ZNGRADS : OUR PRE-GRADUATION

By BIE - 1:52:00 PG

Assalamualaikum W.B.T

Terima kasih untuk kawan-kawan yang memberi cadangan supaya Bie ambil gambar/shoot gambar ini bersama suami tercinta. Hingga sanggup beri pinjam set jubah dan skroll master (tertinggal kat rumah masa kelam kabut nak pergi shoot ni)

Alhamdulilah, kami berdua memang sama-sama ambil master daripada awal lagi. Tapi sedihnya tak dapat konvo bersama sebab suami delay hantar tesis sebab nak beri laluan untuk Bie habiskan dulu. Kemudian, kembali siapkan tesis beliau pada semester hadapannya. Masakan tidak, masa kami berdua bertungkus lumus siapkan penulisan tesis. Hal ehwal anak memang terabai, sampai 1 hari tak mandi, kami pun tak makan minum semua sebab kejar dateline. 2-2 pun bekerja, jadi masa yang ada sangat terhad. Akhirnya, si dia mengalah dan menyuruh Bie selesaikan semuanya terlebih dahulu.

Masa ni, pengorbanan anak kecil bernama Naqib ni mungkin tak terlalu ketara. Tapi, pengorbanan suami ni terlalu besar buat Bie.

Sebak! Terima kasih atas pengorbanan suami yang tak terhingga ini. Jadi, Bie abadikan kenangan ini dengan bergambar bersama-sama. Bie berkonvo pada Oktober 2016 ini dan suami bakal berkonvo pada April/Mei 2017. Cabaran shoot gambar bila dah anak ni, lain lah sikit. Hehehe. Tengok mood dia. Masa ni, mood tak berapa nak ada sebab baru lepas bangun tidur. Hehehe

Layankan jela, walaupun banyak juga gambar tak jadi. Hehehe..















Lokasi Photoshoot : Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam
Time : 4.00 pm
Photographer : Mohyiddin Photography

Love, Bie


**Next entry kita review on the day of graduation ok?

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Balasan
    1. Hehehe. Tq cik mah. Ni jelah gambar-gambar yang ok sikit. Lain-lain semuanya kureng sikit.. hehe

      Padam
  2. tahniah awak.. grad master.. btw taman tu sblh office je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq zeera. Taman ni cantik.. tapi banyak nyamok. Sobss

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx