MALAM BERINAI JOHOR

by - 05:25:00

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan. Bie akan update tentang Malam Berinai pula. 



Adat dan cara seperti ini sememangnya selalu dilakukan di Johor khususnya. Di Negeri lain, Bie tak pasti. Apa yang pasti setiap tempat, negeri mahupun daerah ada cara tersendiri dalam melakukan adat ini. Selepas bacaan berzanji dan marhaban dilakukan. Rombongan Pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dan berarak bersama paluan kompang. Si pengantin perempuan akan setia menunggu dipelaminan begini


Hehehe.. Maka, kami bersanding dan ditaburi bunga rampai. (Kami tidak buat tepung tawar seperti kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat kita) Jadi, tepung, beras kunyit, telur semua tu tak ada. Cuma ada bunga rampai dan inai sahaja. Nama pun malam berinai kan? Jadi, kita pun berinailah! hehehe..



Lepas berinai, malu-malu duduk sama-sama atas pelamin. Kami pun main baling gula-gula dan syiling. Tujuan? Suka-suka sebab selalunya yang ada depan pelamin kita tu kanak-kanak. Jadi, seronok tengok kanak-kanak berebut tangkap gula-gula dan duit syiling tu. Bie guna Syiling 20sen sahaja. Lebih kecil dan ringan. Kalau jatuh atas kepada orang, tak adalah sakit sangat (Kot!) hahaha..



Sambil-sambil majlis berinai tu, semua tetamu dialukan untuk menjamu selera. Menu malam tu makan-makan ringan sahaja. Seperti Mee Rebus, Roti Jala, Kacang Pool, Air hangat seperti kopi dan teh, dan beberapa jenis kuih muih sahaja. 


Majlis tamat kira-kira jam 11 malam. Penat? Super duper penat sampai Bie tertidur dengan bulu mata. Make up pun tak cuci tau. Tau-tau, 3 orang pengapit Bie masuk dalam bilik, tolong tanggalkan bulu mata, cucikan make up. Masa tu dah tak fikir apa dah. Mujur ada mereka datang membantu. Syukur sangat.! Bie takkan lupa sampai bila-bila.

Begitulah kenangan Malam Berinai semasa perkahwinan Bie. Moga berkongsian ini bermanfaat. In Sha Allah

Bye. Jumpa next entri okey? Muahh

You May Also Like

7 ulasan

  1. tahniah.
    budaya Johor kan baling gula-gula dan syiling tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkan memang daripada Johor. Tapi, dah jadi ikutan ramai sekarang ni. Tak kira negeri dan tempat. hehe

      Delete
  2. Za pny mlm berinai tukar baju 3 kali. Stress. Haha. Tp moment yg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat dan letih kan? hehehe. Tapi redha dan fikirkan itu momen yang paling best dalam hidup..

      Delete
  3. Hi Bie,

    Cantik majlis kawen, penuh adat. Hehehe btw, cantik blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Iday, tq sebab sudi datang blog bie. hehehehe.. TQ Iday..

      Delete
  4. Cantik baju...mana beli kain..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx