TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN SEBELUM MENJELANG HARI BAHAGIA

By BIE - 7:24:00 PTG

Assalamualaikum w.b.t

Siapa kata Bie tak pernah melalui fasa kenaikan berat badan yang melampau? Perasaannya? hanya orang yang melaluinya je akan rasa bertapa kita yang berisi ini sedaya upaya cuba menurunkan berat badan ketahap yang paling ideal. Sebab? lutut mula sakit oit!

Pertambahan berat badan sememangnya digeruni oleh semua orang terutamanya wanita. Lumrahnya, yang kurus dan kecil molek tu selalu dilabelkan cantik. Jadi, bila berat badan mula bertambah lepas patah hati atau putus cinta dulu (Bie lah tu) berat badan mula menacanak naik sebab diri merasakan. Hanya makan dapat membuatkan kita gembira!!! Bila badan naik, macam-macam masalah kita akan hadapi, masalah kulit kusam, kulit berminyak, jerawat, bau badan dan macam-macam lagi.

Bie suka sangat makan sushi dan minum kopi semasa zaman kegemilangan naiknya berat badan. HIkk... tanpa memikirkan akibatnya, daku makan, minum dan terrrruuuuussss makan. Akhirnya baru Bie sedar apabila terbaca fakta ini.

"Sushi selalu diangggap sebagai makanan yang sihat. Selain kandungan sayur- sayuran dan rumpai laut  yang rendah kalori, sushi juga tidak dimasak menggunakan minyak .  Hakikatnya, sedarkah anda bahawa dalam satu gulungan sushi biasanya akan terdapat mayonis dan krim keju ?  Kebiasaannya, satu sajian sushi mengandungi sehingga 290- 350 kalori.  Misalnya dalam satu sushi California Roll, kandungan kalorinya bersamaan dengan dua sandwich berintikan crab sticks. Sushi juga mengandungi kandungan garam yang tinggi." - Sumber

Lihatlah, Bie dikala zaman kegemilangan lemak mencanak naik! Hahaha..

Kegilaan Bie kepada kopi juga telah mengganggu sistem penghadaman. Kerana kopi juga Bie tidak membuang selama 4 hari hingga menyebabkan badan terasa sangat tidak sihat dan penuh toksik. Terpaksa jugalah pergi menghadap duli yang maha mulia doktor untuk minta barang satu dua buah fikiran. Ternyata! Bie memang alah dengan kopi a.k.a caffeinee. kerana semua tu menyebabkan sistem metabolisma n penghadaman Bie terganggungggggggggg

Selalunya, masalah macam ni bergantung kepada orang. Jadi, say bye bye lah kepada kopi dan sebarang jenis caffeinee.. Mulai daripada hari tu. Bie jadi sangat bergantung dengan Ducolax atau lebih dikenali sebagai julap. Saranan doktor, Bie mesti train semula sistem penghadaman Bie kalau nak turunkan berat badan.

Masa bertunang ni, sedang menguruskan badan. Jadi, belum nampak sangat kurusnya. Dalam prosess..

Bie pernah cuba, Minum teh orang kampung, katanya dapat bantu penghadaman, Yes! berjaya, tapi toksik naik kemuka dan menyebabkan muka bie naik jerawat dengan sangat teruk. Akhir sekali, Bie ambil iktibar dan langkah selamat. Biar lambat asalkan tidak meninggalkan kesan pada diri sendiri.

Azam baru dalam menurunkan berat badan berlangsung hampir setahun. Antara perubahan yang Bie cuba buat adalah mengubah cara pemakanan dan makan makanan yang menyihatkan

  • - Henti ambil kopi dan caffeine
  • - Henti makan sushi (kalau teringin, makan sepinggan 2 saja)
  • - Minum air masak 3 liter sehari
  • - Banyakkan pengambilan serat (Sayur) lebih daripada Karbohidrat (Nasi)
  • - Hentikan makanan berlemak (Daging)
  • - Wajib makan buah (Betik sahaja) kerana betik adalah buah paling banyak mengandungi enzim membantu penghadaman
  • - Kurangkan makan malam
  • - Bersenam secara teratur
  • - 1 bulan pertama, henti makan ayam
  • - Tambah pengambilan ikan (protien) kerana protien banyak membantu menukarkan lemak kepada muscle.
  • - Tambah pengambilan vitamin C daripada 500mg kepada 1000mg sehari.

Kesemua macam diatas Bie teruskan hampir setahun dan alhamdulilah Bie berjaya kurus sebelum melangsungkan perkahwinan. Hoyeayyyy.. Lepas kahwin, berat naik balik! Sebab mengandung. Hehehehe.. Yang tu, nak turunkan pun ada cara yang lain sikit. Nanti kita cerita-cerita kat sini lagi k.

Yeay! Berjaya!!!
Berjaya menguruskan badan
Kepada bakal pengantin yang stress dengan berat badan. Jangan ambil langkah drastik untuk kurus. Biar lambat asalkan selamat untuk diri sendiri. Jangan ambil apa-apa ubat tanpa nasihat doktor. Jumpa doktor sebelum buat apa-apa tindakan ok?

Love,

BIE

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan

  1. ingat lagi time majlis awin makin dekat , konon nak diet, takut baju tak muat. akhirnya, sebab badan kepenatan buat persiapan, hilang selera makan, berat turun dengan jayanya... ;)

    BalasPadam
  2. Hehehe.. itu pun salah satu faktor turun berat jugak kan awin? hehehe.. penat punya pasal sampai hilang selera makan :D hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx