TIPS PILIH BLOUSE MUSLIMAH MENGIKUT PENAMPILAN DIRI

Assalamualaikum w.b.t

Tinggal berapa hari je lagi, 2016 bakal menjengah kita semua. Hari-hari terakhir bekerja di tahun 2015 membuatkan Bie menjengah seketika ke dalam almari Bie ni. Semua baju untuk pergi kerja dah lama dan lusuh. Ada antara daripadanya dah tak relevan nak pakai sejak jadi mak-mak ni. Sebab terlalu fancy dan keremajaan sangat. Hehehe.. Fefeling mak-mak sangat kans?

Atas faktor tu jugak Bie jengan masuk dalam Zalora.com, dan tengok Koleksi Blouse Muslimah yang sesuai dengan Bie dalam online shopping website ni. Hoyeyyyy.. semuanya cantik-cantik dan up-to-date. Semudah A.B.C apa lagi, Click and Buy jelah mana-mana design idaman hati. Tak payah Bie nak susah payah pergi mana-mana shopping mall, searching and survey. Sejak beranak kecik ni, searching dan survey sambil dodoikan anak pun boleh dah. Sebab kenalah yang blouse yang Breast Feed friendly kan? Tak semestinya blouse tu hanya dipakai untuk ke pejabat. Bie selalu pakai untuk tujuan leisure dan buat jalan-jalan juga.

Tak menyabar nak shopping di Zalora.com ni. Harap-harap dapat pakai diawal tahun 2016 dengan semangat dan azam baru. Entri ini, Bie nak kongsi sikitlah tentang Tips Pemilihan Blouse yang sesuai dengan penampilan muslimah di Malaysia

Kita semua sedia maklum bahawa bukan semua blouse boleh dikategorikan sebagai pakaian Muslimah. Pakaian Muslimah bermaksud koleksi pakaian yang sesuai dipakai oleh wanita bertudung dan menutupi aurat wanita tersebut dengan sempurna. Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa ciri-ciri lain yang juga harus dititikberatkan selain dapat menutup keseluruhan bahagian tubuh badan yang harus ditutup. Untuk anda yang ingin mengetahui apakah ciri-ciri blouse Muslimah yang terbaik, teruskan membaca entri ini sehingga ke penghujungnya;

1.       Tidak terlalu menonjol dengan warna yang terang
Rekaan blouse muslimah yang terbaik adalah direka dengan simple dan tidak berlebih-lebihan. Elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna terlalu terang untuk tidak kelihatan terlalu menonjol.

2.       Potongan Loose dan tidak terdedah aurat
Blouse muslimah haruslah mempunyai berpotongan longgar atau loose. Pakaian yang direka dengan potongan yang ketat tidak boleh dikategorikan sebagai pakaian Muslimah. Untuk rekaan blouse yang berlengan tiga suku, anda boleh memakai sarung tangan atau hand sock untuk menutupi bahagian tangan yang terdedah.

3.       Labuh dan menutupi pinggul dan tidak jarang
Kelabuhan blouse tersebut haruslah direka dengan potongan yang cukup labuh untuk menutupi bahagian pinggul si pemakai. Bukan itu sahaja, fabrik yang digunakan juga haruslah tidak jarang sehingga menampakkan susuk tubuh badan.

Berikut adalah contoh-contoh blouse mengikut jenis penampilan muslimah

Penampilan Muslimah Hipster



Penampilan Muslimah Tradisional & Elegant


Penampilan Muslimah Simple


Penampilan Muslimah Sweet & Trendy




Penampilan Muslimah Sporty


Penampilan Muslimah Happy Go Lucky






Penampilan Muslimah Breastfeed Friendly



Muslimah tidak menjadi penghalang untuk kita berfesyen kan? Asalkan, kita sebagai wanita muslimah mengikut batas-batas dalam kita berfesyen pada era kini. Akhir kata, hati-hati dalam membeli blouse yang terdapat di pasaran dan ikuti panduan berikut okey? Moga bermanfaat hendaknya. In Sha Allah J

KEDAI RUNCIT DALAM RUMAH

Assalamualaikum w.b.t, sedar tak seadr, kita dah berada dipenghujung 2015. Pelbagai cerita suka, duka yang telah dilalui sepanjang tahun ini. Mungkin, nanti Bie nak recap balik kot kronologi tahun 2015 ni. In sya Allah. 



Gambar-gambar dibawah adalah beberapa inisiatif Bie dan Suami mengubah cara kami berbelaja. Sebenarnya kami dah mula buat macam ni sejak bulan 7 tahun ini. Tapi, belum betul-betul bersungguh. Sedikit demi sedikit kami tingkatkan semula kesungguhan kami merealisasikan impian untuk mempunyai kedai runcit dirumah. Hahaha. Lucu kan?











Bie sendiri, sejak dah stock up barang keperluan dapur dan rumah ni. Selalu main jual-jual dengan Z.

Bie : Nak beli apa encik?
Z    : Saya nak 1 tin susu pekat manis
Bie : Nah, RM5 saja encik!
Z    : Mahalnyaaaaaaa..

Hahaha.. Dengan inisiatif ini, kami mudah untuk semak barang apa yang ada dan apa yang tak ada. Jadi, lebih mudah nak membeli dan stock up barang. Kebanyakkan barang, kami akan beli secara borong di pasaraya pilihan kami seperti;

Pasaraya NSK
Segi Fresh

Bos kecik Mama Papa


Memang awalnya mahal, sebab kena beli banyak. Tapi, bila tolak darab semuanya. Kami dapat berjimat banyak. Sebab kebanyakkan barang yang akan kami beli setiap bulan. Jimat kan?

Alhamdulilah, Bie dan suami dapat gunakan cara ni sehingga hari ini. Moga kami tekal sampai bila-bila.Tak ada lagi isu, bangggg.. ayang nak masak ni. Minyak dah habis! ehehehe.. sebab dah stock up 3 tong dah!

Oleh kerana, idea ini. Pendapat Bie mengenai langkah penjimatan dalam berbelanja barang dapur mendapat perhatian media dan terbit dalam akhbar Berita Harian pada 21 September 2015 yang lepas.




PEMENANG GIVEAWAY 2015

Alhamdulilah, Giveaway dah pun tamat dan pemenang telah dipilih. Tahniah Bie ucapkan kepada pemenang yang dapat Pearl HB tu. Semoga berbahagia di majlis perkahwinan anda nanti. In Sha Allah. Terima kasih juga tak terhingga kepada penaja hadiah

BLUE LACE FLOWER

Sesiapa nak wedding tu, boleh datang FB page BLUE LACE FLOWER untuk menempah Pearl HB idaman anda ya?


Tiba-tiba terasa seronook pulak buat GA ni. In Sha Allah, masa-masa akan datang. Bie nak buat lebih banyak GA untuk kawan-kawan blog Bie ni semua. Suka tak? Hehehehe..


GIVEAWAY FOR B2B

Assalamualaikum lovelies semua. Terutamanya Bride to Be semua yang mengunjungi blog Bie ni. Muahhh.. Bie ada berita baik untuk semua.!!!

Nak jimat untuk majlis perkahwinan anda? Jom join giveaway ni ok?

INI GIVEAWAY VERSI FACEBOOK,
untuk menyertai, sila ke link ini

Sebelum 2015 melabuhkan tirainya, Blog Jalinan Cintaku telah berkolaborasi dengan Blue Lace Flower menganjurkan 1 giveaway khas buat bakal raja sehari dengan menawarkan hadiah utama iaitu;

1 Pearl Hand Bouquet
(Custom Made mengikut warna permintaan pemenang)

Hadiah bernilai RM150 untuk dimenangi dalam tempoh 14 hari sahaja.

Bermula pada 1 Disember 2015 hingga 14 Disember 2015 (12.00 malam). Pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2015. Pemilihan pemenang berdasarkan peserta yang menjawab soalan dengan tepat dan memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Sila jawab soalan berikut dalam ruang komen :



Apakah warna Pearl Hand Bouquet dalam gambar diatas?
________________________

Syarat-syarat penyertaan ialah;

1. Anda perlu Like FB Jalinan Cintaku by BIE dan FB Blue Lace Flower
2. Share post ini di facebook anda dan tag 3+ sahabat anda (Sila letak post ini dalam mode public, supaya kami boleh lihat post ini ketika sesi pemilihan nanti)
3. Tekaan warna Pearl Hand Bouquet adalah terhad kepada 1 penyertaan sahaja.
4. Selepas pengumuman, hadiah akan dihantar kepada pemenang setelah Pearl Hand Bouquet siap mengikut permintaan warna yang dikehendaki oleh pemenang.



Senang je nak menang kan? Jom join.. Siapa tahu, tuah anda disini. Moga anda berjaya menjadi salah seorang pemenang yang bertuah! Alhamdulillah, dah boleh berjimat banyak dah kalau menang ni.

Bie wish you all the best!

Muahhhh...


RESEPI MEDITERRANEAN DORY

Pening kepala nak masak apa menu apa ikan dory ni? Ikan Dory merupakan ikan kegemaran En.Suami. Selalunya, menu yang dipilih hanyalah ikan dory bakar. Lepas tu, makan dengan budu atau kicap. Tapi bila datang mood memasak Cik Puan Isteri ni. Maka terhasillah Resepi Ikan Dory Mediterranian ni. Ceeewahh nama.. Nak jugak tiru salah satu menu dekat Manhattan Fish Market.


Walaupun rasa dia taklah sama macam Manhattan Fist Market. Tapi dah boleh lah tu kan? Kan? Cukuplah sekadar pujian daripada beliau. "Sedap yang!" Hik malu.. Gedik!


Untuk resepi ini. Bie gunakan pemanggang ajaib untuk memanggang ikan bersama gravy yang telah dibuat ini.

Bahan - Bahan
Olive oil
6 batang Cili Padi*
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
Sebatang Serai

Cara-Cara
Perap ikan dengan olive oil dan bungkus didalam aluminium foil
Kisar semua bahan bertanda * dan tumis dengan olive oil didalam kuali sehingga naik minyak.
Letakkan bahan tersebut ke atas ikan, bersama serai dan bawang besar
Bungkus dan bakar dengan pemanggang ajaib selama 10minit.

Siap.!






Makan bersama nasi panas menambah nikmat makanan ini
Uhhh.. terasa-rasa jus yang terkandung dalam ikan ni. Nyummms
Selamat Mencuba :)

MALAM BERINAI JOHOR

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan. Bie akan update tentang Malam Berinai pula. 



Adat dan cara seperti ini sememangnya selalu dilakukan di Johor khususnya. Di Negeri lain, Bie tak pasti. Apa yang pasti setiap tempat, negeri mahupun daerah ada cara tersendiri dalam melakukan adat ini. Selepas bacaan berzanji dan marhaban dilakukan. Rombongan Pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dan berarak bersama paluan kompang. Si pengantin perempuan akan setia menunggu dipelaminan begini


Hehehe.. Maka, kami bersanding dan ditaburi bunga rampai. (Kami tidak buat tepung tawar seperti kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat kita) Jadi, tepung, beras kunyit, telur semua tu tak ada. Cuma ada bunga rampai dan inai sahaja. Nama pun malam berinai kan? Jadi, kita pun berinailah! hehehe..



Lepas berinai, malu-malu duduk sama-sama atas pelamin. Kami pun main baling gula-gula dan syiling. Tujuan? Suka-suka sebab selalunya yang ada depan pelamin kita tu kanak-kanak. Jadi, seronok tengok kanak-kanak berebut tangkap gula-gula dan duit syiling tu. Bie guna Syiling 20sen sahaja. Lebih kecil dan ringan. Kalau jatuh atas kepada orang, tak adalah sakit sangat (Kot!) hahaha..



Sambil-sambil majlis berinai tu, semua tetamu dialukan untuk menjamu selera. Menu malam tu makan-makan ringan sahaja. Seperti Mee Rebus, Roti Jala, Kacang Pool, Air hangat seperti kopi dan teh, dan beberapa jenis kuih muih sahaja. 


Majlis tamat kira-kira jam 11 malam. Penat? Super duper penat sampai Bie tertidur dengan bulu mata. Make up pun tak cuci tau. Tau-tau, 3 orang pengapit Bie masuk dalam bilik, tolong tanggalkan bulu mata, cucikan make up. Masa tu dah tak fikir apa dah. Mujur ada mereka datang membantu. Syukur sangat.! Bie takkan lupa sampai bila-bila.

Begitulah kenangan Malam Berinai semasa perkahwinan Bie. Moga berkongsian ini bermanfaat. In Sha Allah

Bye. Jumpa next entri okey? Muahh

RESEPI CHICKEN BONE BROTH

Alhamdulilah, Bulan ini Naqib dah pun masuk 8 bulan ++. Masa 7 bulan, Bie dah intro dia ikan (Ikan Bilis) Dia sangat suka serbuk bilis dalam bubur dia. Sampai belum mula suap lagi. Mulut dia dan kecap-kecap seperti mengunyah. Ok, sangat lucu.

Bila dia dah masuk 8 bulan ni, Bie dah boleh mula intro ayam untuk dia. Bie kutip resepi dan pengalaman ibu-ibu dalam group page di FB, sesiapa berminat bolehlah follow group ni ya:

FB : Homemade baby food and information

Berikut adalah penyediaan Chicken Bone Broth atau Chicken Stock untuk membantu Bie dalam penyediaan bubur/makanan berasaskan ayam kepada Naqib atau kami sekeluarga kerana penggunaan dia tidak terhad kepada bayi sahaja.


RESEPI CHICKEN BONE BROTH

 3 Ayam (tulang temulang)
2 biji bawang besar holland
2 batang Lobak Merah
2 Biji Tomato
2 Batang Celery
2 sudu besar Organic Apple Cider

CARA-CARA

Masukkan semua bahan ke dalam
Pressure Cooker, letakkan air dan
reneh selama 3 jam. (Kalau gunakan periuk biasa
lebih kurang 10-13 jam) sampai tulang betul betul hancur

Kemudian toskan seperti dibawah untuk
diambil airnya sahaja.

Air stok ayam kemudian dimasukkan dalam bekas
ice cube dan dibekukan untuk kegunaan akan datang.



Bekas ice cube ni, Bie beli di Daiso dengan harga RM5.30 satu



Penggunaan chicken stock ini adalah sama seperti Chicken stock segera yang kita selalu beli dikedai tu, cuma campakkan sahaja 2-3 biji sebagai pelengkap rasa makanan yang dimasak. Yeay! Bie dah ada chicken stock sendiri. Hehehe.. rasa puas bila siap semua ni. Sup Chicken Broth ni, rupa-rupanya banyak khasiatnya kerana air  rebusan ayam ni, ada banyak mineral dan vitamin dalam bentuk yang senang diserap oleh badan baby. Gelatin dan campuran protein yang terbentuk daripada rebusan ayam pula senang dihadam oleh baby. 

For more info, boleh rujuk article ni The soothing power of chicken broth

Sekian perkongsian Bie untuk menu anak-anak dan keluarga. Selamat mencuba!


MALAM BERZANJI & MARHABAN

Assalamualaikum w.b.t
Dah setahun lebih berlalu. Hampir masuk tahun ke-2 dah
Dah ada anak pun, mungkin nak masuk yang ke-2 juga
Hehehehe


Review perkahwinan tak habis-habis
daaripada tahun lepas, Terima kasih kerana masih
ada yang sanggup menunggu dan membaca setiap review Bie
dalam perjalanan Bie menguruskan sendiri perkahwinan Bie

Sebelum Bie cerita lebih lanjut tentang Majlis Malam Berinai
yang selalunya dilakukan di Johor. Bie cerita dulu tentang
Malam Berzanji dan Marhaban yang selalunya dilakukan 
selepas solat Magrib, lebih kurang jam 8.00malam.


Sebelum pengantin lelaki datang berarak daripada rumah bersanggah 
selepas solat Isya' lebih kurang jam 9.00malam

Masa berzanji ni, pengantin perempuan hendaklah menjadi pemula
dengan membuka majlis dengan bacaan berzanji Rawi 1
Alhamdulilah, Bie memang sejak dulu selalu ikut ibu berlatih.
Pada malam Berzanji dan Marhaban. Bie menjadi pemula dengan 
memperdengarkan bacaan berzanji Rawi 1 kepada sekalian hadirin 
yang hadir memeriahkan majlis pada malam berkenaan.






Jujur seronok! hehehe.. Lepas habis Berzanji dan Marhaban.
Sang jejaka yang ditunggu pun sampai. Masakan tidak, petang tu baru je nikah
lepas tu kena separate sebab majlis belum selesai. Malam tu, belum boleh 
tinggal rumah pengantin perempuan lagi. Tapi, seriiioooousssssss sangat penat! 


Obvious sangat penat tu, sampai semua gambar
nampak macam tidur. Nak angkat mata pun xlarat masa ni
huuuuuuuuuuuu.. nak duduk pon dah tak tegak.
Siapa kata senang jadi pengantin,? Raja sehari?
Hahaha.. Stamina kena tinggi tau!
Kemain!

Next entri will be "Malam Berinai"

Stay Tuned

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim