akan datang. Insyaallah!

 

Dihari pernikahan 28/11/2014


Hik! Kami berdua pun nak tumpang sekaki naik atas pelamin yang comel ni







Selamat Pengantin Baru
buat

Nur Amirah Sukarno dan 
Suami Nik Muhaini Mohd Nafi

Semoga gerbang rumah tangga yang terbina
kekal utuh dan bahagia buat selamanya
Amin, Insyaallah