Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

PERSARAAN GURU DI KELANTAN

by - 23:40:00

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulilah, Syukur ke hadrat ilahi. Akhirnya, tamat sudah perkhidmatan Mak Mertua Bie sebagai Cikgu di SK Banggu, Kelantan. Sambutan Majlis Persaraan di Kelantan cukup memeranjatkan Bie. Meriahnya bukan main. Inilah pertama kali Bie mengalaminya sendiri.



Masakan tidak, selama ini. Bie cuma tahu. Jika majlis persaraan itu hanya berlaku disekolah sahaja. Terkadang cikgu yang bakal bersara itu akan dibuatkan pelamin khas bagi tujuaan  diraikan. Bak kata orang naik pelamin lagi.

 
Berbeza dengan Kelantan. Situasi sambutan disekolah masih diteruskan seperti biasa. Apa yang berbeza, cikgu yang bersara itu akan diarak oleh semua guru guru dan beberapa orang murid terus ke rumah cikgu tersebut. Lagak bagaikan pengantin, siap semua dengan 3 dulang hantaran

- Pulut Kuning
- Creampuff
- Kuih Cara Berlauk

Lepas tu, Bie jugalah Bidan Terjun dok hias dulang hantaran untuk dibalas. Dapat tahu pun dah last minutes, pagi-pagi baru mak cakap hias-hiaslah dulang nak balas nanti. Terpinga-pinga rasa. Dah la daku tak bawak senjata kelangkapan DIY untuk gubahan hantaran. Makanya, apa yang ada jelah ye mak. Hehe.. kami balas dengan

- Kek Gula Hangus
- Buah-buahan
- Kuih Akok

Hantaran

Sebelum lewat petang, kami terpaksa meninggalkan majlis sebab flight kami pukul 8 malam. Jarak daripada rumah ke airport makan masa dalam 45minit. Jadi, kami terpaksa bertolak awal sebab Bie ambil cuti sehari je. Nak simpan cuti untuk hari raya pula kan?

Posing kejap, Dia ni busy!
Apa-apapun selamat sudah majlis persaraan mak. Bulan Jun ni, Majlis bersaraan abah pula. Terbang lagi balik kelantan! Wee hooo..


Love, Bie

You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx