Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

NAQIB TURNS 1

by - 01:00:00

Alhamdulilah, usai sudah majlis sambutan ulang tahun Naqib yang pertama. Syukur, Naqib dah menginjak umur 1 tahun. Pertama kali, Bie merasakan nikmat menjadi seorang ibu yang meraikan ulang tahun anaknya. Tak sangka, dapat juga sambut dengan sambutan yang sederhana yang dihadiri oleh Keluarga, kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah Naqib bertempat diteratak kecil kami di Bandar Botanic, Klang.







Terima kasih Blogger Tqah Nasir daripada blog http://atieshaadriana.blogspot.my
sebab sudi datang ke majlis kami. Ini pertama kali kami berjumpa.
Insya'Allah, kalau ada lagi majlis lain. Bie harap dapat jemput lagi kawan-kawan
blogger yang lain. Selama ni jumpa dalam alam maya je kan?



Muka mengantuk, lepas je potong kek terus tidur sampai habis majlis. 
Alahai anak. Hehehe..


DIY Candy Buffet

"Coretan Mama sempena Ulang Tahun Kelahiran Naqib"
Pagi yang hening, lepas subuh. Doktor dah arahkan mama masuk labour room 7.30pagi. Mama balik bilik, mandi dan tukar baju bersih untuk bersedia melahirkan. Alhamdulilah, hanya mama seorang dalam labour room pagi tu. Tak ada sesiapa pun yang nak bersalin juga. Lepas air ketuban dipecahkan 3 jam mama bertarung dengan kesakitan. Tiba-tiba papa dah masuk dalam labour room dan semua orang suruh mama push. Dengan kuasa Allah, 2 kali percubaan. #NaqibZulfadli putera pertama mama lahir ke dunia dengan seribu kenangan indah ketika proses kelahiran itu. Hari ini, genap setahun usia Naqib. Doa mama setiap saat dan ketika selalu bersama Naqib hingga ke akhir hayat mama.
Selamat ulang tahun sayang. Moga usaha keras mama dan papa dalam mendidik dan membesarkan Naqib menjadi momen-momen terindah buat kita sekeluarga. InsyaAllah


Alhamdulilah, semiua persiapa Bie lakukan sendiri bersama suami. Bab memasak, Ibu banyak menolong. Yang lain, semua Bie WAJIB DIY sendiri sampailah kepada T-shirt yang kami pakai sepanjang majlis ini. Nak tahu macamana nak DIY T-shirt. Next entri lah ye :)

Jutaan terima kasih yang tak terhingga Bie ucapkan kepada semua yang sudi hadir dan memenuhi undangan kami. Terutamanya kepada mereka yang follow the tema Ironman semalam (Merah Kuning) Korang memang sempoi! hehehe.. Mohon maaf jika ada kelemahan dan kekurangan sepanjang majlis berlangsung.


You May Also Like

4 ulasan

  1. Bestnyer...happy bithday naqib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Mah. Mungkin masa akan datang kita pulak boleh berjumpa. hehe. Lama dah berkawan kan?

      Delete
  2. cantik birthday naqib! saila x komen kat FB n IG sbb nak komen kat BLOG hehehehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq saila. tema asal boleh je ni. Request drp papa naqib. hehehe.. kalau ikut selera mama dia, nanti jd tema girlsh pulak. hahaha

      Delete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx