LUMRAH WANITA & SHOPPING

By BIE - 21:27:00 | 01 Comments
Payday! Payday! Lumrah orang perempuan kan? Tiap bulan wajib reward diri sendiri dengan beli baju baru, kasut baru, tudung baru. Kadang-kadang sebatang lipstick pun dah cukup untuk me"reward" diri sendiri setelah penat bekerja kan? Bila tiba musim gaji je, Zaazzzz, masuk dalam laman web fesyen-fesyen terkini untuk cuci mata dan cuci poket sekali. Upssss... hehe

Baru-baru ni, Bie terkesima dengan keunikan rekaan terkini daripada butik OSRA EXCLUSIVE ni. Butik ni ada mengeluarkan rekaan terbaru daripada koleksi Najwa latiff ni. Rambang mata! Seriuss..




Kebetulan esok OSRA nak buat Majlis Grand Expansion. Umpama bulan jatuh keriba! Memang Bie tak lepaskan peluang pergi cuci mata dengan rekaan terkini daripada OSRA ni. Bila tengok dalam laman web je dah jatuh cinta, apatah lagi kalau bertentang mata? Jatuh apa ye?? Hehehe



Insyaallah kalau tak ada aral melintang. Bie akan pergi ke Grand Expansion OSRA di Shah Alam. Ada sesiapa kawan-kawan blogger yang pergi tak? Boleh kita jumpa disana.! Berikut adalah details majlis;

Tarikh : 2 April 2016
Hari : Sabtu
Masa : 9 am - 9 pm
Tempat : OSRA PUDORE, Shah Alam. No.19 (GF), Jalan Plumbum Q/7Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Selangor Darul Ehsan

**Dalam jam 2, Najwa Latif, Tasha Manshahar & Hot FM Zoomerz akan berada disana! See u There! :)


Thank you for reading this entry!

  • Share:

MAJLIS PERSANDINGAN Z & N

By BIE - 02:02:00 | 01 Comments
Alhamdulilah, tibalah hari persandingan yang dinanti-nantikan. Masa hari persandingan ni. Terlalu banyak momen manis untuk dikenang. Terlalu manis sampai kena kencing manis rasanya. Almaklumlah, Lepas kahwin, bila dapat pegang tangan tu. Ya Allah, terasa dunia ini ana yang punya! Hehehe.. rasa nak duk berkepit je kehulu ke hilir over kan? Hahahaha.. Maap! baru nak merasa apa itu cinta. Rasa nak terbang terbang gemawangan diangkasa raya. Wekkkkkk

Lepas solat Zuhur, kami pun mulakan majlis. Seperti biasa daripada jam 11 pagi tetamu dah mula sampai. Sebab majlis Bie daripada semalam (30.10.2014) bermula daripada upacara mandi bunga. Majlisnya tak mati, terus menerus dengan majlis nikah, marhaban, berzanji, berinai, khatam, marhaban lagi, berzanji lagi dan akhir sekali majlis persandingan. Sebenarnya masa ni Bie dah rasa flat sangat. Malam selepas majlis berinai, Bie tertidur atas katil dengan keadaan bulu mata pun tak cabut. Make up pun tak bersihkan. Sadis punya penat la tu!


Nasib baik ada bridesmaids yang gagah perkasa semua ni. Alhamdulilah urusan dipermudahkan.! Untuk majlis persandingan ni, antara acara yang terlibat ialah;

- Perarakan Rombongan Pengantin Lelaki
- Upacara pembayaran Tol (Bagi Johor)
- Persembahan Silat
- Persandingan
- Sesi Bergambar bersama keluarga
- Makan berdamai
- Persembahan Zapin
- Potong Kek
- Sesi beramah bersama tetamu
- Sesi Cabutan Bertuah
- Sesi Outdoor (Pengantin dan Bridesmaid)



Lepas zolat ZUhur dalam jam 2.30petang, pengantin lelaki berarak daripada Rumah penanggah (singgah) yang merupakan jiran a.k.a cikgu sekolah agama Bie, Cikgu Halifah. Kemudian, encik suami dikenakan 3 jenis tol. Tol di halaman rumah, Tol pintu masuk rumah, Tol depan pelamin. Nasiblah ada sediakan duit tol yang banyak! Maka semua orang pun dapat duit. Ada yang dapat 2-3 keping lagi.



  
Kenangan bersama keluarga tercinta

Bersama keluarga pihak lelaki
Keluarga pihak perempuan
Terima kasih buat Abang angkat Bie, Abang Gunners a.k.a Kapten Mizan yang buatkan kek khas untuk majlis perkahwinan Bie. Terima kasih Abg gun! Terima kasih juga kepada saudara-mara, sahabat, bridesmaid, tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan Bie.






Alhamdulilah majlis berjalan lancar sangat dengan cuaca yang cukup baik! tak hujan dan tak panas sangat. Suatu kenangan terindah buat kami sepanjang hayat.

Cousins yang sama level/taraf kesewelannya
 Thank you for reading this entry! - Bie
  • Share:

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

By BIE - 01:01:00 | 01 Comments
Assalamualaikum w.b.t

Mohon maaf dengan entri perkahwinan yang banyak ni. Bie cuma nak habiskan hutang berlapuk yang dijanjikan pada blog ni sejak hampir 2 tahun lepas. Sampai kahwin dah nak masuk 2 tahu ni. Entri tentang wedding tak habis-habis direview. Apatah lagi update info tentang pregnancy, berpantang, anak, travel dan lain-lain. Kelaut semuanya. Hehehe. Bila Bie dah habis review wedding ni. Rasa senang hati sikit nak cerita (a.k.a merapu) tentang topik-topik yang lain. Hehehehe..

Majlis Khatam Al-quran dilangsungkan pada pagi 31.5.2014 sebelum majlis bersanding petang hari tu. Alhamdulilah, majlis berjalan lancar dan disertai oleh adik-adik kecil manis yang ke semuanya ialah anak didik ibu Bie. Ibu Bie memang guru mengaji mereka. Jadi, sesiapa yang dah khatam. Meraka pun sama-sama menyambut khatam Al-Quran di majlis perkawinan Bie.

 
 
Dengan majlis ini, moga perkahwinan dan majlis perkahwinan kami lebih diberkati. Selepas majlis khatam, sekali lagi bacaan berzanji dan marhaban diadakan. Tapi sayang, Bie tak dapat turut serta hingga ke akhir sebab tiba-tiba mak andam kata nak solek awal. kira2 dalam pukul 11 mcm tu. sedangkan majlis start kul 2. Hmmm yelah, Bie ikutkan je. Memandangkan menyolek tu bukan seminit dua kan?
 

Terima kasih juga buat rakan-rakan ibu yang datang memeriahkan majlis khatam pada pagi itu. Bie terlalu terhutang budi kepada semua yang datang menolong dan memeriahkan majlis sebab tanpa mereka. Majlis Bie bukan apa-apa dan mungkin tak berjalan dengan lancar.

Alhamdulilah.
  • Share:

MAJLIS IJAB QABUL

By BIE - 23:50:00 | 01 Comments
Assalamualaikum w.b.t

Siapa setuju bahawa majlis ijab dan qabul merupakan majlis yang paling sayu dan sebak dalam keadaan yang menggembirakan?

Sayu dan sebak sebab tanggungjawab ibu bapa pada kita dah terputus dan tanggjungjawab tu beralih kepada suami
Gembira sebab dapat kahwin si dia yang bakal kita cintai selama-lamanya. Insyaallah.

Maskahwin Johor RM22.50

Seutas Gelang sebagai simbol pembatalan air sembahyang
Saya Isteri Dia
Syukur Alhamdulilah...

Masa momen ijab qabul ni. Bie rasa keadaan Bie masa tu dalam alam separa sedar. Bie sedar bila semua kawan-kawan yang jadi bridesmaid Bie ucap tahniah bila Bie dah bergelar isteri yang sah kepada Muhammad ZUlfadli. Alhamdulilah..Kalau tak perasaan masa tu sangat cuak! Mau x kan? hehehe.. Tapi Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Amin

 
 

Doakan ikatan suci ini hingga ke Syurga Allah S.w.t. Insyaallah

Thank you for reading this entry! - Bie

  • Share:
DIY

DIY T-SHIRT

By BIE - 20:19:00 | 21 Comments
Assalamualaikum w.b.t

Jeng.jeng.jeng.
Nah! Bie nak kongsikan dengan semua cara-cara nak buat T-shirt sendiri tanpa perlu pergi ke kedai untuk menempahnya. Kalau kita tempah dalam skala yang kecil (maksudnya jumlah yang kurang daripada 5 atau 10) harga untuk 1 baju je boleh mencecah sampai 40-50 ringgit sehelai bergantung dengan seberapa banyak penggunaan warna untuk mencetak.

Kalau ikut kepala kedekut Bie ni, Bie nak buat semua benda sendiri. Hehehe.. Teruk betullah. Kesian orang lain tak boleh nak cari makan. Errr.. perkongsian ni hanya di cadangkan kepada sesiapa nak buat T-shirt sehelai dua helai je. Kalau beratus beribu helai. Bie pun angkat tangan siap-siap untuk surrender. Hantar kat kedai senang cerita! ehehehe..

Untuk DIY T-shirt ni, Bie buat untuk pakai semasa majlis sambutan hari jadi Naqib yang pertama. Temanya ialah IRONMAN. Bie beli T-shirt kosong ni online di 11street, sehelai RM11.00. Tapi, tiba-tiba Bie jalan-jalan kat GM Klang, rupa-rupanya cuma RM7.50 je sehelai. Hampesss betul! Hahaha.. So, korang yang nak buat sendiri tu. Boleh check it out kat GM Klang, Level 4 ye!

Untuk cetakan, Bie beli Transfer paper for Dark T-shirt yang dibeli di kedai alat tulis Wesstar di Seksyen 7, Shah Alam dengan harga RM7.90 sehelai saiz a4 paper. Bie gunakan 1 sahaja untuk jadi 2 helai T-shirt sebab cetakan tak berapa besar.




Anda perlu gunakan printer jenis inkjet tau. Jangan guna jenis laser. Terbakar pulak tranfer paper tu nanti. Pastikan setup print tu kepada high quality baru cetakan lebih halus dan kemas.

Kemudian gunting cetakan dan siap sedia untuk tampal diatas baju. Gunakan iron dengan kepanasan sederhana sahaja dan pastikan berlapik dengan kain lain jenis cotton ye.

 
Tarra, dah siap pun bajunya! semestinya suami memuji daya kretiviti isterinya ini. Hikss.. verasan!



Selamat mencuba! Thank you for reading this entry!

-Bie-


  • Share: