TIPS PILIH BLOUSE MUSLIMAH MENGIKUT PENAMPILAN DIRI

21:37:00

Assalamualaikum w.b.t

Tinggal berapa hari je lagi, 2016 bakal menjengah kita semua. Hari-hari terakhir bekerja di tahun 2015 membuatkan Bie menjengah seketika ke dalam almari Bie ni. Semua baju untuk pergi kerja dah lama dan lusuh. Ada antara daripadanya dah tak relevan nak pakai sejak jadi mak-mak ni. Sebab terlalu fancy dan keremajaan sangat. Hehehe.. Fefeling mak-mak sangat kans?

Atas faktor tu jugak Bie jengan masuk dalam Zalora.com, dan tengok Koleksi Blouse Muslimah yang sesuai dengan Bie dalam online shopping website ni. Hoyeyyyy.. semuanya cantik-cantik dan up-to-date. Semudah A.B.C apa lagi, Click and Buy jelah mana-mana design idaman hati. Tak payah Bie nak susah payah pergi mana-mana shopping mall, searching and survey. Sejak beranak kecik ni, searching dan survey sambil dodoikan anak pun boleh dah. Sebab kenalah yang blouse yang Breast Feed friendly kan? Tak semestinya blouse tu hanya dipakai untuk ke pejabat. Bie selalu pakai untuk tujuan leisure dan buat jalan-jalan juga.

Tak menyabar nak shopping di Zalora.com ni. Harap-harap dapat pakai diawal tahun 2016 dengan semangat dan azam baru. Entri ini, Bie nak kongsi sikitlah tentang Tips Pemilihan Blouse yang sesuai dengan penampilan muslimah di Malaysia

Kita semua sedia maklum bahawa bukan semua blouse boleh dikategorikan sebagai pakaian Muslimah. Pakaian Muslimah bermaksud koleksi pakaian yang sesuai dipakai oleh wanita bertudung dan menutupi aurat wanita tersebut dengan sempurna. Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa ciri-ciri lain yang juga harus dititikberatkan selain dapat menutup keseluruhan bahagian tubuh badan yang harus ditutup. Untuk anda yang ingin mengetahui apakah ciri-ciri blouse Muslimah yang terbaik, teruskan membaca entri ini sehingga ke penghujungnya;

1.       Tidak terlalu menonjol dengan warna yang terang
Rekaan blouse muslimah yang terbaik adalah direka dengan simple dan tidak berlebih-lebihan. Elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna terlalu terang untuk tidak kelihatan terlalu menonjol.

2.       Potongan Loose dan tidak terdedah aurat
Blouse muslimah haruslah mempunyai berpotongan longgar atau loose. Pakaian yang direka dengan potongan yang ketat tidak boleh dikategorikan sebagai pakaian Muslimah. Untuk rekaan blouse yang berlengan tiga suku, anda boleh memakai sarung tangan atau hand sock untuk menutupi bahagian tangan yang terdedah.

3.       Labuh dan menutupi pinggul dan tidak jarang
Kelabuhan blouse tersebut haruslah direka dengan potongan yang cukup labuh untuk menutupi bahagian pinggul si pemakai. Bukan itu sahaja, fabrik yang digunakan juga haruslah tidak jarang sehingga menampakkan susuk tubuh badan.

Berikut adalah contoh-contoh blouse mengikut jenis penampilan muslimah

Penampilan Muslimah Hipster



Penampilan Muslimah Tradisional & Elegant


Penampilan Muslimah Simple


Penampilan Muslimah Sweet & Trendy




Penampilan Muslimah Sporty


Penampilan Muslimah Happy Go Lucky






Penampilan Muslimah Breastfeed Friendly



Muslimah tidak menjadi penghalang untuk kita berfesyen kan? Asalkan, kita sebagai wanita muslimah mengikut batas-batas dalam kita berfesyen pada era kini. Akhir kata, hati-hati dalam membeli blouse yang terdapat di pasaran dan ikuti panduan berikut okey? Moga bermanfaat hendaknya. In Sha Allah J

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim