Follow Us @soratemplates

Monday, 16 May 2016

SEDEKAD SUDAH HARI GURU

Selamat Hari Guru

Harap-harap masih belum terlambat untuk Bie ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan bergelar pendidik terutamanya ibu bapa kita yang menjadi pendidik untuk kita sejak kita dilahirkan lagi.

Sempena hari guru, Bie pun mula teruja nak sambut juga sebab dah hampir sedekad tinggalkan zaman persekolahan. Tambahan pula, anak Bie dihantar ke Taska. Jadi semua pengasuh dipanggil Teacher. Mereka juga sebagai guru pertama untuk Naqib sebab kebanyakkan waktu bekerja, Naqib akan tinggal ditaska. Jadi, Teacher-teacher ditaska juga banyak ajar perkara-perkara baru untuk Naqib dalam proses tumbesaran Naqib selama ni.

Ada 7 orang teacher semuanya. Pening kepala juga Bie fikirkan hadiah untuk mereka. Akhirnya, Bie dan suami ambil keputusan untuk hadiahkan Sebuah Al-quran Mini dan Sehelai Sejadah Travel untuk mereka. Moga-moga bermanfaat. InsyaAllah.


Bagi urusan mendeko, sudah tentulah Bie Deko sendiri je. Semua benda pun nak DIY kan? Kad ucapan dan hiasan, Bie buat sendiri pada malam sebelum 16/6/2016.



Kos menyediakan Goodie Bag Hadiah hari guru adalah seperti berikut;

Al-Quran - RM15.00
Sejadah - RM5.00
Beg - RM1.00

Total = RM21.00 sahaja X 7 Orang guru.

Sejadah dan Beg Bie beli di GM KLANG, Al-Quran Bie beli di Pesta Buku di MAEPS baru-baru ini. Idea ini boleh juga digunakan bagi bakal raja sehari yang pening nak beri apa untuk majlis perkahwinan nanti.

Alhamdulilah, terima kasih atas jasa guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Benar, nilai sebuah hadiah tak dapat dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan seorang guru selama mengajar dan mendidik kita didunia ini.

Terima kasih Cikgu! Saya sayang cikgu!

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx