SEPETANG DI PANTAI MORIB

By BIE - 9:21:00 PTG

Assalamualaikum w.b.t,

Petang-petang masa cuti Hari Malaysia yang lepas. Kami sekeluarga decide pergi ambil angin laut/pantai dipantai Morib sambil bawa bekalan makan petang berupa makanan ringan macam nugget dan fries.


Tapi Naqib, awal-awal lagi dah cilok air Milo mama. Sedangkan, kami memang x pernah beri dia minum milo. Pengambilan gula dan garam memang dihadkan sebab dia belum sampai 2 tahun lagi. Hehehe.. Tiba-tiba dia pegang cawan milo tu tak nak lepas.

Sambil makan-makan dan riadah tu. Sambil layan anak main air sabun yang bubble-buble tu. Niat hati nak tengok pantai. Tapi masa tu air naik dan ombak kuat sangat sampai terpercik-percik. Jadi, tak dapat tengok air laut.. tengok orang lain layang-layan pun jadilah. Alhamdulilah, tengok anak seronok dengan situasi tu. Kita pun jadi seronok kan?

Papa, nanti bawa kami jalan-jalan selalu ke pantai ye. Hehehehe.. kebetulan di Pantai Morib, ramainya orang macam ada pesta. Siap ada jualan dan pentas persembahan lagi.

Apapun, kami gembira dengan aktiviti kekeluargaan macam ni. Bosan, asik jalan-jalan kat Mall.. Sekali sekali kena banyak tukar angin.. Hehe :D











  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan

  1. best kan angin kt situ. husband sya asal banting, so merase la jugak singgah morib tu. tp tu pon ade la skali. sbb dah dekat sgt, kalau kite ajak pon sume org dah bosan dah. hehehehehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. best, Bie suka ambil angin kat sana. Bestnya Orked ada kampung kat sana. Hehehe.. mungkin yang lain-lain tu dia selalu sangat pergi morib kot. hehehe :D

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx