HAPPY MOTHER'S DAY @QIDOT

02:05:00

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah. Tuhan Semesta alam. Tahun ini merupakan tahun ke-2 Bie meraikan Hari Ibu. Sesungguhnya perasaan setelah bergelar ibu adalah sebuah perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.



Sempena hari ibu, Z meraikan hari bermakna ini dengan sedikit cicipan hi-tea di Hip Cafe atau dikenali dengan Hipster Cafe yang bernama Qidot. Qidot cafe ni dekat tepi jalan je. Tak jauh daripada rumah kami di Klang. Selalunya, kami dok lalu lalang je. Tak pernah sekalipun terlintas nak menyinggah. Tiba-tiba semalam, sempena hari ibu. Z ajak B ke sana buat pertama kalinya.

Nice dan cozy~
Super calm and peaceful


itu je kata-kata yang dapat diungkapkan. Masuk-masuk je dalam cafe ni. Kami dah disambut dengan alunan lagu-lagu vintage cafe yang menenangkan. Kat sini, tak terhad kepada makanan minum petang, makanan western pun ada. Pokoknya, macam-macam pilihan ada disini. Worth to try and value for money. Harga makanan semuanya mampu milik.


Tahun ini, Bie dapat hadiah daripada Naqib (My Son) sebuah lukisan bayi berumur 1 tahun 2 bulan. Lukisan ni sebenarnya daripada taska. Semestinya idea daripada cikgu-cikgu. Apa-apapun dah cukup buat Bie rasa nak mengalirkan air mata, Sebab anak sendiri yang buat lukisan cap jari jemari dia ni. Sobss..


Alhamdulilah, Terima kasih buat suami tercinta untuk sambutan ini.
Selamat Hari Ibu juga kepada Ibu Bie, Puan Marhuna dan 
Ibu mertua, Puan Saudah serta ibu-ibu didunia.

Selamat Hari Ibu! Hari-hari Hari Ibu <3

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim