PREGNANCY TEST KIT

by - 19:40:00

Assalamualaikum w.b.t
[Maaf! Ini entri panjang]

Setiap orang ada kisah pengalaman mengandungkan anak pertama. Semestinya buah hati yang menjadi dambaan setiap insan yang hidup berpasangan kerana anak adalah pengikat kasih sayang dalam kehidupan berumah tangga.

Kalau nak diingat semula kisah Bie mengandungkan Naqib, memang lucu dan kadang-kadang tak boleh nak digest pon betul juga. Hehehe.. 2 minggu selepas majlis pihak perempuan. Kami balik ke Kelantan untuk majlis sambut menantu di sana pula. Lepas 3 hari di Kelantan. Kami balik ke KL, tapi sebelum tu 3 hari 2 malam kami ber honeymoon di Cameron Highland dulu. Masa naik Cameron Highland. Bie macam tak sedap badan dah. Tapi, fikir honeymoon punya pasal. Soal tak sedap badan tolak tepi. Konon-konon nak demam, terus tak jadi demam sebab naik tanah tinggi kot. Sejuklah katakan. Hahaha

Bila turun daripada Cameron Highland, suami turun ikut jalan Tapah. Siapa pernah lalu jalan Tapah, mesti korang dapat bayangkan bertapa bengkang bengkok dan horornya jalan Tapah tu. Akhirnya, Bie tewas! mulalah pening, mual dan muntah sebab pening sangat dengan perjalanan adventure macam tu. Masa tu, Bie memang tak fikir apa-apa. Sampai je KL, Bie memang asyik rasa macam tak berapa sihat. Tapi gagahkan diri juga pergi kerja macam biasa. Tapi simptomp pening, mual dan rasa nak muntah tu memang selalu ada. Boleh dikatakan setiap masa. Masa tu dah pelik sangat-sangat. Setiap malam, suami pun selalu tanya "Ayang demam ke?", Bie cakap taklah, saya sihat je cuma selalu pening lalat dan mual. Sebab suami cakap macam tu, dia pelik bila pegang badan Bie panas. Macam badan orang demam. Errrr...

Oleh kerana terlalu pelik, mulalah edisi menggoogle. Semua simptom yang Bie hadapi adalah tanda-tanda mengandung. Maka, happylah kami berdua. Dengan perasaan tak sabar-sabar. Bie pun pergi beli Pregnancy test. Setiap lepas solat subuh mesti debar-debar nak test ni. Sedinya, hasil test adalah negatif.



Tapi, simptom yang Bie alami tetap berlarutan sampai hampir seminggu. Akhirnya, Bie ambil keputusan pergi klinik. Masa kat klinik, Bie masih mengharap doktor bagi harapan dengan mengatakan semua simptom tu adalam simptom mengandung. Malangnya, lain pulak berita yang sampai ke telinga. Doktor cakap, simptom ni lebih berkait rapat dengan simptom denggi. Erkkkkkkkkkk.. Doktor suruh Bie proceed ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pada hari yang sama juga, Bie ke TDMC untuk check darah lepas doctor kat Klinik Mediveron bagi refer letter dalam masa yang sama juga. Sekali lagi Doktor di TDMC buat pregnancy test untuk Bie. Harapan Bie kali ni adalah, doktor salah. Saya bukan kena denggi, saya ni preggy lah! Masa tu, naluri keibuan ni kuat cakap yang Bie mengandung.

Result test darah pun keluar! Nah! ini keputusannya.

Denggi - Positif
Preggy - Negatif




Sekali lagi kekecewaan menimpa diri Bie. Tak sangka, rupa-rupanya Bie kena Denggi. Tapi, tahap denggi tu adalah berada dalam skala 'recovery' Sekali lagi Bie pelik! Bie tak ada rasa Bie demam, cuma pening dan mual je. Bila pula Bie kena denggi? Bila pula Bie boleh recovery daripada denggi? Apa yang pasti semuanya ketentuan daripada Allah S.W.T. Sejak daripada tu, Bie dah tak cek pregnancy lagi dah. Sebab? Takut kecewa je. Rupanya simptom yang ada tu rupanya tanda-tanda denggi. Haishh.. buat malu je.

Bie cuma berharap, Bie tak datang uzur untuk bulan depan je. Kalau delay uzur. Maknanya.. Insyaallah ada berita gembira. Maka, tibalah hari yang dinantikan. Sehari, dua hari Bie masih boleh bersabar. Alhamdulilah dah delay seminggu. Suami pun dah berkobar-kobar nak tahu resultnya. Maka, kami sama-sama pergi beli pregnancy test. Bukan 1 tapi sampai 2 jenis sekaligus.

Lepas solat subuh, Bie doa banyak-banyak pada Allah. Tiba-tiba suami tanya.

"ayang dah test?"

Bie jawab belum. Tapi Bie sempat beritahu dia yang Bie berdebar. Bie takut Bie sedih lagi kalau sebenarnya Bie tak mengandung. Lepas tu, Bie test juga untuk kedua-dua pregnancy test yang dibeli.

Macam tak percaya! Alhamdulilah resultnya adalah positif. Ada dua line yang terpampang kat pregnancy test tu. Guna yang strip lagi cepat nampak resultnya.!



Bie keluar dan terus cakap kat suami.

"We are going to be PARENTS!"

Subuh hening 4/7/2014, kami berdua berpelukan sambil memanjat rasa syukur yang tak terhingga. Alhamdulilah atas pinjamaan dan amanahmu ini Allah. Lepas 2 minggu, Bie test lagi guna digital UPT. Lepas tu, baru kami pergi ke klinik untuk rawatan lanjut. Masa tu usia kandungan nak masuk 4 minggu. Alhamdulilah, lepas usia kandunga 6 minggu, doktor suruh kami datang semula untuk scan dan sahkan kandungan berada dalam keadaan baik


Maka 28/2/2015 , lahirlah khalifah suci dari syurga buat kami berdua. Anak soleh kebanggaan PAPA dan MAMA, Muhammad Naqib (Si ketua, pemimpin yang masyhur dan disegani)

Thank you for reading this entry!
-Bie-

You May Also Like

1 ulasan

  1. Wah happy nya moment bila tahu pragnant rupanya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx