Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

MAJLIS PERSANDINGAN Z & N

by - 02:02:00

Alhamdulilah, tibalah hari persandingan yang dinanti-nantikan. Masa hari persandingan ni. Terlalu banyak momen manis untuk dikenang. Terlalu manis sampai kena kencing manis rasanya. Almaklumlah, Lepas kahwin, bila dapat pegang tangan tu. Ya Allah, terasa dunia ini ana yang punya! Hehehe.. rasa nak duk berkepit je kehulu ke hilir over kan? Hahahaha.. Maap! baru nak merasa apa itu cinta. Rasa nak terbang terbang gemawangan diangkasa raya. Wekkkkkk

Lepas solat Zuhur, kami pun mulakan majlis. Seperti biasa daripada jam 11 pagi tetamu dah mula sampai. Sebab majlis Bie daripada semalam (30.10.2014) bermula daripada upacara mandi bunga. Majlisnya tak mati, terus menerus dengan majlis nikah, marhaban, berzanji, berinai, khatam, marhaban lagi, berzanji lagi dan akhir sekali majlis persandingan. Sebenarnya masa ni Bie dah rasa flat sangat. Malam selepas majlis berinai, Bie tertidur atas katil dengan keadaan bulu mata pun tak cabut. Make up pun tak bersihkan. Sadis punya penat la tu!


Nasib baik ada bridesmaids yang gagah perkasa semua ni. Alhamdulilah urusan dipermudahkan.! Untuk majlis persandingan ni, antara acara yang terlibat ialah;

- Perarakan Rombongan Pengantin Lelaki
- Upacara pembayaran Tol (Bagi Johor)
- Persembahan Silat
- Persandingan
- Sesi Bergambar bersama keluarga
- Makan berdamai
- Persembahan Zapin
- Potong Kek
- Sesi beramah bersama tetamu
- Sesi Cabutan Bertuah
- Sesi Outdoor (Pengantin dan Bridesmaid)



Lepas zolat ZUhur dalam jam 2.30petang, pengantin lelaki berarak daripada Rumah penanggah (singgah) yang merupakan jiran a.k.a cikgu sekolah agama Bie, Cikgu Halifah. Kemudian, encik suami dikenakan 3 jenis tol. Tol di halaman rumah, Tol pintu masuk rumah, Tol depan pelamin. Nasiblah ada sediakan duit tol yang banyak! Maka semua orang pun dapat duit. Ada yang dapat 2-3 keping lagi.



  
Kenangan bersama keluarga tercinta

Bersama keluarga pihak lelaki
Keluarga pihak perempuan
Terima kasih buat Abang angkat Bie, Abang Gunners a.k.a Kapten Mizan yang buatkan kek khas untuk majlis perkahwinan Bie. Terima kasih Abg gun! Terima kasih juga kepada saudara-mara, sahabat, bridesmaid, tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan Bie.






Alhamdulilah majlis berjalan lancar sangat dengan cuaca yang cukup baik! tak hujan dan tak panas sangat. Suatu kenangan terindah buat kami sepanjang hayat.

Cousins yang sama level/taraf kesewelannya
 Thank you for reading this entry! - Bie

You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx