HADIAH PERKAHWINAN

By BIE - 9:07:00 PTG

Hadiah! Siapa tak suka hadiah kan? Alhamdulilah, terima kasih kepada tetamu dan pemberi hadiah-hadiah dan sumbangan sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Semua hadiah sangat berguna buat kami berdua dalam memulakan kehidupan berumah tangga.

Meski dapat beberapa barang yang sama. Kami simpan juga sebab siapa tahu. Nanti-nanti barang sedia ada dah rosak, kita siap-siap dah ada gantinya kan?

Hadiah-hadiah di Majlis sebelah perempuan




Hadiah-hadiah dimajlis sebelah lelaki.






Hadiah-hadiah majlis sebelah lelaki, rata-ratanya suka beri cawan-cawan dan pinggan mangkuk. Semua hadiah yang sama. Kami simpan je. Nak buat apa? untuk generasi akan datang kut. Hehehe.. Apa hadiah paling berharga? Semua gula, susu, kopi, biskus, keropok keping yang sangat berguna! Hehehe Bie dapat 30kg gula masa majlis sambut menantu. Terkejut! Sumpah.. sebab Bie tak pernah ada pengalaman tengok pengantin dapat hadiah gula, susu bagai tu.




Bila, perkahwinan sendiri dapat hadiah macam tu. Tergelak besar dan pelik! Rupa-rupanya memang dah jadi budaya masyarakat di Kelantan, pantai timur khususnya. Kini, Bie dah tak pelik lagi. Hehehehe.. 30kg gula memang cukup menampung keperluan selama setahun tu. Tapi Bie ambil sikit je. yang lain, Kami agihkan kepada semua sanak saudara.

Thank you for reading this entry - Bie

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx