Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

MY SIMPLE HENNA/INAI

by - 07:20:00

Inai tangan dan lukis-lukis sememangnya cantik
dan sudah tentu mencuri tumpuan semua
wanita yang bakal bergelar raja sehari diluar sana

Sudah tentu Bie teringin benar nak pakai
Henna yang lukis-lukis tu.
Namun apakan daya, Ibu ayah dan Pak Mak mertua
dah warning siap-siap supaya jangan buat
inai yang lukis-lukis tu.

Maka, Bie dan Mr.Z pun ambil keputusan
untuk menurut arahan ibu bapa kami.
Anak-anak mithali kannss.. Ahaks

Bie pun pakai Inai seperti orang zaman dahulu,
Hanya dijari tangan dan kaki
bulatan ditapak tangan
dan sekeliling kaki
dan Mr.Z pun tak pakai pun inai 3 jari seperti
mana yang sering dipakai oleh kebanyakan
penganti diluar sana.

Dan semestinya Bie
 menggunakan Daun Inai semata-mata
untuk inai ini.
 Gambar yang diambil selepas berlatih membaca berzanji
daripada subuh hingga ke siang

Masa ni, nak tunjuk inai yang berwarna oren
Entah kenapa inai ni tak jadi warna merah pada jari Bie
Hmmmm.. agak kuchiwa jugaklah masa ni.
Tapi, masa tu ada 1 malam lagi untuk pakai inai

Maka, bolehlah dibalas 2 kali
Makcik yang buat inai ini kawan ibu
dia sanggup datang rumah lagi
pada hari berkenaan semata-mata nak tengok
sama ada inai yang dia buat tu menjadi atau tak

Lepas tengok tak merah, dia suruh pakai sekali lagi
dan dia jugak yang buatkan,
Tapi kali ni, dia tambah perahan air limau kasturi
dengan tambah nasi dan gambir

Maka, pada hari dimana Bie diijab kabulkan
inai Bie taklah merah sangat, masih oren
tapi dikira oren pekat jugalah


Orang kampung cakap, mungkin sebab ikut darah
dia taknak mememerah sangat
Ahakss.. darahku warna oren rupanya



Alhamdulilah, puas hati dengan inai daun.
Kekal selama 3 bulan dikuku
Lepas tu, baru dia habis betul2
Di kuku kaki paling lambat habis.
Hampir 5 bulan pun masih ada nampak sedikit

Terima Kasih kepada Wak Edot
Makcik yang buatkan inai ini untuk Bie

You May Also Like

4 ulasan

  1. tqah pon xpakai yg lukis2.. xminat..hehe

    ReplyDelete
  2. Lebih bagus yg mcm nie.. klassik... sweet & simple..

    LatifahFazri

    ReplyDelete
  3. @Cik Puan Tqah Hehe. tulah, dia depends pada orang jugak kan. hehehe.. :D Tapi, yang tradisional memang xda lukis-lukis ni :D

    ReplyDelete
  4. @Latifah Hehe.. Betul tu kak latifah :) Selamat datang ke blog Bie.. Jenguk akak punya blog satgi . hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx