Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

ZNWEDDING WEBSITE

by - 01:15:00

Website Jemputan Perkahwinan Digital

Ketika kami berbincang tentang Kad Jemputan Perkahwinan kami.
Entah daripada mana idea untuk membuat website ini tercipta.
Sejujurnya, memang dah lama Bie teringin nak buat website untuk
rujukan kawan-kawan dan tetamu yang bakal datang ke majlis perkahwinan kami.


Al-maklum, bila nak jadi raja sehari ni. Kesibukan biasa, menjadi
terlampau luar biasa. Sampai kadang-kadang ada hal yang tertinggal
dan terlepas pandang untuk disampaikan kepada kawan-kawan.


Maka, kami mengambil keputusan untuk buat wesite ni supaya
kawan-kawan dan tetamu dapat memuat turun (download) kad jemputan kami
pada bila-bila masa yang mereka perlukan ke dalam
smartphone masing-masing, lengkap dengan maklumat navigasi (GPS)
supaya tak sesat masa nak datang tu hehe. Disamping,
sebagai kenangan kami bersama dan perkongsian kepada semua
yang mahu mengabadikan kenangan kalian seperti kami.

Tak perlukan wang walau sesen pun. Sebab, it's totally free dengan 
menggunakan WEBS. Semudah ABC, Sign Up je di http://www.webs.com/
lepas tu, gunakan tools yang mereka sediakan dan segala template yang sedia ada.
Siapa pandai gunakan blog, akan pandai juga kendalikan webs ni. 


Tapi, benda free. Haruslah ada beberapa kekangan seperti
kekangan menambah lebih daripada 10 gambar, menambah pautan menu 
dan sebagainya. Jadi, bila nak buat website free ni. Kenalah bijak
dan kretif membahagikan informasi yang perlu dan mana yang tidak.

Selamat Cuba Jaya. Nak tengok website perkahwinan kami? Zaazz ke



Disini, Bie sertakan juga website-website undangan perkahwinan lain sebagai rujukan semua.
(Tapi, ni semua website perkahwinan barat. Ikut kekreatifan masing-masing. Sesuaikanlah dengan cara dan adat budaya kita ya) Percaya dengan kebolehan diri masing-masing untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Insyaallah.


Selamat mencuba ya semua. Sesiapa nak beli domain ([dot]com) tersendiri. 
Boleh terus email kepada blog.jalinan.cinta@gmail.com

You May Also Like

1 ulasan

  1. dulu masa nak kawen pun ada buat website ni tapi skang dah tak ingat dah nama website ye. Hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx