Follow Us @soratemplates

Thursday, 30 July 2015

TIPS : KAHWIN JIMAT TAPI MERIAH

Assalamualaikum w.b.t
Bie tak tahu sama ada majlis kahwin Bie tahun lepas tu dah cukup meriah ke tidak.Tapi, bagi Bie. Majlis tu cukup meriah untuk majlis perkahwinan yang diuruskan sendiri daripada segi budget dan aturan majlisnya. Haruslah berbangga dengan sesuatu yang diusahakan sendirikan? Bak kata orang SYOK SENDIRI. Hahaha.. Sukalah, majlis kahwin haku kan.

Sebab terus terang Bie katakan, budget untuk sesebuah majlis perkahwinan bukanlah kecil. Tapi, ia boleh dijimat dan diminimakan dengan pemikiran kretif dan usaha kita.

Masa tu, berapa sangatlah simpanan yang ada untuk seorang graduan yang baru setahun bekerja dan dalam masa yang sama sedang ambil part time master di UiTM. Memang gaji tu cukup-cukup bayar sewa rumah, kereta, dan komitmen yang lain. Almaklum, hidup merantau jauh daripada keluarga. Sobs.. Deng! Cari simpati ke apa ni? :P

Pada pemikiran Bie, Kenapa perlu membazirkan? yang penting adalah akad dan walimah yang sederhana. Tambahan idea kreatif bagi menambah seri dalam persiapan perkahwinan itu, serta kelainan yang ditonjolkan dapat membuat sesebuah perkahwinan itu menjadi meriah, berbeza dengan
majlis-majlis perkahwinan yang lain serta menjadi kenangan dalam memori ingatan pengantin dan tetamu.

Namun begitu, proses ini memerlukan semangat dan sikap berani untuk mencuba sesuatu yang baharu, dengan erti kata yang lain ialah, berani mencabar kebolehan diri. Terutamanya dalam hal-hal men"DIY"

Secara ringkas, beberapa tips dan perkara yang Bie dapat jimatkan ketika Bie merancang majlis perkahwinan Bie. Alhamdulilah semuanya berjaya meski ada 1-2 perkara yang tidak berapa sempurna. Biasalah tu kan adat sesebuah majlis. Mana ada yang perfect.!






1. Baju Pengantin
Daripada bertunang, nikah, sanding, dan lain-lain, Semuanya Baju yang simple, dijahit oleh ibu Bie sendiri. Kain-kain biasa sahaja, dibeli di Kamdar atau Nagoya dan ditambah dengan jahitan manik dan hiasan dijahit oleh Bie sendiri. Maka, kos menyewa baju dapat dijimatkan. Malahan, baju itu boleh menjadi milik sendiri untuk dipakai bekerja atau ke majlis-majlis makan malam, kenduri kahwin dan sebagainya.

2. Makanan
Bab makanan, Bie serahkan kepada Ibu dan Ayah Bie untuk menentukannya. Disebabkan kami tinggal dikampung. Segala persiapan penyediaan memasak dilakukan oleh kawan-kawan ibu dan jiran-jiran. Kami cuma ambil upah tukang masak sahaja dengan harga RM500. Manakala barangan memasak dibeli sendiri oleh Ibu dan ayah secara berdikit-dikit setiap kali ada offer di mana-mana kedai dan pasaraya. Dalam erti kata, kumpul bahan masak sedikit demi sedikit. Bahan-bahan yang perlu dibeli akan disenaraikan oleh tukang masak selalunya. Itu lebih jimat daripada dikenakan 6% oleh orang tengah yang membeli bahan masakan. Masakan tidak, kedai cas dia GST 6%, dia bagi servis membelikan bagi pihak kita. Tambah lagi 6%, makanya? menangis jelah bayar GST. Nak berjimat? beli sendiri. :) Wallahualam.

3. Pakej Andaman
Disebabkan Bie tak pandai DIY pelamin. Maka, terpaksa juga ambil servis pelamin daripada mak andam. Itu pun, setelah lama aim mak andam tu. Oleh kerana dia dah lama bertapak dalam industri andaman ni. Maka, dia sangat banyak koleksi pelamin dan tidak berkira dengan harga yang dikenakan. Bie cuma ambil pelamin, hiasan meja makan dan solekan sahaja. Daripada situ, Bie dah jimat sangat banyak. Hiasan Bilik, Bie DIY sendiri sahaja.

4. Bunga Telur
Bie buat sendiri bunga telur untuk hiasan atas pelamin. Nak beli? 1 batang minima dah RM3.00 tau. Kalau yang RM1.00 tu ada, tapi bunga kudup je, kecil dan semacam wujud tak wujud je keberadaaan dia depan pelamin tu. Hehehehe.



5. Goodie Bag
Bie gunakan Paper bag coklat yang selalu kita buat goreng pisang tu je. Murah, sebab 100pcs untuk RM3.10. Hahahaha.. sekeping tak sampai pun 0.10. Isinya pula, Bie letakkan makanan ringan (jajan) yang epic masa kita zaman kecik-kecik dulu. Seperti Gula-gula susu, Coklat Apollo, Kek HIRO dan sebiji telur. Telur tu, request by Ibu. Sebab kata ibu, Telur tu lambang kesuburan pasangan pengantin kononnya. Patutlah kami bunting pelamin. Hehehe.. Wallahualam :D

6.Bunga Tangan
Bunga tangan Bie adalah recycle daripada bunga tangan masa bertunang. Semuanya guna bunga artificial je. Lepas kahwin, transform masuk dalam pasu bunga kat rumah. Jadi hiasan rumah. Tarraa.. Jimat berganda-ganda. Hehehe..


7. Button Badge
Orang lain kahwin, tempah button badge untuk sanak saudara dan ahli kendarat mereka. Bie pun nak buat jugak! Nak buat, tapi tak nak yang mahal. Macamana? Tipsnya, buat sendirilah. Button Badge juga Bie buat sendiri dengan kos bukan seringgit. Tapi sen-sen sahaja tau. Macamana nak buat, next entri Bie akan share. Nak cerita semua kat sini? 10 muka surat pun belum tentu habis tau.

8. Kasut DIY
Kalau baju tempah/sewa dengan andaman atau pereka fesyen. Mesti ada kasut sedondon dengan baju kan? Bie nak jugak! nak jugak nampak grand pada pakaian. Caranya, Bie akan cari kasut bewarna sama dengan baju dan tambahkan aksesori tambahan yang sama dengan baju pada kasut berkenaan. Biar nampak sedondon.


9. Kad Jemputan
Ini penting dan jatuh kategori wajib buat sendiri. Bie gunakan kertas putih biasa dan kertas recycle warna coklat dan print sendiri je. Design pun buat sendiri.

10. Bunting
Ini pun design sendiri dan pergi hantar print sendiri dikedai dengan kos RM9.00 sahaja setiap satu. Ngeeee..



11. Inai
Pakai juga inai tau. Tapi wajiblah inai daun yang ditanam ditepi kolam mak semah. Errrr.. gurau je. Inai simple ni, ditumbuk dengan batu lesung je. Tak ada ukir-ukir sebab dapat berjimat. Almaklum, nak ukir inai kat tangan je minima dah RM100++ Tidak,tidak, tidak.



12. Hantaran Perkahwinan
Bab ni memang membakar duit. Sebabnya, takdan nak menggubah hantaran mahal-mahal dan beli barang lagi banyak-banyak hanya untuk sementara ketika majlis akad nikah. Semua orang pun akan lebih fokus kepada majlis perkahwinan. Tak dan nak mengatur dan gubah hantaran tu. Sebagai tanda je (itu pun atas permintaan keluarga), kami adakan juga hantaran pada kadar minima iaitu 3 balas 5. Hantaran apa? semua basic sahaja. Makanan dan barang perlu ketika nikah sahaja seperti cincin/gelang.



Untuk detail cerita, Bie akan update dari masa ke semasa ye. Hehehe. Bye :)
dan selamat berhujung minggu semua. Get ready nak pergi rumah terbuka minggu ni! :D



4 comments:

  1. saya kawen hari tu pun segala benda berjimat/...

    ReplyDelete
  2. wah, jimat tapi meriah.
    Sha suka. Sha bagi lima bintang. Hehe

    ReplyDelete
  3. Nk khwin zmn skrg smuanya mahal.. nk jimat kat mna pun dah xtw... lagi 6 bulan nk nikah terpaksa bli skit2 dlu sbh xnk ssahkan bakal suami

    ReplyDelete
  4. Tak tau nk jimat mcm mane lagi...
    Drngan srkarang x keje sbb sakit...
    Mmng betol2 menguji kesabaran...
    Pas 2 ng cincin tunang hilang..
    Nasib baik bakal suami x marah and dia ajar sy untuk fikir positif...
    Dan semoga selame pejalanan 6 bulann kami di mudah kan urusan nya...
    Aminnn..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx