ZNGETAWAY @ JOGJAKARTA

Percutian ke Jogjakarta kali ini adalah bersempena Birthday Bie 30 Oktober lepas. Right after the day, kami pun berangkat buat liburan ke Jogja. Terima kasih suami!

Jogjakarta yang secara amnya dikenali sebagai Yogyakarta lebih terkenal dengan nama Jogja dikalangan masyarakatnya. Alhamdulilah, mereka ramah dan sebilangan besarnya Bie ditemukan dengan orang-orang yang baik-baik disini.

  
Kalau sesiapa nak ke Jogja, Bie memang recommend Mas Andy as your tour guide. Dia sangat mesra dan sangat supportive. Bie sertakan nombor telconya disini. Apa-apa urusan boleh terus whatsapp saja. Kami pun berhubung dengan whatsapp saja sampailah hari yang dirancang.

Mas Andy (+62 877 3865 4458)

3 hari 2 malam Bie disini, kami memang tak dapat jelajah semua tempat. Sebab kekangan masa kan? Tapi, siapa tahu. Nanti kita akan kesini lagi diketika anak-anak dah besar.

Tempat yang Bie sempat lawati
1. Candi Borobudur
2. Candi Ratu Boko (Sunset)
3. Istana Taman Sari (Keraton)
4. Jalan Malioboro
5. Alun-Alun

 Tiket trem nak ke Candi Borobudur, kalau jalan kaki mau berpeluh ketiak. Tiket murah je.


 Kalau ke Indonesia wajiblah minum Teh Botol Sosro, 
Kalau kat Malaysia, jumpa dalam kotak dan botol plastik je.
Ni baru teh botol sebenar. Rasanya pekat dan aroma teh jasmine

Mas Zul is y lovely husband. Cayang awak!

Tak menyempat nak merasa ni

Dikolam mandi Sultan dulu kala

Sayangnya, Bie nak sangat Lave tour di Merapi. Tapi, tak berkesempatan sebab bawa anak kecil. Insya-allah, nanti anak dah besar-besar. Kami nak tour lagi.

Jogja adalah kota ilmu, dekat dengan hotel kami je ada 9 buah universitas. Senang cerita semua ceruk banda jogja ni dipenuhi dengan mahasiswa dan mahasiswi sebab terlalu banyak universiti yang gah! antaranya Macam Universitas Gadjahmada, Universitas Negeri Yogyakarta,     Universitas Janabadra dan lain-lain.

Kami tinggal di Hotel Wisma Aji, hotel bertaraf 2 bintang yang sangat best. Sebab peaceful dan semua staff yang baik dan ramah. Makanan? Tak payah cakaplah murah sangat! I love travel to Indonesia. Will repeat again soon. Haha. location? Dunno yet..

Di masjid bawah tanah

 Candi Ratu boko sementara menunggu Sunset

Ya! bagi pecinta sunset. Ini adalah kecatatan sunset. Sunset yang dilitupi awan
Sayang sekali. Keindahannya ditutup awan. Sangat sedih! 
Tapi tak apalah. Berpuas hati dapat tengok sunset daripada Candi Ratu Boko
yang jauh di Jogja. Alhamdulilah

Melihat sunset, harga sedikit berbeza. Ini kelebihan Candi Ratu Boko.
Sila datang kesini untuk melihat Sunset

Lepas tengok sunset kami dihidangkan dengan makanan percuma di cafe

Last day, menunggu waktu balik

Tunggu burung besi kami sampai


Tapi lumrah kita sebagai pelancong. Kalau tak ada momen ditipu mungkin tak sah kan? Meski kita tak faham negara orang tapi kita juga tidak bodoh. Terkadang, kami 2 kali tertipu dengan penduduk disana. Mungkin ini pengajaran buat kami dimasa akan datang dan peringatan juga buat semua supaya kejadian yang sama tak akan berlaku.

3 kali tertipu

1. Lepas turun daripada Candi Borobudur, memang ramai penjaja akan menyerbu kita. Mereka akan jual apa saja, air, makanan, keychain dan sebagainya. Masa tu Bie tertipu dengan membeli keychain dengan harga 50ribu. Sedangkan keychain tu boleh dapat harga 10ribu sahaja daripada semua pemborong dikedai-kedai sekitar Candi tersebut.

2. Keadaan di Candi yang panas dan kebetulan Bie bawa anak kecil. Kami memerlukan payung. Seorang bapak menghulurkan payung dengan harga sewa (sewa ye, bukan beli) 20ribu. Tiba-tiba ketika kami nak naik Candi. Ada orang lain sewakan payung mereka dengan harga 6ribu saja. Terlopong mulut kami memikirkan kerugian yang begitu banyak

3. Di Istana Keraton (Taman Sari), kami diperkenalkan dengan seorang tourist guide disana yang bertanggungjawab bawa kami tour 1 istana sambil bercerita mengenai sejarah disitu. Malangnya, kami rasakan tour itu makan masa yang sangat sekejap. Masuk balik dalam kereta. Supir kami tanya, masjid bawah tanah sangat cantik kan? Kami terpinga? Eh! kami tidak ke situ. Jengggg.. kena tipu lagi sedangkan kami dah bayar tip yang banyak kepada tourist guide tadi. Oh! sampai hatinya tak bawa kami tour habis 1 istana? Maka, supir patah balik dan supir kami pula jadi tourist guide bawa masuk dalam masjid bawah tanah. Alhamdulilah.. Allah mempermudahkan segalanya kerana kami datang daripada jauh. Beribu batu untuk melihat tinggalan sejarah.

Alhamdulilah, percutian ke Jogja penuh dengan kenangan manis kami sekeluarga. Berdebar juga nak bawa anak kecil berumur 8 bulan (ketika itu) keluar daripada negara sendiri. Alhamdulilah dipermudahkan, Naqib sangat enjoy dan langsung x meragam. Mungkin anak kami is born to be a traveller. Insya'Allah..

NAQIB TURNS 1

Alhamdulilah, usai sudah majlis sambutan ulang tahun Naqib yang pertama. Syukur, Naqib dah menginjak umur 1 tahun. Pertama kali, Bie merasakan nikmat menjadi seorang ibu yang meraikan ulang tahun anaknya. Tak sangka, dapat juga sambut dengan sambutan yang sederhana yang dihadiri oleh Keluarga, kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah Naqib bertempat diteratak kecil kami di Bandar Botanic, Klang.







Terima kasih Blogger Tqah Nasir daripada blog http://atieshaadriana.blogspot.my
sebab sudi datang ke majlis kami. Ini pertama kali kami berjumpa.
Insya'Allah, kalau ada lagi majlis lain. Bie harap dapat jemput lagi kawan-kawan
blogger yang lain. Selama ni jumpa dalam alam maya je kan?



Muka mengantuk, lepas je potong kek terus tidur sampai habis majlis. 
Alahai anak. Hehehe..


DIY Candy Buffet

"Coretan Mama sempena Ulang Tahun Kelahiran Naqib"
Pagi yang hening, lepas subuh. Doktor dah arahkan mama masuk labour room 7.30pagi. Mama balik bilik, mandi dan tukar baju bersih untuk bersedia melahirkan. Alhamdulilah, hanya mama seorang dalam labour room pagi tu. Tak ada sesiapa pun yang nak bersalin juga. Lepas air ketuban dipecahkan 3 jam mama bertarung dengan kesakitan. Tiba-tiba papa dah masuk dalam labour room dan semua orang suruh mama push. Dengan kuasa Allah, 2 kali percubaan. #NaqibZulfadli putera pertama mama lahir ke dunia dengan seribu kenangan indah ketika proses kelahiran itu. Hari ini, genap setahun usia Naqib. Doa mama setiap saat dan ketika selalu bersama Naqib hingga ke akhir hayat mama.
Selamat ulang tahun sayang. Moga usaha keras mama dan papa dalam mendidik dan membesarkan Naqib menjadi momen-momen terindah buat kita sekeluarga. InsyaAllah


Alhamdulilah, semiua persiapa Bie lakukan sendiri bersama suami. Bab memasak, Ibu banyak menolong. Yang lain, semua Bie WAJIB DIY sendiri sampailah kepada T-shirt yang kami pakai sepanjang majlis ini. Nak tahu macamana nak DIY T-shirt. Next entri lah ye :)

Jutaan terima kasih yang tak terhingga Bie ucapkan kepada semua yang sudi hadir dan memenuhi undangan kami. Terutamanya kepada mereka yang follow the tema Ironman semalam (Merah Kuning) Korang memang sempoi! hehehe.. Mohon maaf jika ada kelemahan dan kekurangan sepanjang majlis berlangsung.


DIY HURUF POLISTREN

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Alhamdulilah, Blog Bie kembali bernafas setelah hampir 10 hari dia in idle mode sebab lupa nak renew domain. Ok. Sangat lawak! Terima kasih untuk suami yang tolong renewkan blog kesayangan Bie ni. hehehe Muahhh, muahhhh..

Bie nak cerita tentang pengalaman Bie buat sendiri huruf polistren ni. Mesti semua pernah nampak dan mungkin juga pernah buat kan? Ini adalah cubaan pertama Bie. Rupa-rupanya susah juga nak buat benda alah ni. Alhamdulilah menjadi. Meski cuma 2 butir je. hahaha. over tau!

Tak apalah. Hasil kerja tangan sendiri kan? siapa lagi nak berbangga dengan diri kita kalau bukan diri sendiri. Pssssttt.. bukan bangga diri yang bongkak tu ye. Nauzubillah..

By the way, ini proses Bie buat huruf polistren ni.

Bahan:
1. Polistren sederhana tebal
2. Pemotong Polistren (beli di Daiso)
3. Bateri untuk pemotong polietren (beli di Daiso)
4. Print Huruf
5. Marker untuk menanda
 Pemotong Polistren dan Battery


Taraaaa... Bie buat huruf ini untuk digantung dipintu gerbang ni. Mula-mula masa nikah, sehari sebelum majlis resepsi. Ok je huruf ni. Tengoklah, masa majlis. huruf Z tu dah patah kaki cabut tah ke mana. Hehehehe.. Tetiba rasa nyesal x beli yg jenis kayu dah siap je. hehe..


Sekian perkongsian Bie untuk cara-cara membuat huruf polistren. 
Bye

MORE TIME WITH FAMILY

MORE TIME WITH FAMILY

Ayat diatas merupakan azam tahun 2016 Bie, dimana Bie sedaya upaya berjanji dengan diri sendiri untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Antara perubahan yang Bie dah buat untuk merealisasikan azam ini adalah,

1. Bertukar kerja
2. Pulang awal ke rumah
3. Kerap pulang ke kampung
4. Bercuti bersama keluarga
5. Menghadiri kenduri, majlis perkahwinan sanak saudara
6. Makan-makan bersama keluarga dan berbual panjang.

Sejak mula berkerja dulu, terus terang Bie memang kurang masa bersama keluarga. Dengan kerja, belajar dan sebagainya telah membuatkan masa yang Bie ada menjadi terlalu terhad.

Pekerjaan lama juga daripada jam 9 hingga 6 petang di tengah bandar KL membuatkan masa Bie banyak terbuang di jalanan kerana Bie tinggal di Klang. Terpaksa keluar awal pagi, terkadang overtime dan selalunya pulang lewat malam. Jujur, situasi tu sangat menyeksakan jiwa dan PENAT. Hingga Bie ambil keputusan bertukar kerja yang berdekatan. Hanya ambil masa 15 minit untuk sampai dan waktu bekerja pula jam 8 hingga 5. Malah, setiap hari Jumaat Bie boleh balik rumah dan memasak untuk suami, gosokkan baju melayu untuk suami pakai ke masjid. Alhamdulilah. Moga pada masa depan, perubahan ini semakin membawa kepada kebaikan.

Baru-baru ini, Bie dapat juga meluangkan masa bercuti bersama keluarga Bie ke Langkawi. Yeay! 2016 resolution semakin menunjukkan impak positif. Kalau kita mengutamakan keluarga, Allah akan mempermudahkan segalanya. Bie bersyukur sangat-sangat dan rasa gembira dengan keputusan yang Bie buat. Suami pun hari-hari tersenyum lebar je, sebab isteri dia banyak masa dirumah. Meski tak jadi surirumah sepenuh masa, Bie masih sempat memasak sarapan, makan tengahari (Jumaat sahaja) dan makan malam setiap hari.!

Syukur Alhamdulilah.Naqib tak perlu OT ditaska lagi. dan Duit pun dapat dijimatkan daripada bayar OT sejam RM7 tu. Weeeee..

Berikut gambar-gambar percutian kami ke Langkawi baru-baru ini;




Naqib dan neneknya








Next Vacation please. Hahahaha.. kumpul duit dulu ye Bie (ingatan buat diri sendiri) Hahaha..

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim