TIPS : KAHWIN JIMAT TAPI MERIAH

Assalamualaikum w.b.t
Bie tak tahu sama ada majlis kahwin Bie tahun lepas tu dah cukup meriah ke tidak.Tapi, bagi Bie. Majlis tu cukup meriah untuk majlis perkahwinan yang diuruskan sendiri daripada segi budget dan aturan majlisnya. Haruslah berbangga dengan sesuatu yang diusahakan sendirikan? Bak kata orang SYOK SENDIRI. Hahaha.. Sukalah, majlis kahwin haku kan.

Sebab terus terang Bie katakan, budget untuk sesebuah majlis perkahwinan bukanlah kecil. Tapi, ia boleh dijimat dan diminimakan dengan pemikiran kretif dan usaha kita.

Masa tu, berapa sangatlah simpanan yang ada untuk seorang graduan yang baru setahun bekerja dan dalam masa yang sama sedang ambil part time master di UiTM. Memang gaji tu cukup-cukup bayar sewa rumah, kereta, dan komitmen yang lain. Almaklum, hidup merantau jauh daripada keluarga. Sobs.. Deng! Cari simpati ke apa ni? :P

Pada pemikiran Bie, Kenapa perlu membazirkan? yang penting adalah akad dan walimah yang sederhana. Tambahan idea kreatif bagi menambah seri dalam persiapan perkahwinan itu, serta kelainan yang ditonjolkan dapat membuat sesebuah perkahwinan itu menjadi meriah, berbeza dengan
majlis-majlis perkahwinan yang lain serta menjadi kenangan dalam memori ingatan pengantin dan tetamu.

Namun begitu, proses ini memerlukan semangat dan sikap berani untuk mencuba sesuatu yang baharu, dengan erti kata yang lain ialah, berani mencabar kebolehan diri. Terutamanya dalam hal-hal men"DIY"

Secara ringkas, beberapa tips dan perkara yang Bie dapat jimatkan ketika Bie merancang majlis perkahwinan Bie. Alhamdulilah semuanya berjaya meski ada 1-2 perkara yang tidak berapa sempurna. Biasalah tu kan adat sesebuah majlis. Mana ada yang perfect.!






1. Baju Pengantin
Daripada bertunang, nikah, sanding, dan lain-lain, Semuanya Baju yang simple, dijahit oleh ibu Bie sendiri. Kain-kain biasa sahaja, dibeli di Kamdar atau Nagoya dan ditambah dengan jahitan manik dan hiasan dijahit oleh Bie sendiri. Maka, kos menyewa baju dapat dijimatkan. Malahan, baju itu boleh menjadi milik sendiri untuk dipakai bekerja atau ke majlis-majlis makan malam, kenduri kahwin dan sebagainya.

2. Makanan
Bab makanan, Bie serahkan kepada Ibu dan Ayah Bie untuk menentukannya. Disebabkan kami tinggal dikampung. Segala persiapan penyediaan memasak dilakukan oleh kawan-kawan ibu dan jiran-jiran. Kami cuma ambil upah tukang masak sahaja dengan harga RM500. Manakala barangan memasak dibeli sendiri oleh Ibu dan ayah secara berdikit-dikit setiap kali ada offer di mana-mana kedai dan pasaraya. Dalam erti kata, kumpul bahan masak sedikit demi sedikit. Bahan-bahan yang perlu dibeli akan disenaraikan oleh tukang masak selalunya. Itu lebih jimat daripada dikenakan 6% oleh orang tengah yang membeli bahan masakan. Masakan tidak, kedai cas dia GST 6%, dia bagi servis membelikan bagi pihak kita. Tambah lagi 6%, makanya? menangis jelah bayar GST. Nak berjimat? beli sendiri. :) Wallahualam.

3. Pakej Andaman
Disebabkan Bie tak pandai DIY pelamin. Maka, terpaksa juga ambil servis pelamin daripada mak andam. Itu pun, setelah lama aim mak andam tu. Oleh kerana dia dah lama bertapak dalam industri andaman ni. Maka, dia sangat banyak koleksi pelamin dan tidak berkira dengan harga yang dikenakan. Bie cuma ambil pelamin, hiasan meja makan dan solekan sahaja. Daripada situ, Bie dah jimat sangat banyak. Hiasan Bilik, Bie DIY sendiri sahaja.

4. Bunga Telur
Bie buat sendiri bunga telur untuk hiasan atas pelamin. Nak beli? 1 batang minima dah RM3.00 tau. Kalau yang RM1.00 tu ada, tapi bunga kudup je, kecil dan semacam wujud tak wujud je keberadaaan dia depan pelamin tu. Hehehehe.



5. Goodie Bag
Bie gunakan Paper bag coklat yang selalu kita buat goreng pisang tu je. Murah, sebab 100pcs untuk RM3.10. Hahahaha.. sekeping tak sampai pun 0.10. Isinya pula, Bie letakkan makanan ringan (jajan) yang epic masa kita zaman kecik-kecik dulu. Seperti Gula-gula susu, Coklat Apollo, Kek HIRO dan sebiji telur. Telur tu, request by Ibu. Sebab kata ibu, Telur tu lambang kesuburan pasangan pengantin kononnya. Patutlah kami bunting pelamin. Hehehe.. Wallahualam :D

6.Bunga Tangan
Bunga tangan Bie adalah recycle daripada bunga tangan masa bertunang. Semuanya guna bunga artificial je. Lepas kahwin, transform masuk dalam pasu bunga kat rumah. Jadi hiasan rumah. Tarraa.. Jimat berganda-ganda. Hehehe..


7. Button Badge
Orang lain kahwin, tempah button badge untuk sanak saudara dan ahli kendarat mereka. Bie pun nak buat jugak! Nak buat, tapi tak nak yang mahal. Macamana? Tipsnya, buat sendirilah. Button Badge juga Bie buat sendiri dengan kos bukan seringgit. Tapi sen-sen sahaja tau. Macamana nak buat, next entri Bie akan share. Nak cerita semua kat sini? 10 muka surat pun belum tentu habis tau.

8. Kasut DIY
Kalau baju tempah/sewa dengan andaman atau pereka fesyen. Mesti ada kasut sedondon dengan baju kan? Bie nak jugak! nak jugak nampak grand pada pakaian. Caranya, Bie akan cari kasut bewarna sama dengan baju dan tambahkan aksesori tambahan yang sama dengan baju pada kasut berkenaan. Biar nampak sedondon.


9. Kad Jemputan
Ini penting dan jatuh kategori wajib buat sendiri. Bie gunakan kertas putih biasa dan kertas recycle warna coklat dan print sendiri je. Design pun buat sendiri.

10. Bunting
Ini pun design sendiri dan pergi hantar print sendiri dikedai dengan kos RM9.00 sahaja setiap satu. Ngeeee..



11. Inai
Pakai juga inai tau. Tapi wajiblah inai daun yang ditanam ditepi kolam mak semah. Errrr.. gurau je. Inai simple ni, ditumbuk dengan batu lesung je. Tak ada ukir-ukir sebab dapat berjimat. Almaklum, nak ukir inai kat tangan je minima dah RM100++ Tidak,tidak, tidak.



12. Hantaran Perkahwinan
Bab ni memang membakar duit. Sebabnya, takdan nak menggubah hantaran mahal-mahal dan beli barang lagi banyak-banyak hanya untuk sementara ketika majlis akad nikah. Semua orang pun akan lebih fokus kepada majlis perkahwinan. Tak dan nak mengatur dan gubah hantaran tu. Sebagai tanda je (itu pun atas permintaan keluarga), kami adakan juga hantaran pada kadar minima iaitu 3 balas 5. Hantaran apa? semua basic sahaja. Makanan dan barang perlu ketika nikah sahaja seperti cincin/gelang.



Untuk detail cerita, Bie akan update dari masa ke semasa ye. Hehehe. Bye :)
dan selamat berhujung minggu semua. Get ready nak pergi rumah terbuka minggu ni! :D



CERITA BAHAGIA ATAS TALIAN

Selamat pagi Semua!

Bagaimana ucapan selamat pagi dalam bahasa Korea? 
Biasanya, kita dapat menggunakan ucapan salam 안녕하십니까 ( Annyeong hasimnika ) 
atau lebih akrab 안녕하세요 (annyeong haseyo) 
untuk mengungkapkan “Selamat pagi / selamat siang / selamat petang"

Eh! Eh! 
Kenapa pulak Bie tiba-tiba nak cakap Korea ni? 
Nak mengajar Bahasa Korea ke? 
atau nak melancong pergi Korea ke? Hehe.

Sebenarnya, Bie nak cerita pengalaman beli Pampers yang murah
berbaloi-baloi di www.11Street.my baru-baru ni. Disebabkan duta dia
ialah artis K-POP (Lee Min Ho), tu yang Bie feeling cakap Korea ni.
Hehehehe..

Alkisahnya Bie dan 11Street adalah sedari awal lagi dah bersama.
Ewaahhh.. macam cinta pandang pertamalah orang cakap. Sebabnya,
sebelum Online Shopping 11Street ni di launch secara official di 
Nu Sentral lagi Bie dah tahu kewujudannya. Segala macam credit free
yang diberikan Bie akan dapat :)

Sampaikan Bie pernah dapat 3 keping kupon 50% yang 
bernilai RM50 sekaligus berkat menunggu jam berdenting tepat pukul 11pagi 
semata-mata sebab nak download kupon 11street.my ni. Kenapa tergila
sangat? Mau tak, kalau kita beli barang harga RM100, tapi kita boleh
beli dengan harga RM50 je. Tak ke sangat murah tu? Tidak terhad
kepada berbapa barang je. Semua barang yang kita nak, boleh dapat
diskaun dengan menggunakan kupon 50% tu.



Kisah pengalaman Bie beli Pampers anak di 11street ni adalah membeli
3 bundle pampers yang berpurata RM41 setiap satu. 
Bie boleh beli dengan harga RM40.86 untuk 3 bundle/80pcs. 
Selepas tolak kupon-kupon dan kredit yang ada.
 Masa tu, rasa gembira tak terkata sampai update kat Facebook dan 
seduce semua kawan-kawan pakat ramai-ramai beli pampers 
anak masing-masing di 11street dan kebetulan, 
11street sedang buat promosi penghantaran percuma
(Free Shipping) sampaikan yang beli 1 bundle pon, 
dia hantar percuma juga. Hehehe.. 
Tak ke jiwa kita sebagai mak-mak ni rasa bling-bling
semacam je tengok promosi yang macam tu.



Tidak terhenti setakat itu je, Bie pun berjaya menseduce encik suami
juga untuk sama-sama menggila dengan 11street ni. Sekarang, dia pula
lebih advance daripada Bie, Hari-hari dia masuk laman web 11street.
Tak cukup dengan itu, siap follow 11street dalam LINE lagi untuk
dapatkan update terkini dengan pantas.

Tatkala mendapat Hangout daripada suami,
"Yang, 11street keluar kupon Chatime RM3 untuk RM10. Cepat beli"
"Yang, 11street keluar kupon KFC RM5 untuk RM10. Cepat beli"

Beli.Beli.Beli

Penyudahnya, kami berdua menjadi pengumpul kupon yang tegar.
Kini, dengan bahagianya kami menjadi selalu me"redeem" kupon-kupon
tersebut. Hehe.. Tiba-tiba seminggu sebelum raya, Bie dapat hadiah
tudung Naelofar (kegemaran Bie) daripada encik suami.

"Eh, abang beli kat mana ni?"
"11Street"

Hahaha.. Dah agak! dan Bie tersenyum bahagia.

"Terima kasih Abang"

Magickan? Encik suami yang tak reti nak memilih dan membeli 
barang-barang orang perempuan. Jadi pandai membeli dengan 
menggunakan 11street.

Moga 11Street menjadi pencetus kebahagian kami dalam membeli-belah
secara dalam talian antara satu sama lain.

I love 11Street Forever!

Sekarang, 11Street tengah buat macam-macam sale.
Nak pengalaman dapat pampers murah macam saya?
Boleh ke sini untuk download kupon dan teruskan membeli ya
Selamat Maju Jaya! :)


DIY TOLL TAG

Cakk,
Happy tak terkata Cik Bie hari ni,
Sebab tak sabar menanti hari esok.
Nak sambung berhari raya ke Kelantan pula
Keluarga belah suami ceq.. awwww

Semua sedia maklum Cik Bie ni bride to be Johor (2014) kan?
Memang dah jadi adat orang Johor ada upacara
pembayaran tol untuk buka kipas yang menutup muka
pengantin perempuan yang berdebar-debar diatas pelamin.

Pengantin lelaki pula kena la bersedia dengan duit tol.
For my wedding, cik bie nak modenkan sikit upacara 
pembayaran tol ni. 

Pembayaran tol akan dibuat kepada sesiapa yang hanya memegang 
Toll Tag sahaja.

Almaklumlah, Cik Suami berasal daripada Kelantan
Perjalanan ke Kota Tinggi, Johor melalui 
Highway Utara-Selatan 
(walaupon x guna highway ni pon, kalau dr Kelantan. hik.hik)
memang terlalu banyak tolnya.

Antara toll tag yang cik bie buat ialah to-tol di Johor sahaja

Tol Pagoh
Tol Ayer Hitam
Tol Kulaijaya
Tol Desaru
DLL




 Cik bie just print atas kertas keras sikit, kemudian laminate guna seterika, kemudian
gunting ikot bentuk dia, for batang dia, cik bie nak guna lidi chopstick
sahaja. Besar dan teguh sedikit. Tak mudah patah.
Tapi untuk sesiapa nak cuba DIY ni.. terserah mengikut ke kretifan masing2 ok?


 Lets come out with something new!

Berikut adalah upacara pembayaran tol dengan menggunakan toll tag
Hehehe, I'm soo happy sebab terlampau meriah (ke perasaan aku je ni?)
Hahaha. Alhamdulilah, impian terlaksana










Done for DIY Toll Tag.
Selamat Mencuba! :)

ZNWEDDING WEBSITE

Website Jemputan Perkahwinan Digital

Ketika kami berbincang tentang Kad Jemputan Perkahwinan kami.
Entah daripada mana idea untuk membuat website ini tercipta.
Sejujurnya, memang dah lama Bie teringin nak buat website untuk
rujukan kawan-kawan dan tetamu yang bakal datang ke majlis perkahwinan kami.


Al-maklum, bila nak jadi raja sehari ni. Kesibukan biasa, menjadi
terlampau luar biasa. Sampai kadang-kadang ada hal yang tertinggal
dan terlepas pandang untuk disampaikan kepada kawan-kawan.


Maka, kami mengambil keputusan untuk buat wesite ni supaya
kawan-kawan dan tetamu dapat memuat turun (download) kad jemputan kami
pada bila-bila masa yang mereka perlukan ke dalam
smartphone masing-masing, lengkap dengan maklumat navigasi (GPS)
supaya tak sesat masa nak datang tu hehe. Disamping,
sebagai kenangan kami bersama dan perkongsian kepada semua
yang mahu mengabadikan kenangan kalian seperti kami.

Tak perlukan wang walau sesen pun. Sebab, it's totally free dengan 
menggunakan WEBS. Semudah ABC, Sign Up je di http://www.webs.com/
lepas tu, gunakan tools yang mereka sediakan dan segala template yang sedia ada.
Siapa pandai gunakan blog, akan pandai juga kendalikan webs ni. 


Tapi, benda free. Haruslah ada beberapa kekangan seperti
kekangan menambah lebih daripada 10 gambar, menambah pautan menu 
dan sebagainya. Jadi, bila nak buat website free ni. Kenalah bijak
dan kretif membahagikan informasi yang perlu dan mana yang tidak.

Selamat Cuba Jaya. Nak tengok website perkahwinan kami? Zaazz ke



Disini, Bie sertakan juga website-website undangan perkahwinan lain sebagai rujukan semua.
(Tapi, ni semua website perkahwinan barat. Ikut kekreatifan masing-masing. Sesuaikanlah dengan cara dan adat budaya kita ya) Percaya dengan kebolehan diri masing-masing untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Insyaallah.


Selamat mencuba ya semua. Sesiapa nak beli domain ([dot]com) tersendiri. 
Boleh terus email kepada blog.jalinan.cinta@gmail.com

RIANG RIA ZNRAYA

Alhamdulilah, 
Tahun ini tahun kedua beraya sebagai isteri
Tahun pertama, kedua, ketiga semestinya eksited lebih
Tahun, tahun akan datang. Dah tak teringat dah.
Eh, ni tahun keberapa? Hahahaha..

Tahun lepas, beraya berdua je. Masa tu our baby
masih bebulat comel je dalam perut mama dia.
Alhamdulilah, tahun ni. Kami sudah beraya ber3
Naqib dah lahir dan raya kami menjadi berbeza dan
lebih eksited daripada tahun-tahun yang lain.

Persiapan raya, dah tak fikir untuk diri sendiri
fikir persiapan untuk anak je. Keluar shopping raya
Asyik-asyik beli baju untuk Naqib je. Sampai En.Z
cakap. Dah-dah tak nak keluar pergi shopping raya lagi.
Hahahahaha..

Tapi, curi-curi pergi jugak SOGO masa lunch hour. Beli lagi
hahahahaha.. tah apa-apa je Mama ni kan?
Baru nak masuk 5 bulan jadi seorang mama. Macam-macam
perkara yang perlu dipelajari lagi kan? Hehehe.. Mohon tunjuk
ajar daripada mummy-mummy semua.. 

Kami di pagi hari raya pertama

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf jika ada salah dan silap
sepanjang kita bersahabat dalam blog ini
Moga ukhuwah kita terjalin mesra hingga ke akhir hayat
Insyaallah

Jemput datang ke rumah ye, kalau jalan-jalan ke Klang tu
Muaaahh



KEMBALI KEPANGKUAN BLOG

Assalamualaikum w.b.t

Tinggal berbaki 2 hari lagi, 
Kita semua akan menyambut Syawal yang mulia

Jujur, Bie rindukan blog ni.
Sejak April, Bie nak tutup blog ni dan bertukar terus
ke blog yang berwajah baru. Tapi, rasa macam tak boleh
nak lepas setelah bertahun-tahun bersama blog ni.

Meski Bie tahu, cuma golongan minoriti yang membaca blog ni
Tapi, Bie tetap tak sampai hati nak tutup.
Lepas berbincang dengan En.Suami. Bie ambil keputusan
untuk tetap terus dengan blog ini. Urusan penukaran
domain [dot]blogspot atau [dot]com akan bie fikirkan kemudian




Apa yang penting, Bie kembali kepangkuan blog tersayang.
Wait for my updates! muuahhhh blog. I love you soo much!

Bie
XoXo

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Semua!!!

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim