MAJLIS AQIQAH & KESYUKURAN NAQIB

By BIE - 12:57:00 PG

Assalamualaikum W.B.T

Majlis Aqiqah Naqib, Bie dan suami sepakat untuk buat pada tarikh Anniversary kami yang pertama. Kiranya, sekaligus dengan doa selamat sempena ulang tahun perkahwinan yang pertama.


2 ekor kambing diakikah kan demi menepati syarat akikah buat anak lelaki kami. Alhamdulilah, masa ni Naqib umur 3 bulan lebih nk masuk 4 bulan. Kiranya, suami nak Bie betul-betul dah sihat baru dia nak plan buat majlis ni. Almaklum, dia tahu Bie macamana. Memang semua persiapan kalau boleh Bie nak buat sendiri.

Kalau masih dalam pantang, majlis ni berlangsung. Semestinya, Bie lah orang yang paling tak cukup rehat buat macam-macam benda. So, kami sepakat untuk buat pada 31/5/2015 yang lepas. Hampir setahun berlalu, baru Bie nak tulis tentang ini kan? Buat siapa yang kenal Bie, mungkin mereka lebih tahu yang selama ni Bie sibuk belajar dan xda masa tulis blog. Kalau menulis pon sibuk tulis thesis kot. Yeke? ahahaha. Alhamdulilah, Bie dah completekan pengajian Bie dan sekarang? Boleh la fokus menulis blog semula kan? kan? (sambil wat mata kelip-kelip) Errrrrr.. jangan muntah pelisss


Masa majlis ni, mak bapak pon fefelling naik pelamin. Walaupon pelamin buat sendiri je. Tu pon anak punya. ahahhaha.. Bie mintak izin suami nak ukir inai.. mula-mula Bie plan nk pakai inai kat jari. Tapi x sempat. Cuma sempat lukis je. Itu pon orang lukiskan. Kita bayar je kat dia. Hahaha.. Terima kasih to Eka Pengukir Inai. Untuk pengantin dan sesiapa yang memerlukan khidmat pengukir inai di sekitar Kota Tinggi, Johor Bahru. Bolehlah hubungi Eka ok?

FB : Eka Pengukir Inai



Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sekitar majlis berlangsung;

 
Memperdengarkan bacaan Berzanji kepada Anakanda tercinta

Alhamdulilah, majlis berjalan lancar. terima kasih buat team berzanji dan marhaban Kampung Felda Pasak, keluarga, kawan-kawan dan para tertamu yang menjayakan majlis kami. Alhamdulilah Naqib pun banyak buat Collection ni. Hehehe..

Terima kasih semua!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan

  1. whoaa...cantek nye majlis Bie.. tahniah. syok kan ade baby :)

    BalasPadam
  2. Cantiknyer...nmpk indah je rasa...sweet sgt tau

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx