GIVEAWAY FOR B2B

By BIE - 18:36:00 | 01 Comments
Assalamualaikum lovelies semua. Terutamanya Bride to Be semua yang mengunjungi blog Bie ni. Muahhh.. Bie ada berita baik untuk semua.!!!

Nak jimat untuk majlis perkahwinan anda? Jom join giveaway ni ok?

INI GIVEAWAY VERSI FACEBOOK,
untuk menyertai, sila ke link ini

Sebelum 2015 melabuhkan tirainya, Blog Jalinan Cintaku telah berkolaborasi dengan Blue Lace Flower menganjurkan 1 giveaway khas buat bakal raja sehari dengan menawarkan hadiah utama iaitu;

1 Pearl Hand Bouquet
(Custom Made mengikut warna permintaan pemenang)

Hadiah bernilai RM150 untuk dimenangi dalam tempoh 14 hari sahaja.

Bermula pada 1 Disember 2015 hingga 14 Disember 2015 (12.00 malam). Pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2015. Pemilihan pemenang berdasarkan peserta yang menjawab soalan dengan tepat dan memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Sila jawab soalan berikut dalam ruang komen :



Apakah warna Pearl Hand Bouquet dalam gambar diatas?
________________________

Syarat-syarat penyertaan ialah;

1. Anda perlu Like FB Jalinan Cintaku by BIE dan FB Blue Lace Flower
2. Share post ini di facebook anda dan tag 3+ sahabat anda (Sila letak post ini dalam mode public, supaya kami boleh lihat post ini ketika sesi pemilihan nanti)
3. Tekaan warna Pearl Hand Bouquet adalah terhad kepada 1 penyertaan sahaja.
4. Selepas pengumuman, hadiah akan dihantar kepada pemenang setelah Pearl Hand Bouquet siap mengikut permintaan warna yang dikehendaki oleh pemenang.



Senang je nak menang kan? Jom join.. Siapa tahu, tuah anda disini. Moga anda berjaya menjadi salah seorang pemenang yang bertuah! Alhamdulillah, dah boleh berjimat banyak dah kalau menang ni.

Bie wish you all the best!

Muahhhh...


  • Share:

RESEPI MEDITERRANEAN DORY

By BIE - 22:43:00 | 11 Comments
  • Share:

MALAM BERINAI JOHOR

By BIE - 05:25:00 | 71 Comments
  • Share:

RESEPI CHICKEN BONE BROTH

By BIE - 00:21:00 | 41 Comments
Alhamdulilah, Bulan ini Naqib dah pun masuk 8 bulan ++. Masa 7 bulan, Bie dah intro dia ikan (Ikan Bilis) Dia sangat suka serbuk bilis dalam bubur dia. Sampai belum mula suap lagi. Mulut dia dan kecap-kecap seperti mengunyah. Ok, sangat lucu.

Bila dia dah masuk 8 bulan ni, Bie dah boleh mula intro ayam untuk dia. Bie kutip resepi dan pengalaman ibu-ibu dalam group page di FB, sesiapa berminat bolehlah follow group ni ya:

FB : Homemade baby food and information

Berikut adalah penyediaan Chicken Bone Broth atau Chicken Stock untuk membantu Bie dalam penyediaan bubur/makanan berasaskan ayam kepada Naqib atau kami sekeluarga kerana penggunaan dia tidak terhad kepada bayi sahaja.


RESEPI CHICKEN BONE BROTH

 3 Ayam (tulang temulang)
2 biji bawang besar holland
2 batang Lobak Merah
2 Biji Tomato
2 Batang Celery
2 sudu besar Organic Apple Cider

CARA-CARA

Masukkan semua bahan ke dalam
Pressure Cooker, letakkan air dan
reneh selama 3 jam. (Kalau gunakan periuk biasa
lebih kurang 10-13 jam) sampai tulang betul betul hancur

Kemudian toskan seperti dibawah untuk
diambil airnya sahaja.

Air stok ayam kemudian dimasukkan dalam bekas
ice cube dan dibekukan untuk kegunaan akan datang.



Bekas ice cube ni, Bie beli di Daiso dengan harga RM5.30 satu



Penggunaan chicken stock ini adalah sama seperti Chicken stock segera yang kita selalu beli dikedai tu, cuma campakkan sahaja 2-3 biji sebagai pelengkap rasa makanan yang dimasak. Yeay! Bie dah ada chicken stock sendiri. Hehehe.. rasa puas bila siap semua ni. Sup Chicken Broth ni, rupa-rupanya banyak khasiatnya kerana air  rebusan ayam ni, ada banyak mineral dan vitamin dalam bentuk yang senang diserap oleh badan baby. Gelatin dan campuran protein yang terbentuk daripada rebusan ayam pula senang dihadam oleh baby. 

For more info, boleh rujuk article ni The soothing power of chicken broth

Sekian perkongsian Bie untuk menu anak-anak dan keluarga. Selamat mencuba!


  • Share:

MALAM BERZANJI & MARHABAN

By BIE - 02:32:00 | 31 Comments
  • Share: