LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR

Assalamualaikum w.b.t

Sindrom mak-mak, sesiapa yang ada anak gerenti mempunyai sindrom ini. Antara simptom-simptom awal yang menunjukkan anda sudah dijangkiti sindrom mak-mak ialah;

1. Setiap masa ambil gambar anak
2. Selalu upload gambar anak dilaman sosial berbanding gambar sendiri/lain
3. Selalu teringatkan anak-anak setiap masa dan ketika
4. Selalu mahukan yang terbaik untuk anak-anak daripada segala aspek
5. Selalu mengutamakan anak-anak daripada diri sendiri, terutamanya dalam membeli keperluan anak-anak.
6...
7...

Wahh.. banyak juga tanda-tandanya tu. Kalau nak senaraikan, mau sampai 2-3 entri agaknya baru sudah, hehe.

Jangan tenung saja, klik lah link dekat atas ni! hehe

Selalunya simptom mak-mak yang paling ketara ialah item No.5, iaitu Selalu mengutamakan anak-anak daripada diri sendiri, terutamanya dalam membeli keperluan anak-anak. Betul tak? Sebab Bie sendiri dah terkena sindrom tu. Walaupun kadang-kadang kita nak beli barang sendiri, akhirnya terbali juga keperluan anak-anak. Terutamanya keperluan wajib seperti lampin pakai buang (Pampers) dan susu.

Bie sentisa mahukan yang terbaik untuk mereka. Tapi jangan lupa, yang mahal tak semestinya yang terbaik! dan yang terbaik juga tak semestinya yang mahal. Jadi, kalau tak nak mahal. Hanya di Baby Fair jelah jawabnya.

http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/

Bie selalu borong lampin pakai buang dan susu di LAZADA. Sebab apa? Sebab kalau kita beli borong (banyak) harga barang tersebut selalunya jauh lebih murah daripada pasaran semasa. Lagi-lagi ketika Baby Fair. Nah! Bertuahnya rasa sekarang ni, LAZADA tengah buah Big Baby Fair Sale tau, bermula 27 Mac sampai 2 April 2017. Diskaun yang ditawarkan sampai 85% tau! Juling mata bila masuk laman web LAZADA, ada banyak pilihan jenama bayi dan kanak-kanak yang tersenarai dalam promosi ini. Antaranya;


a. Apakah jenama lampin pakai buang kegemaran anda untuk anak-anak?


Jenama lampin pakai buang yang paling Bie suka gunakan untuk anak-anak ialah jenama Mamypoko. Nak tau sebab apa? Rasanya sebab itu, semua orang dah tau kalau pernah tengok iklan Mamypoko dalam TV. Hehe.. Tapi, Bie beritahu jugalah kat sini sebab apa, sebabnya sistem serapan lampin jenama Mamypoko ni tak mudah bocor. Bila anak-anak pakai waktu malam. Tak mudah bocor dan tak perlu Bie bangun banyak kali untuk tukarkan lampin anak-anak. Jadi Bie dapat tidur yang berkualiti Hehe.. Almaklumlah, ibu bekerjaya. Tidur pukul 10-11 malam Sebab nak kena bangun seawal 5.30 pagi untuk siapkan semua keperluan keluarga dan anak-anak sebelum keluar bekerja. Penggunaan lampin pakai buang yang baik juga memainkan peranan penting dalam kehidupan harian Bie.

http://www.lazada.com.my/mamypoko-extra-dry-diaper-super-jumbo-nb80-3-packs-dypers-babywipes-100s-3511605.html?ff=1&rb=3284

Sekarang ni, Harga Diaper kat LAZADA sedang merudum jatuh, terduduk bukan sebab tak laku! Sebab LAZADA sedang buat Baby Fair. Katakan "Hora Horrey" untuk promosi ini sebab Baby Fair adalah suatu kegilaan bagi Mak-Mak macam kami ni.

Cuba tengok harga 3pek bundle Mamypoko ni. Terjegil biji mata menengoknya kan? Murah sangat kalau nak dibandingkan dengan pasaran luar. Siap FREE SHIPPING lagi. Tak payah susah payah, terus dipos, tau-tau dah sampai depan rumah je.

b.Apakah jenama Susu Formula pilihan anda untuk anak-anak?

Sejak lahir, Naqib minum susu Anmum. Alhamdulilah, Anmum tak pernah tinggalkan apa-apa effect sembelit, sakit perut, muntah dan sebagainya. Sejak Naqib refuse susu badan pada usia 10 bulan, Bie memang beri dia susu Anmum sedari Langkah 1, Langkah 2 dan Langkah 3. Jadi, Bie dan suami banyak membeli secara pukal di Lazada, selain beli runcit di Tesco. Hehe.. Kadang-kadang sekecil-kecil barang pun kami beli kat Lazada. Hehe.

http://www.lazada.com.my/2-x-anmum-essential-step-3-1years-16kgplain-15891261.html?ff=1&rb=20384

Tambah-tambah lagi, kalau LAZADA ada buat promosi dan semua barang pilihan kami ditawarkan dengan harga yang murah. Apa lagi? Rebuttttt sebelum "OUT OF STOCK" Hehe

c. Pilih 1 produk daripada Lazada Malaysia yang anda mahukan untuk anak anda.

Bie nak sangat belikan
Mega Bloks First Builders Build 'n Learn Table Building Set ini untuk Naqib dan Zuhaira. Tambahan koleksi untuk Mega Bloks yang sedia ada dirumah. Biarpun rumah bersepah dengan Mega Bloks, Biarpun 1000 kali Mama dan Papa kena kutip mega bloks dan simpan balik. Asalkan anak-anak gembira bermain sepuasnya dengan Mega Bloks.


Jom sama-sama sertai sama-sama, Boleh menang RM500 voucher tau! Doakan Bie menang ya. Boleh belikan
Mega Bloks First Builders Build 'n Learn Table Building Set ni untuk Naqib dan Zuhaira. Hoyey!

Jangan tenung saja, klik lah link dekat atas ni! hehe

3RD PRIZE LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

Assalamualaikum w.b,t


Alhamdulilah, pagi nan nyaman. Hujan pagi ini membawa rezeki. www.jalinancintaku.com menang tempat ke-3 Lazada Blogger Contest. Syukur! Masa dapat tahu mengenai kontes ni, dah nak tarikh tutup dah. Mujur sempat juga gagahkan diri menulis dan buat review. Gembira rasa hati walaupon cuma dapat 3rd Prizes je. Itu pun dah lebih daripada cukup dan buat diri ini sedar pentingnya berblogging sebagai hobi bagi diri ini.





I'm happy blogging! Cheers, Tq LAZADA 😘

Masa

PENGALAMAN BERSALIN - PART 1

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, Bie dah selamat melahirkan cahaya mata perempuan ZN yang ke-2 pada 11/1/2017 bersamaan 12 Jamadilakhir 1438H. Tak sangka tarikh lahirnya sama dengan Siti Nurhaliza. hehe.. Bie bersalin kali ni pada usia kandungan 38w 1d iaitu sehari awal berbanding kelahiran sebelum ni pada 38w 2d. Tiba-tiba Bie rasa nak kongsikan pengalaman bersalin anak pertama dan kedua. Bukan apa, sebagai kenangan supaya anak-anak dah besar nanti. Mereka boleh baca blog mama diorang ni. Hehehe

Kronologi Kelahiran Anak Pertama - 28/2/2015




Kelahiran anak pertama sangat 'nervous' okey! Mana tak nya, doktor siap-siap pesan suruh get ready 2 minggu awal drp due. Jadi Bie pun ambil cuti memang sangat awal. Bukan awal 2 minggu, tapi awal 3 minggu sebab nervous punya pasal. Awal-awal lagi dah ajak husband balik Johor. Sebab gila-gila tak nak beranak kat Hospital Sungai Buloh yang 'Horror' cukuplah pengalaman 1 malam kat sana. Tak ada katil, bantal. Dia suruh orang-orang yg dia admit tu tidur atas kerusi. Sesiapa dah bersalin, diletak je atas katil tepi koridor sebab katanya semua katil dah penuh. Scarryy ok.

Bila balik Johor, hampir seminggu golek-golek kat rumah ibu. Nasib baik ada husband teman sekali. Kebetulan husband bie jenis boleh WFH (work from home) dan jadual kerja yang agak flexible. Ibu masak macam-macam. Hari-hari makan bendi yang dikatakan sebagai makanan pencetus labour. Bie cuba makan nenas sebiji. Amalkan baca surah Maryam setiap hari dan pujuk baby untuk keluar awal. Hehe.. Anak pertama, memang tak sabar-sabar nak suruh anak keluar.

Malam 27/2/2015, Bie makan malam dengan keluarga seperti biasa. Malam tu Bie makan banyak sangat sebab Ibu masak makanan kegemaran Bie, Mee Bandung Muaooo dengan telur goyang tauu. Telur goyang tu, jenis telur ayam kampung. Bie makan banyak, bertambah sampai 3 kali. Lepas makan tu, perut rasa tak selesa (bukan sakit) cuma rasa senak perut, baby pon rs mengeras je. Hmm.. tak tahu nak explain macam mana rasa tu. Beserta instinct lain macam je rasa ni. Huhuhu..

Bie terus beritahu ibu, ibu pun macam bingung. Sebab dia tak tahu macamana rasa sakit dan tanda-tanda nak bersalin tu sebab Bie dan Adik bersalin ceaser. Kami berdua jenis songsang dalam perut, tak boleh keluar normal. Hehe.. Jadi, ibu pun sarankan pergi hospital. Katanya, pergi je check. Kalau belum nak bersalin, kita baliklah.

Sampai je hospital, hospital daerah kota tinggi tu memang lengang. Tak ada orang lagsung. Sampai nak hulur buku merah kat kaunter pun kena tunggu sekejap sebab nurse tak ada kat situ. Masa tu pukul 11 lebih, doktor pon buat procedure cek bukaan. Tulah kali pertama pengalaman Bie kena seluk doktor lelaki untuk cek bukaan. Masa tu tak fikir apa segan ke apa dah. Fikir dia doktor je, dia buat kerja dia. Dalam hati cuma doa dipermudahkan urusan je.

Selesai seluk, doktor cakap. Tak ada apa-apa show ke? (blood atau air). Bie cakap tak ada. Dia kata bukaan pintu rahim masa Bie datang tu dan 3 cm. Makk aaaiii.. Bulat jugak mata Bie dengar doktor cakap dah 3 cm. Bie ingatkan 1 cm, sebab kebanyakkan pengalaman bersalin anak pertama yang Bie baca. bukaan agak lambat sikit sebab faktor anak pertama. Malam tu jugak Bie kena admit sebab bukaan dan 3, katanya kalau bukaan 4 cm kena terus masuk labour room. So, malam tu sempat jugak bermalam dalam wad dulu sebelum tunggu bukaan tu jadi 4cm.

Lepas cek bukaan tu, terus turun darah macam darah haid tu. Bie terus je pakai pad dan darah terus je keluar. Tapi masa tu Bie tak rasa sakit apa-apa masih boleh makan banyak-banyak. Makan roti, makan kurma ajwa (sampai habis seplastik), minum air milo, air zam-sam, air selusuh. Sambil baring-baring atas katil dan mendengar tangisan-tangisan malam pertama bayi yang lahir diatas dunia. Lepas mesej-mesej husband, Bie terus tidur. Subuh, dalam pukul 6 macam tu. Bie dah rasa sakit sikit. Bie beritahu nurse nak cek bukaan sebab daripada malam tu. Cuma cek sekali je. Nurse pun suruh Bie jalan ke bilik lain untuk procedure cek bukaan tu. Masa tu Bie dah rasa perut Bie lain macam. Macam dah tak boleh nak berdiri dah masa tu. Itulah yang dinamakan kontraksi (contraction) dan mula datang sampai Bie nak jalan pun terhenti-henti pegang perut sebab contraction tu.



Bila cek bukaan, yes! bukaan bukan 4 tapi dah 5cm. Nurse suruh balik kat wad dan sedia ke LR (labor room). Masa tu, menyempat lagi Bie pergi mandi walaupun contraction dah nak start menggila. Sebab Bie rasa, kalau aku mati masa nak bersalin nanti. Sekurang-kurangnya aku bersih dah mandi pagi. Huhuhu.. Secara mental, dah rasa bersedia nak pergi berperang. Nurse suruh makan roti dan minum air sikit sebelum ditolak ke LR. Tapi, Bie tak lalu nak makan sebab malam tu dah makan banyak kurma ngan macam-macam benda lagi. Sempat juga mesej husband dan beritahu, Bie dah masuk LR sebab nak mintak dia get ready untuk masuk teman Bie kat LR nanti.

Sampai je kat LR, Doktor yang sama macam doktor yang cek bukaan malam tu. Dia buat procedure pecahkan air ketuban, masa tu bukaan dah 7cm. Lepas pecahkan air ketuban, sakit mula menggila. Darah memang banyak sangat, bak kata orang tua-tua 'kembar darah' sakitnya Allah saja yang tahu sampai drip air kat tangan pun tak ada makna untuk Bie. Bie pegang palang besi katil tu sampai gegar menahan sakit yang teramat sangat. Masa berjalan terlalu lambat untuk Bie sampai Bie berkata-kata dalam hati. Sakitnya nak bersalin ni, macam ini jelah last aku mengandung. Hehe.. (tau-tau dah keluar yang 2nd) hehehe..

Pukul 7.30am Bie masuk LR, pukul 10.27am Bie selamat melahirkan baby lelaki pertama dalam family ZN. Masa bukaan dah 10cm tu, baru nurse panggil husband Bie masuk untuk bagi sokongan dan sorakan. Hmmmmm.. I need him all the time actually. Lagi-lagi masa 1st deliver ni. Apakan daya, dia teman masa push je pon dah cukup bersyukur dah. Matroon (Staff nurse yang senior) yang sambut baby pagi tu. Dia tunjuk jantina baby. Tapi Bie tak nampak sebab tak pakai spek. Dengan yakin je Bie cakap Boy. Lepas tu, dia letak baby atas dada Bie untuk create bonding antara mak dan baby. Masa baby atas dada Bie, husband terus azan kat telinga baby. Lepas tu, baru baby diasingkan dan dibersihkan. Bie kena gunting perinium 2 degree tear. Sempat lagi pesan kat matroon tu suruh jatih cantik cantik ya. Hehe.. Alhamdulilah, ketentuan Allah. Masa Bie bersalin tu, semua nurse entertain Bie sorang je sebab Bie je nak bersalin pagi tu. Bie sorang je kat LR pagi tu. Tak tersaing dengan siapa-siapa. Syukur semuanya dah dipermudahkan Allah.

1 malam bermalam dalam wad tanpa bantuan sesiapa dan urus anak sendiri. Wow! pengalaman mencabar untuk seseorang yang baru pertama kali bergelar ibu. Dengan luka jahitan yang masih baru, anak kecil yang lapar dan mahu menyusu. Syukur sebab baby Bie bukan jenis yang mudah menangis tak tentu hala. Bila lapar, dia nangis sikit jek "ek.ek" bagi susu badan. Terus sambung tidur, alhamdulilah. Malam pertama bergelar ibu, Bie tak panik nak handle situasi anak nak susu dan anak berak (berak hitam kali pertama).



Esoknya, Bie dah boleh balik sebab baby dah berak dan kencing. Selepas hari ke-7 kelahiran. Kami suami isteri cukur botak kepala baby da beri nama 'Muhammad Naqib' yang bermaksud Pemimpin, Ketua.


Selesai sudah pengalaman kali pertama bersalinkan anak sulung Bie. Insyaallah, esok Bie sambung episod entri ini dengan perkongsian pengalaman bersalinkan anak ke-2 yang sudah tentu ada perbezaannya. Bye

Love, Bie Zulfa

SHOPPING SAKAN!

Haaaappy Birthday to LAZADA!!

Hoyey! Tepat jam 12 malam 22/3/2017, Bie dan suami dah bersedia dengan smartphone masing-masing. Kali ini, kami tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk membeli-belah barang-barang keperluan dengan harga yang murah! Sudah tentu TIDAKKKK..

Klik pada gambar

Apalah yang menarik sangat dengan LAZADA ni? Kenapa suka sangat kat LAZADA ni? Haaa.. mai Bie nak khabaq mai kat ampa semua. Hehehe.. Bie suka sangat beli kat LAZADA sebab apa? Mestilah sebab barang-barang dia yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Lepas tu, Bie boleh buat pembelian dan transaksi bila-bila masa dan dimana saja dengan aplikasi mobile pada smartphone Bie. Sistem pembayaran cepat dan mudah. Penghantaran pun tip top. Tak pernah ada masalah tak dapat barang, penipuan dan sebagainya. Cuma Bie pernah ada dapat barang rosak dan pecah. Tapi, bila beritahu Customer Service Lazada, cepat je mereka selesaikan masalah Bie dan beri refund. I feel happy shopping at LAZADA. Full stop!

Jualan mega ini akan berlangsung selama 3 hari, bermula pada 22/3/2017 hingga 24/3/2017. Semua urusniaga berjalan diatas talian ye kawan-kawan! Siapa yang tak suka shopping kan? Lagi-lagi barang tu dapat dibeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran luar! Super awesome!

Buat masa ni, kami tak lepaskan peluang beli barang keperluan macam Diaper, Make up, Makanan, Barang Elektrik, Smartphone dan sebagainya!

Lebih-lebih lagi "Flash Sale", Bie dah berjaya sambar Eyebrow Pallet dengan harga RM6.30 je tau!

Ahaa... Boleh dikatakan hari-hari Bie shopping kat Lazada ni. Ngeeee.. walaupun cuma beli sebatang lipstik! Obses sangat kan? Antara 3 barangan yang Bie akan selalu pilih adalah NYX, Huawei Smartphone dan Kelloge kenapa? 3 barangan ni, Bie beli di Lazada. Sebenarnya banyak lagi, tapi Bie share 3 barang ni dulu ye.

1.NYX,



Sejak NYX masuk dalam LAZADA dan berjualan dalam LAZADA, Bie jadi excited nak mencuba semua produk NYX, sampai Bie sanggup pergi belajar mekap tau!




2. Huawei Smartphone




Bie dan suami jatuh cinta dengan smartphone Huawei sejak pakai Honor 6 lagi. Lepas-lepas tu kami terus je ikuti perkembangan teknologi pada Huawei ni. Hehe now kami dah pakai P9, beli di LAZADA dengan harga yang sangat berpatutan. Love it!



3. Kellogg's



Ini makanan kegemaran Bie, suka beli kalau nampak kat mana-mana. Tapi susah nak jumpa kat pasaraya. At last, hanya Lazada je ada jual "jajan" ni. Kadang-kadang harga dia RM20 sekotak, kadang-kadang RM16 sekotak untuk 12pcs. Kalau dia tengah murah tu. apa lagi GRAB!!

Bagi Bie, apa yang LAZADA boleh pertingkatkan(improve) lagi shopping online ni adalah servis (pelayan) sistem dia diwaktu-waktu jualan murah. Lebih-lebih lagi pada mobile apps. Sistem Lagginggggg.. Loooodingggg.. last-last time out dia bilang, henpon kita no connection pula. Jadi, waiting time yang terlalu panjang membuatkan kita bosan. Sedangkan kita (pembeli) tengah berkobar-kobar nak buat bayaran, nak grab flash sale, nak survey barang dan bermacam lagi.

Jom! teruskan berbelanja dengan hemat pada barang-barang yang sangat menguntungkan di LAZADA. Esok hari last dah!!!

Shopping punya shopping, untung-untung berpeluang dapat menang tiket fight! yeayy

Ucapan Happy Birthday untuk Lazada! Selalu-selalulah buat jualan murah lagi ye. Saya sememangnya dah ketagih dengan online shopping. Sampai rasa nak order dan receive parcel ke rumah hari-hari. Melampau kan!


Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim