MORE TIME WITH FAMILY

By BIE - 19:43:00

MORE TIME WITH FAMILY

Ayat diatas merupakan azam tahun 2016 Bie, dimana Bie sedaya upaya berjanji dengan diri sendiri untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Antara perubahan yang Bie dah buat untuk merealisasikan azam ini adalah,

1. Bertukar kerja
2. Pulang awal ke rumah
3. Kerap pulang ke kampung
4. Bercuti bersama keluarga
5. Menghadiri kenduri, majlis perkahwinan sanak saudara
6. Makan-makan bersama keluarga dan berbual panjang.

Sejak mula berkerja dulu, terus terang Bie memang kurang masa bersama keluarga. Dengan kerja, belajar dan sebagainya telah membuatkan masa yang Bie ada menjadi terlalu terhad.

Pekerjaan lama juga daripada jam 9 hingga 6 petang di tengah bandar KL membuatkan masa Bie banyak terbuang di jalanan kerana Bie tinggal di Klang. Terpaksa keluar awal pagi, terkadang overtime dan selalunya pulang lewat malam. Jujur, situasi tu sangat menyeksakan jiwa dan PENAT. Hingga Bie ambil keputusan bertukar kerja yang berdekatan. Hanya ambil masa 15 minit untuk sampai dan waktu bekerja pula jam 8 hingga 5. Malah, setiap hari Jumaat Bie boleh balik rumah dan memasak untuk suami, gosokkan baju melayu untuk suami pakai ke masjid. Alhamdulilah. Moga pada masa depan, perubahan ini semakin membawa kepada kebaikan.

Baru-baru ini, Bie dapat juga meluangkan masa bercuti bersama keluarga Bie ke Langkawi. Yeay! 2016 resolution semakin menunjukkan impak positif. Kalau kita mengutamakan keluarga, Allah akan mempermudahkan segalanya. Bie bersyukur sangat-sangat dan rasa gembira dengan keputusan yang Bie buat. Suami pun hari-hari tersenyum lebar je, sebab isteri dia banyak masa dirumah. Meski tak jadi surirumah sepenuh masa, Bie masih sempat memasak sarapan, makan tengahari (Jumaat sahaja) dan makan malam setiap hari.!

Syukur Alhamdulilah.Naqib tak perlu OT ditaska lagi. dan Duit pun dapat dijimatkan daripada bayar OT sejam RM7 tu. Weeeee..

Berikut gambar-gambar percutian kami ke Langkawi baru-baru ini;




Naqib dan neneknya








Next Vacation please. Hahahaha.. kumpul duit dulu ye Bie (ingatan buat diri sendiri) Hahaha..

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx