TIPS BERPUASA KETIKA HAMIL

By BIE - 00:47:00 | 101 Comments
  • Share:

ZN2nd ANNIVERSARY

By BIE - 01:20:00 | 31 Comments
Assalamualaikum,

Selamat datang Jun dengan 1001 pengalaman terindah! Terima kasih Mei dengan kenangan terindah. Indah kerana Bie baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-2 pada 30 dan 31 Mei yang lepas baru-baru ini.



2 tahun, usia yang masih terlalu awal. Usia yang sangat mentah dalam meniti jaluran demi jaluran dalam alam rumah tangga. Masih banyak yang Bie dan suami perlu pelajari. Hidup kami tak selalunya yang indah-indah saja. Kadang-kadang tergigit lidah, tergigit bibir, tertumbuk perut sampai senak. Hehe.. semuanya adat lah dalam rumah tangga kan?

2 tahun juga tempoh kami berkasih sayang. Banyak yang perlu kami teroka dalam diri masing-masing mengenali dan memahami pasangan. Indahnya sebab jatuh cinta kali pertama akad dilafazkan kot. Ceh! hehehe.. tiba-tiba jadi mood throwback kan. Hehe



Alhamdulilah, sambutan sekali setiap tahun ni kali ini disambut sederhana saja. Terima kasih untuk suami yang membawa keluarga kecil kami ke Pulau Pangkor untuk bercuti. Sebab apa? sebab Naqib suka main air dan mandi pantai. Di Pangkor tak ada apa sangat kalau nak dibandingkan dengan Pulau Langkawi. Jadi, aktiviti kami disini lebih bebas. Bersiar-siar, berborak, Makan Icecream, Berborak, Mandi Pantai, Berborak, Mandi Pool, Makan, Makan dan Makan, Beli souvenir, Balik

Terima kasih juga dengan sebuah camera yang sangat Bie idam-idamkan. Baru sekarang  dapat memilikinya. Itupun sebab Abang hadiahkan. Terima kasih Abang. Love you.! Semoga Allah meredhai kita sekeluarga dan cinta kasih sayang ini tetap subur mewangi ditaman yang sentiada dibawah rahmat Allah s.w.t. InsyaAllah.

Fefelling amik angin laut konon-konon hehe

Naqib bersemangat makan
Jalan-jalan malam tepi pantai
Pool Time!!
Tiket pergi dan balik hanya RM10 seorang
Kami, moga bahtera rumahtangga yang kami layari bersama ini kekal utuh selamanya
hingga kesyurga atas izinNya. Insyaallah.
Love. BIE
  • Share:

PERSARAAN GURU DI KELANTAN

By BIE - 23:40:00 | 01 Comments
Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulilah, Syukur ke hadrat ilahi. Akhirnya, tamat sudah perkhidmatan Mak Mertua Bie sebagai Cikgu di SK Banggu, Kelantan. Sambutan Majlis Persaraan di Kelantan cukup memeranjatkan Bie. Meriahnya bukan main. Inilah pertama kali Bie mengalaminya sendiri.



Masakan tidak, selama ini. Bie cuma tahu. Jika majlis persaraan itu hanya berlaku disekolah sahaja. Terkadang cikgu yang bakal bersara itu akan dibuatkan pelamin khas bagi tujuaan  diraikan. Bak kata orang naik pelamin lagi.

 
Berbeza dengan Kelantan. Situasi sambutan disekolah masih diteruskan seperti biasa. Apa yang berbeza, cikgu yang bersara itu akan diarak oleh semua guru guru dan beberapa orang murid terus ke rumah cikgu tersebut. Lagak bagaikan pengantin, siap semua dengan 3 dulang hantaran

- Pulut Kuning
- Creampuff
- Kuih Cara Berlauk

Lepas tu, Bie jugalah Bidan Terjun dok hias dulang hantaran untuk dibalas. Dapat tahu pun dah last minutes, pagi-pagi baru mak cakap hias-hiaslah dulang nak balas nanti. Terpinga-pinga rasa. Dah la daku tak bawak senjata kelangkapan DIY untuk gubahan hantaran. Makanya, apa yang ada jelah ye mak. Hehe.. kami balas dengan

- Kek Gula Hangus
- Buah-buahan
- Kuih Akok

Hantaran

Sebelum lewat petang, kami terpaksa meninggalkan majlis sebab flight kami pukul 8 malam. Jarak daripada rumah ke airport makan masa dalam 45minit. Jadi, kami terpaksa bertolak awal sebab Bie ambil cuti sehari je. Nak simpan cuti untuk hari raya pula kan?

Posing kejap, Dia ni busy!
Apa-apapun selamat sudah majlis persaraan mak. Bulan Jun ni, Majlis bersaraan abah pula. Terbang lagi balik kelantan! Wee hooo..


Love, Bie
  • Share: