LAZADA MALAYSIA BIG BABY FAIR

19:35:00

Assalamualaikum w.b.t

Sindrom mak-mak, sesiapa yang ada anak gerenti mempunyai sindrom ini. Antara simptom-simptom awal yang menunjukkan anda sudah dijangkiti sindrom mak-mak ialah;

1. Setiap masa ambil gambar anak
2. Selalu upload gambar anak dilaman sosial berbanding gambar sendiri/lain
3. Selalu teringatkan anak-anak setiap masa dan ketika
4. Selalu mahukan yang terbaik untuk anak-anak daripada segala aspek
5. Selalu mengutamakan anak-anak daripada diri sendiri, terutamanya dalam membeli keperluan anak-anak.
6...
7...

Wahh.. banyak juga tanda-tandanya tu. Kalau nak senaraikan, mau sampai 2-3 entri agaknya baru sudah, hehe.

Jangan tenung saja, klik lah link dekat atas ni! hehe

Selalunya simptom mak-mak yang paling ketara ialah item No.5, iaitu Selalu mengutamakan anak-anak daripada diri sendiri, terutamanya dalam membeli keperluan anak-anak. Betul tak? Sebab Bie sendiri dah terkena sindrom tu. Walaupun kadang-kadang kita nak beli barang sendiri, akhirnya terbali juga keperluan anak-anak. Terutamanya keperluan wajib seperti lampin pakai buang (Pampers) dan susu.

Bie sentisa mahukan yang terbaik untuk mereka. Tapi jangan lupa, yang mahal tak semestinya yang terbaik! dan yang terbaik juga tak semestinya yang mahal. Jadi, kalau tak nak mahal. Hanya di Baby Fair jelah jawabnya.

http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/

Bie selalu borong lampin pakai buang dan susu di LAZADA. Sebab apa? Sebab kalau kita beli borong (banyak) harga barang tersebut selalunya jauh lebih murah daripada pasaran semasa. Lagi-lagi ketika Baby Fair. Nah! Bertuahnya rasa sekarang ni, LAZADA tengah buah Big Baby Fair Sale tau, bermula 27 Mac sampai 2 April 2017. Diskaun yang ditawarkan sampai 85% tau! Juling mata bila masuk laman web LAZADA, ada banyak pilihan jenama bayi dan kanak-kanak yang tersenarai dalam promosi ini. Antaranya;


a. Apakah jenama lampin pakai buang kegemaran anda untuk anak-anak?


Jenama lampin pakai buang yang paling Bie suka gunakan untuk anak-anak ialah jenama Mamypoko. Nak tau sebab apa? Rasanya sebab itu, semua orang dah tau kalau pernah tengok iklan Mamypoko dalam TV. Hehe.. Tapi, Bie beritahu jugalah kat sini sebab apa, sebabnya sistem serapan lampin jenama Mamypoko ni tak mudah bocor. Bila anak-anak pakai waktu malam. Tak mudah bocor dan tak perlu Bie bangun banyak kali untuk tukarkan lampin anak-anak. Jadi Bie dapat tidur yang berkualiti Hehe.. Almaklumlah, ibu bekerjaya. Tidur pukul 10-11 malam Sebab nak kena bangun seawal 5.30 pagi untuk siapkan semua keperluan keluarga dan anak-anak sebelum keluar bekerja. Penggunaan lampin pakai buang yang baik juga memainkan peranan penting dalam kehidupan harian Bie.

http://www.lazada.com.my/mamypoko-extra-dry-diaper-super-jumbo-nb80-3-packs-dypers-babywipes-100s-3511605.html?ff=1&rb=3284

Sekarang ni, Harga Diaper kat LAZADA sedang merudum jatuh, terduduk bukan sebab tak laku! Sebab LAZADA sedang buat Baby Fair. Katakan "Hora Horrey" untuk promosi ini sebab Baby Fair adalah suatu kegilaan bagi Mak-Mak macam kami ni.

Cuba tengok harga 3pek bundle Mamypoko ni. Terjegil biji mata menengoknya kan? Murah sangat kalau nak dibandingkan dengan pasaran luar. Siap FREE SHIPPING lagi. Tak payah susah payah, terus dipos, tau-tau dah sampai depan rumah je.

b.Apakah jenama Susu Formula pilihan anda untuk anak-anak?

Sejak lahir, Naqib minum susu Anmum. Alhamdulilah, Anmum tak pernah tinggalkan apa-apa effect sembelit, sakit perut, muntah dan sebagainya. Sejak Naqib refuse susu badan pada usia 10 bulan, Bie memang beri dia susu Anmum sedari Langkah 1, Langkah 2 dan Langkah 3. Jadi, Bie dan suami banyak membeli secara pukal di Lazada, selain beli runcit di Tesco. Hehe.. Kadang-kadang sekecil-kecil barang pun kami beli kat Lazada. Hehe.

http://www.lazada.com.my/2-x-anmum-essential-step-3-1years-16kgplain-15891261.html?ff=1&rb=20384

Tambah-tambah lagi, kalau LAZADA ada buat promosi dan semua barang pilihan kami ditawarkan dengan harga yang murah. Apa lagi? Rebuttttt sebelum "OUT OF STOCK" Hehe

c. Pilih 1 produk daripada Lazada Malaysia yang anda mahukan untuk anak anda.

Bie nak sangat belikan
Mega Bloks First Builders Build 'n Learn Table Building Set ini untuk Naqib dan Zuhaira. Tambahan koleksi untuk Mega Bloks yang sedia ada dirumah. Biarpun rumah bersepah dengan Mega Bloks, Biarpun 1000 kali Mama dan Papa kena kutip mega bloks dan simpan balik. Asalkan anak-anak gembira bermain sepuasnya dengan Mega Bloks.


Jom sama-sama sertai sama-sama, Boleh menang RM500 voucher tau! Doakan Bie menang ya. Boleh belikan
Mega Bloks First Builders Build 'n Learn Table Building Set ni untuk Naqib dan Zuhaira. Hoyey!

Jangan tenung saja, klik lah link dekat atas ni! hehe

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

Like us on Facebook


Si gadis yang telah melangsungkan perkahwinannya di tanah tumpah darahnya JOHOR Darul Ta'zim