Press

No matter where you are and what you look like. Create your own style.Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.
The creation begins deep by yourself. Be inspired in my world and give your life an extra boost. So show yourself more and just be you ♥

OFFICIAL SCRUNCEE

by - 03:29:00

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulilah, akhirnya SCRUNCEE dah memulakan perniagaan. Walaupun, hanya sekadar kecil kecilan sahaja. Bie dah tak menang tangan menjahit tempahan yang ada daripada pelanggan. Almaklum, semuanya dibuat sendiri tanpa bantuan sesiapa, kecuali Encik Suami tercinta dan tangan si kecil kami Naqib. Naqib lebih kepada mengacau jelah. Tolong apanya? dia masih kecil, Nanti dah besar wajib tolong mama papa tau! Hehehe..

Terima kasih kepada semua yang menyokong SCRUNCEE. Mohon doa semua moga SCRUNCEE terus berkembang dan berkembang hingga menjadi sebuah perniagaan yang maju setaraf dengan PADINI, SEED, FASHIONVALET, BELLAAMMARA dan lain-lain. Ceeewaahh, boleh berangan gittewww? Tak apalah kan, berangan tak kena bayar. Sesiapa nak cuci mata dengan produk SCRUNCEE yang sangat membantu kaum wanita yang selalu bermasalah dengan pengikat rambut.

Kenapa perlu memilih pengikat rambut keluaran Scruncee?
<3 Diperbuat daripada kain 100% Imported Cotton
<3 Getah yang tahan lasak, tahan lama dan tidak kendur
<3 Boleh dibasuh berulangkali dan tidak luntur
<3 Cantik dipakai oleh setiap wanita
<3 Mempunyai warna dan design terkini yang moden
<3 Mempunyai rekaan dan corak yang menarik
<3 Memenuhi citarasa setiap wanita terhadap mahkotanya
Jom kumpul koleksi-koleksi terkini daripada SCRUNCEE.

Quality of product is our priority :) #scrunceenatics

Jom ramai-ramai likes SCRUNCEE punya Facebook Page dan Instagram sambil-sambil tu boleh lah cuci-cuci mata tengok SCRUNCEE yang comel ni. Hehehehe..



















You May Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx