CARA BUAT KAD DEBIT BERGAMBAR MAYBANK

19:52:00

Assalamualaikum w.b.t,

Beberapa bulan yang lepas, Bie dah dapat berita dan SMS daripada Maybank untuk tukar Kad Debit yang baru. Almaklum kad debit yang sekarang ni memang dah berkurun lamanya, dah uzur pun dan sangat ketinggalan zaman sebab sekarang dah ada visa Paywave dimana kita boleh letak je kad atas terminal dan dia deduct duit dalam akaun kita untuk buat pembayaran kalau kita shopping gunakan kad debit. Bagus kan macam tu? Jadi, kad kita pun tak rosak kalau asyik keluar masuk dalam terminal dia tu.

Sehinggalah Bie terdetik nak tukar "Maybank Visa Debit Picture Card" Kad debit yang ditukar kali ini, boleh gunakan gambar kegemaran kita sendiri. Muka sendiri ke, Bersama keluar, suami, isteri, anak-anak dan macam-macam lagi. Disebabkan adanya pembayaran secara Paywave dan atas alasan nak letak gambar suami dalam wristlet. Bie pun ambil keputusan nak cuba customize sendiri kad debit Maybank ni. Bagi yang tak tahu caranya, Bie kongsikan cara-cara nak buat disini.

1. Mula-mula, pergi ke Maybank2U, click pada Menu 'Card'


2. Klik pada 'Debit Card'


 3. Pilih 'Maybank Visa Debit Picture Card'


 4. Untuk membuat kad bergambar, klik pada 'Click Here'


 5. Akan keluar paparan begini dan klik 'Agree' tanda setuju dengan terma dan syarat

 6. Syarat dan jenis-jenis gambar yang dibenarkan untuk digunakan untuk membuat kad bergambar ini. Harap-harap dapat guna gambar yang diambil daripada kamera beresolusi tinggi seperti DSLR sebab takut-taku kalau guna gambar daripada handphone. Nanti menghasilkan kualiti gambar yang pecah. Tak cantik.. sayang je duit kan?


7. Boleh mula setting gambar dan edit ikut kemahuan hati dan perasaan ye


8. dah Siap edit terus je tekan butang finish dan dia akan pop-up confirmation macam ni. Nak kepastian yang kita dah setuju dengan design yang kita dah setting untuk kad debit bergambar kita tu. Kalau dah yakin ok, terus klik pada butang 'Submit'


9. Sistem akan terus proses


10. Lepas proses, sistem akan beri lagi Final Image View pada kita. Lepas review, boleth terus klik butang 'Finish'


11. Sistem akan minta details kita seperti ini, Emel, Digit akhir daripada kad pengenalan dan pemilihan lokasi untuk kita ambil kad debit bergambar tu, bila dah siap. Bila semuanya dah diisi, Klik pada butang 'Continue'


12. Sistem akan hantar satu page untuk kita review kad data kita pula. Klik 'Continue' selepas pengesahan.


13. Sistem akan terus papar skrin ini dan berserentak dengan skrin pembayaran Maybank2U dengan jumlah cas RM26.50 (termasuk GST). Selesai pembayaran, kita akan menerima emel daripada Maybank ke inbox emel yang kita daftarkan awal tadi.



14. Kita akan terima 2 emel seperti ini nanti,

 15, Emel pertama adalah pengesahan pembayaran.

 15. Emel ke dua akan dihantar dalam tempoh 24 jam untuk memberitahu bahawa permohonan kad debit bergambar telah berjaya dan kita perlu kutip di lokasi pilihan dalam tempoh 14 hari bekerja. Bermula daripada tarikh emel itu dihantar. Jangan lupa print emel yang dihantar ini, semasa datang ke cawangan Maybank untuk mengambil kad. Bawa sekali kad pengenalan original.



Dah siap pun! Pergi ambil dan dia akan aktifkan terus kad tu. Pada hari yang sama, kita dah boleh pakai dah kad yang baru tu. hehe



Bagi yang nak mencuba. Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim