PERJALANAN SARJANAKU

By BIE - 11:40:00 PTG


Alhamdulilah, selesai sudah tesis sarjanaku. Bie ambil keputusan untuk sambung master masa pertengahan tahu 2013 dan alhamdulilah awal 2016 ni, Bie dah tamat belajar. Boleh dikirakan hampir 3 tahun Bie ambil master ni. Macam-macam kenangan dan pengalaman suka duka yang hampir membuatkan Bie menyerah kalah pun ada.


Bie sambung belajar ketika tu, Bie tak kahwin lagi. Dalam semester 3, Bie berkahwin dan semester 4 Bie mengandung. Pergi kelas bawa perut sampailah dah nak cukup bulan dan bersalin pada awal semester. Tu pun Bie ingat nak pergi kelas. Akhirnya menyerahkalah dan menangguhkan pengajian untuk 1 sem.


Berkat doa ibu bapa termasuk suami. Bie berjaya habiskan study ni. Rasa nak menangis sangat-sangat bila tesis diterima dan hantar hard bind sebagai tanda Bie dah complete my study. Sedangkan seminggu sebelum tu, Naqib masuk wad 2 hari sebab demam panas. Bercinta juga Bie nak buat correction masa tu. Tapi, Allah penentu segalanya kan? sebab dia sebaik-baik perancang. Alhamdulilah, semuanya dah selesai.


Bie dan suami sama-sama ambil master. Terima kasih buat pengorbanan suami yang sanggup tangguh tesis dia semester depan semata-mata nak make sure semua kebajikan keluarga terjaga. Kenapa? Sebab masa Bie buat tesis, memang tak tidur. Anak dan suami pon tak makan. Naqib sampai tak mandi seharian kerana mamanya terlalu sibuk nak kejar dateline. Sangat azab! Ditengah-tengah kemelut kami suami isteri menyiapkan tesis. Suami berundur dan hantar surat penangguhan belajar. Dia suh Bie habiskan perjuangan Bie. Terima kasih bang! Bagi Bie, itu adalah salah satu perkara paling romantik yang dia pernah buat untuk Bie

Bie niat nak tangguhkan konvokesyen sebab nak tunggu Suami habis belajar sem ni. Alkisah nak konvo sama-samalah ye. hehehehe.. Moga-moga semua urusan dipermudahkan olehNya. Amin

Terima kasih Ya Allah.


Next will be PhD. Errrr.. Doakan ya.

Thank you for reading this entry!

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan

  1. Tahniah bie...moga terus berjaya dimasa hadapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cik mah. moga cikmah juga terus berjaya dalam bisnes yg diceburi :) AMin

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx