FRASER HILL's MIST VS HAZE

by - 21:53:00

Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. adalah giliran beraya di Kelantan buat pertama kalinya
dan hari raya aidiladha pertama juga buat Naqib di kampung PAPAnya. Hehe..

Sambutan di Kelantan nampaknya lebih meriah berbanding dengan hari raya aidilfitri
Sungguh!

Alkisah beraya sakan, kami pun ambil lah cuti kerja, campur cuti hujung minggu, total cuti jadi 5 hari
Terusss fikirrrr.. Holiday jom!, ajak En,Suami

Cik Bie? Apa lagi terus cakap
YESSSSSSS

Destinasi kali ini adalah Fraser Hill memandangkan setiap kali balik ke Kelantan
Kami asyiklah menyebut, bila nak singgah ni? Bila nak singgah ni?

Alhamdulilah menjadi kenyataan dah. 
Ini adalah Holiday Travel ke-2 untuk Naqib selepas ke Pulau Pinang


Persinggahan malam kami, kami memilih untuk bermalam di
Ye Olde Smokehouse, Fraser Hill 


Untuk berada ditanah tinggi, memang sesuai sangat pilih Smokehouse ni
sebabnya, kita bolehlah fefiling hidup dizaman inggeris,
dan ditanah inggeris. Hehehe.. obersi sangat

Dengan suhu pagi yang pada ketika ini serendah 20 darjah celcius
Cukup menyegarkan dan nyaman untuk menikmati sarapan pagi
yang romantis bersama suami dan anak tercinta ditaman


English Breakfast pada Jam 8.00pagi.
Masa ni, kami masih bingung sama ada kabus atau jerebu yang kelihatan?

Apa tempat-tempat menarik di Fraser Hill?

Fraser's Hill Food Garden
Banyak pilihan kedai makan disini dengan harga yang berpatutan
dan ada juga yang mahal tak masuk akal tau. Berhati-hati memilih

Air Terjun Jeriau
Walaupun, air terjun ni paling dekat dengan Smokehouse kami.
Tapi, En.Z ambil keputusan untuk tak mahu pergi
sebab kami pun bawa anak kecil. Susah katanya nak manage
Ok saja.

Allan's Water
Kat sini, boleh jalan atas air tau.! hehehe.. Magic dengan menggunakan
bola magis yang disediakan. Sedia duit jelah kalu nak main
Kami? pergi buat site survey je. Sambil tengok ikan koi.
Naqib tak excited masa ni, Sebab dia mengantuk

The Paddock Fraser's Hill
Masa ni, Paddock ditutup buat semantara waktu yang tidak kami pasti

Taman Flora
Tengok bunga dan sayur-sayur. Masa ni, nak beli sweet potato untuk nak buat
Puree Naqib, sekali tokey dia lari dah. ehehehe. Tak tahu kemana
Maka, x jadi beli. Hehehe

Air Terjun Chiling
Air terjun ni, kami lalu je. Masa menuruni Bukit Fraser.
Boleh juga singgah kepada yang berminat.







Our Room



One of romantic mode. I do love this moment



Mengikut penelitian kami, Naqib adalah orang pertama 
yang akan rasmikan katil hotel dan reaksinya
sangat mengujakan dan excited
setiap kali berbaring di katil mana-mana hotel
Nanti kami buat survey lagi. Hahaha..

Jalan-jalan di atas bukit sambil menghayati pemandangan
dan juga sejarah disekitarnya














Mari makan sebelum pulang.! Antara kedai makan
dengan harga yang masuk akal.
Kedai lain, ada makanan mahal yang harganya tidak masuk akal
Contohnya, Seketul ayam masak kari = RM10
Tak ke gila tu?
Berhati-hati ye 


Nasi goreng USA dengan harga standard.

Sekian, itu sahaja cerita #ZNGateway yang pendek
Lepas tu, balik rumah dengan kegirangan

Bye!

You May Also Like

7 ulasan

  1. dah hampir sepuluh tahun kot tak pegi fraser hill

    taubat nak p lagi..
    sebab mabuk tak engat...

    eh..naqib cepat benau besau rasenye..

    bie plak kurusss...

    menten je..
    tapi macam lagi kurus dari sebelum kawen je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina, Fraser hill mungkin tak banyak perubahan daripada 10 tahun dulu. hehehe.. Bie pun mabuk nak naik atas, turun pun mabuk juga. hhehehe..

      Naqib memang cepat besar. Rindu pulak masa dia baby. hehehe. Mak dia kurus ni sebab BF dialah ni. Aah, memang lebih kurus drp sebelum kawin ni ina. hehe. Obvious sangat ye? haha

      Delete
    2. Ina, Fraser hill mungkin tak banyak perubahan daripada 10 tahun dulu. hehehe.. Bie pun mabuk nak naik atas, turun pun mabuk juga. hhehehe..

      Naqib memang cepat besar. Rindu pulak masa dia baby. hehehe. Mak dia kurus ni sebab BF dialah ni. Aah, memang lebih kurus drp sebelum kawin ni ina. hehe. Obvious sangat ye? haha

      Delete
  2. Salam..nak tanya ok tak stay kat ye olde smokehouse tu ya..kalau bilik halcyon tu luas tak if nak bwk anak2 org..hihi..n makan malam awk kuar ke medan selera lain or mkn di smokehouse tu ya..tq in advance if sudi jwb soalan2 saya ni..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. terima kasih Lily sebab sudi singgah blog Bie. Untuk bilik Halcyon tu mungkin terlalu kecik kalau bawa anak 3 org. sebab dia xda ruang extra kalau nak letak extra bed. mungkin, boleh tengok2 website smokehouse untuk bilik yang lebih sesuai.

      untuk makan malam, kalau nak makan kat smokehouse pon boleh juga. tapi sblm kul 10. sebab lepas drp kul 10 kitchen dia dh tutup dah. Tapi, Bie prefer makan malam kat food garden. Sebab lewat malam pun dia masih buka. Breakfast dia tip top! will be missed it. hehe

      Harap-harap jawapan ni dapat membantu ya. Selamat bercuti :)

      Delete
  3. Replies
    1. Wasalam.. terima kasih Lily sebab sudi singgah blog Bie. Untuk bilik Halcyon tu mungkin terlalu kecik kalau bawa anak 3 org. sebab dia xda ruang extra kalau nak letak extra bed. mungkin, boleh tengok2 website smokehouse untuk bilik yang lebih sesuai.

      untuk makan malam, kalau nak makan kat smokehouse pon boleh juga. tapi sblm kul 10. sebab lepas drp kul 10 kitchen dia dh tutup dah. Tapi, Bie prefer makan malam kat food garden. Sebab lewat malam pun dia masih buka. Breakfast dia tip top! will be missed it. hehe

      Harap-harap jawapan ni dapat membantu ya. Selamat bercuti :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx